Pages

Subscribe:

22 Disember, 2009

Dua penculik dihukum potong hidung, telinga

LAHORE 22 Dis. - Sebuah mahkamah di bandar paling liberal di Pakistan ini mengarahkan dua lelaki dipotong hidung dan telinganya kerana menyebabkan kecederaan serupa kepada seorang wanita yang diculik mereka berdua.

Mahkamah antikeganasan yang diketuai Khalid Naveed Dar, menjatuhkan hukuman tersebut hari ini, di samping penjara seumur hidup dan denda 700,000 rupee (RM28,520).

"Mahkamah mengarahkan hidung dan telinga Sher Mohammad dan Ammanat Ali dipotong sebagai hukuman qisas dalam Islam yang mana hidung dibalas hidung dan telinga dibalas telinga," kata pegawai mahkamah, Azhar Ameen kepada pemberita.

Sher dan Ammanat didapati bersalah menculik seorang wanita yang enggan mengahwini seorang dari mereka dan memotong hidung serta telinga mangsa.

Mahkamah Pakistan telah menjatuhkan hukuman serupa sebelum ini, namun tidak ada satu pun yang dikuatkuasakan malah kerap dibatalkan selepas rayuan dibuat. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.