Pages

Subscribe:

06 Januari, 2010

[hang nadim]KOMPILASI KENYATAAN PEMIMPIN


KENYATAAN PEMIMPIN MALAYSIA DALAM KONTROVERSI PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” DALAM HERALD-THE CATHOLIC WEEKLY

Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti dengan "Allah is dead"? Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

- Tun Dr Mahathir Mohamed, www.chedet.co.cc

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
- Datuk Dr Haron Din, The Star Online 5 Januari 2010

Itu bukan alasan (tidak tahu berbahasa Inggeris).Sebenarnya tidak perlu guna kalimah Allah untuk nyatakan Tuhan kerana sebelum ini pun mereka gunakan perkataan God atau dalam bahasa Melayunya, Tuhan.
- Abuhuraira Abdurrahman, Pengarah Dakwah Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Mingguan Malaysia 3 Januari 2010

Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus. Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.
- Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Utusan Malaysia 4 Januari 2010

PERKARA 3(1) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA : Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan
Tangguh pelaksanaan
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly berikutan persetujuan Menteri Dalam Negeri dan Gereja Katolik demi kepentingan negara.
Hakim Datuk Lau Bee Lan memutuskan demikian di kamar beliau petang ini setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Gereja Katolik, Derek Fernandes mencapai kata sepakat supaya perintah tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Pada 31 Disember lalu, Hakim Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya setelah beliau berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah tersebut dan ia bukannya eksklusif kepada umat Islam.
Menteri Dalam Negeri semalam telah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah itu setelah rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu.
Abdul Gani yang tiba pada pukul 2.20 petang mengetuai barisan empat Peguam Kanan Persekutuan terdiri daripada Datuk Kamaludin Md. Said, Suzana Atan, Mahamad Naser Disa dan Andi Razalijaya A. Dadi.
Mereka bersama Fernandes dan peguam-peguam, S. Selvarajah, Benjamin Dawson serta Annou Zavier mewakili Gereja Katolik dilihat masuk ke kamar Hakim Bee Lan pada pukul 2.45 petang selama hampir 30 minit.
Sebelum itu, editor Herald - The Catholic Weekly, Lawrence Andrew dilihat menemui Abdul Gani di sebuah bilik saksi di dalam mahkamah tersebut.
Bercakap kepada pemberita sejurus keputusan dibuat, Abdul Gani memberitahu:
''Kami tidak mahu perkara ini dilengah-lengahkan kerana ia membabitkan kepentingan negara. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang mewakili pihak responden yang bersetuju dengan permohonan penangguhan yang dikemukakan.
''Kami akan mengemukakan permohonan agar rayuan didengar secepat mungkin di Mahkamah Rayuan. Saya ingin menegaskan tiada berlaku sebarang salah anggap hanya disebabkan perkara ini didengar dengan segera.
''Sebaliknya ia hanya untuk mengelakkan daripada berlaku ketegangan, masalah dan salah tanggapan. Saya percaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Semua pihak mesti menghormati keputusan mahkamah,'' kata Abdul Gani.
Ditanya sama ada berlaku sebarang tekanan daripada mana-mana pihak, Abdul Gani berkata:
''Kamu tidak boleh mengatakan wujudnya tekanan atau tidak. Ini kerana tekanan memang wujud dalam semua kes. Saya tidak mahu memberi sebarang persepsi sekarang. Biarlah perkara ini diselesaikan terlebih dahulu.''
Sementara itu peguam Fernandes pula memberitahu: ''Kami cintakan keamanan. Justeru itu, kami ingin tindakan tegas diambil terhadap orang yang menghina mahkamah di luar sana dengan membuat kenyataan di luar mahkamah.''
Terdahulunya, tiga peguam Zainul Rijal Abu Bakar, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Abdul Rahim Sinwan yang mewakili enam majlis agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang turut masuk dalam kamar hakim terpaksa keluar setelah mahkamah tidak membenarkan mereka berhujah.
Hakim Bee Lan berbuat demikian selaras dengan keputusan beliau sebelum ini yang menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Macma untuk menjadi pencelah dalam semakan kehakiman tersebut.
Enam majlis agama Islam yang memohon menjadi pencelah dalam kes itu ialah Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor.

Agong berkenan langkah kerajaan

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu penggunaan perkataan Allah, kata Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadap Seri Paduka Baginda untuk memaklumkan isu itu serta langkah-langkah yang diambil untuk mencari penyelesaian.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri kemudian memaklumkan perkara itu kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini.
Kenyataan itu menyebut bahawa memandangkan perkara berkenaan telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar bagi semua pihak menghormati proses undang-undang negara.
"Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam," kata kenyataan itu. - BERNAMA.

NASIHAT KEPADA MANUSIA:
SESIAPA YANG INGIN MENYEBUT PERKATAAN ALLAH DAN MEMAHAMI SIAPA ALLAH SELAMAT DATANG UNTUK JADI ORANG ISLAM TAK PAYAH KELUAR WANG UNTUK KE MAHKAMAH......PERCUMA SAJA
"WELLCOME TO ISLAM"

UNTUK ORANG ISLAM DAN MELAYU
TEGUHKAN PERPADUAN LUPAKAN FAHAMAN POLITIK YANG MENYEBABKAN PERPECAHAN ISLAM DAN MELAYU................SAYANGKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA......KITA TIDAK BERMUSUH
DENGAN SESIAPA PUN.....DI DUNIA INI INGAT MELAYU AKAN BERTINDAK JIKA HAKNYA TERCABAR ATAU ISLAM DIHINA ATAU KEDAULATAN NEGARA DAN RAJANYA DI SANGGAH.........
ISLAM MENGAJAR KITA SABAR.......KERANA SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN.........

NUKILAN INI BERIKUTAN KEPUTUSAN MESYUARAT NGO NGO MELAYU PULAU PINANG 6/1/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.