Pages

Subscribe:

07 Februari, 2010

[hang nadim]Salah faham ramai orang mengenai Jihad

Salah faham ramai orang mengenai Jihad
from DOKTRINISASI by Jebon

Kebiasaannya apabila kita mendengar pemahaman perkataan jihad dari kebanyakan para ulama adalah bercorak seruan untuk menentang sesuatu yang dianggap terkeluar dari ijtihad-ijtihad syariat secara ekstrem. Pemahaman seperti ini boleh menimbulkan ekstremis-ekstremis dan terroris-terroris agama. Mungkin kerana itu kita selalu mendengar berita yang orang-orang Arab di Timur Tengah seringkali berperang sesama sendiri walaupun dalam persoalan mazhab-mazhab yang tidak muktamad.

Dirantau ini (Malaysia - Indonesia) ramai juga golongan memahami jihad yang bercorak seruan ekstrem menentang sesuatu yang mereka anggap tidak Islamik. Fenomena itu menimbulkan pergerakan pergerakan seperti al-Maunah, Hizbut Tahrir, Jemaah Islamiyah dan sebagainya yang dikatakan untuk mendirikan sistem Islam, sehingga menimbulkan perbuatan-perbuatan terrorism ditempat awam, dimana orang-orang yang tidak tahu menahu menjadi mangsa.

Dikalangan sarjana-sarjana agama diinstitusi- institusi agama kerajaan di Malaysia jihad yang difahamkan oleh mereka adalah mewujudkan sistem-sistem beragama yang bercorak autokratik. Membuat hukam-hakam yang keras-keras, seperti hukum sebat-menyebat, pengharaman yoga, kongsi raya, mengeklusifkan istilah Allah dan sebagainya. Contohnya fatwa pengharaman istilah Allah keatas agama lain, yang disebabkan itu muncullah terroris-terroris yang "berjihad" membakar gereja.

Rumusan daripada fenomena yang berlaku itu jelaslah bahawa ramai orang yang mengaku Islam itu yang salah faham tentang jihad, akibatnya terdapat ramai orang yang mengaku Islam itu yang tidak mahu berjihad langsung. Jika kita lihat kata "Jihad" dalam al-Quran adalah terbitan dari kata "Jahada" yang bermaksud berjuang. Perjuangan yang dimaksudkan adalah pengajaran dan perbahasan ilmu untuk menjadi "Orang-orang Rabbani" bukan bermaksud bom disana-sini.

[Q3:79] "Tidak ada bagi seseorang manusia yang Allah memberikan dia Kitab dan Hikmah dan Kenabian kemudian berkata kepada manusia: 'Jadilah kamu hamba-hamba kepadaku disamping Allah." Akan tetapi: "Jadilah kamu orang-orang rabbani, disebabkan kamu mengajarkan Kitab, dan disebabkan kamu mempelajarinya. '"

Jadi amatlah menghairankan kenapa ramai orang yang mengaku Islam itu tidak memikirkan ayat-ayat al-Quran dan berhujah ilmiah untuk tujuan pembaharuan sebaliknya menceduk (copy n'paste) ijtihad-ijtihad para ulama zaman dahulu yang banyak tidak sesuai dengan konteks zaman sekarang. Ada juga yang lebih senang berdiam diri dari menerangkan Kitab, jelas perbuatan itu bukan sahaja kontradik dengan ayat diatas malah ayat berikut ini.

[Q3:187] "Dan apabila Allah mengambil perjanjian orang-orang yang diberikan Kitab: 'Hendaklah kamu menerangkannya kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya. '"

Perlu diketahui bahawa Allah tidak memerlukan jihad atau perjuangan kita, perintah-perintah jihad adalah sunnahtullah atau merupakan peraturan-peraturan alamiah yang bertujuan untuk kebaikan diri manusia itu sendiri. Marilah kita fikirkan bersama-sama ayat ini.

[Q29:6] "Dan sesiapa yang berjihad (berjuang-ja- ha-da) maka dia hanyalah berjuang untuk dirinya sendiri; Allah adalah Yang Kaya (tidak memerlukan) daripada sekalian alam."

Wallahu'Alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.