Pages

Subscribe:

20 April, 2010

[hang nadim] Pendakian berakhir..........111 Syabas Mohd. Noor

Oleh ZULHISHAM ISHAK
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Noor Mat Amin (kiri) menerima ucapan tahniah daripada jurupandu arah apabila beliau berjaya menamatkan pendakian ke-111 di puncak Gunung Kinabalu, semalam.

RANAU 20 April - Mohd. Noor Mat Amin hari ini mencipta rekod baru apabila berjaya menyempurna pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam masa 111 hari selepas lebih tiga bulan menempuh pelbagai cabaran untuk menjayakannya.

Dia menamatkan pendakian terakhir ke-111 hari ini di Gerbang Timpohon, Taman Kinabalu dekat sini pada pukul 11.50 pagi setelah bertolak dari puncak pukul 7.20 pagi ini bersama jurupandu, Safrey Sumping.

Ketibaannya disambut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Penolong Ketua Pengarang 1, Zaini Hassan; dan Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Kassim Mansor.

Mohd. Noor kemudian dikalungkan bunga oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan yang mewakili kerajaan Sabah dalam satu majlis meraikannya yang dihadiri lebih 100 mahasiswa dan kakitangan UMS.

Dia juga menerima sumbangan peribadi daripada Datuk Musa Aman sebanyak RM20,000 sebagai menghargai usahanya mengharumkan nama negara.

Kejayaan tersebut melayakkan namanya dicatat dalam Malaysia Book of Records dan projek tersebut merupakan usaha pertama seumpamanya yang dilakukan di negara ini.

Mohd. Noor ketika ditemui pemberita, melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya menyempurna Projek Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010 dalam keadaan selamat dan menepati jadual asal.

Jurugambar Utusan Malaysia itu berkata, kejayaan tersebut bukan untuk dirinya tetapi seluruh rakyat Malaysia sekali gus membuktikan anak tempatan mampu mencipta rekod luar biasa.

"Kejayaan ini membuktikan rakyat Malaysia mampu mencipta rekod yang selama ini dilakukan oleh orang Barat dan membuka sejarah baru di negara kita," katanya.

Pada 31 Disember lalu, Mohd. Noor, 43, memulakan misinya menawan puncak gunung itu sebagai fasa pertama projek tersebut sebelum memulakan fasa kedua iaitu mendaki Menara Kuala Lumpur sebanyak 111 kali dalam masa seminggu.

Pendakian di menara tersebut akan bermula dari 8 hingga 14 Mei ini dan selepas itu nama Mohd. Noor layak untuk dimasukkan dalam Guinness World of Records.

Projek itu bertemakan 1Pendakian, 1Kemuncak dan 1Malaysia keseluruhannya mengambil masa selama lima bulan.

Rekod pendakian Mohd. Noor terdahulu adalah pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu Merdeka (2007), Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008), Pendakian Merdeka (2008) dan Pendakian Solo tanpa henti selama 24 jam di Menara Kuala Lumpur (2008).

Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! dan TV3 merupakan media rasmi untuk projek tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota dan UMS.

Mohd. Noor berkata, dia lega apabila mampu mengatasi semua cabaran mental, fizikal dan keadaan cuaca walaupun keadaan tubuh badannya sedikit lemah dan terjejas.

Kesan pendakian tanpa henti itu, katanya, tapak kakinya merekah, lutut dan kaki bengkak selain kulit mengelupas tetapi dia tidak pernah menyesal dengan keadaan tersebut.

"Saya bangga mampu menamatkan pendakian ini walaupun sebelumnya terdapat segelintir pihak yang sinis dan tidak yakin," katanya sambil merakam penghargaan kepada UMS dan kerajaan negeri atas segala sokongan dan bantuan.

Sementara itu, Kassim ketika berucap berkata, usaha tersebut hanya mampu dilakukan oleh mereka yang bersemangat waja dan 'orang luar biasa' sepertinya.

Usaha itu, katanya, akan mempopularkan lagi sukan lasak di negeri ini selain dapat melahirkan keyakinan khasnya generasi muda bagi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Projek tersebut, katanya, menaikkan martabat nama Malaysia di persada dunia lebih-lebih lagu sukan lasak masih tidak begitu menonjol di negara ini.

Sementara itu, pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin akan dicadang sebagai Duta Gunung Kinabalu bagi menghargai sumbangannya mempromosi Gunung Kinabalu melalui Projek Pendakian Solo 1Malaysia 2009-2010.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, cadangan tersebut secara dasarnya sudah pun dipersetujui Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Kebudayaan Sabah.

"Menterinya, Datuk Masidi Manjun akan membawa cadangan ini ke peringkat tertinggi kerajaan negeri. Ini kerana melalui usaha yang dilakukan, Gunung Kinabalu semakin terkenal.

"Hampir setiap hari kita lihat nama Gunung Kinabalu dipaparkan dalam Utusan Malaysia dan TV3 dan ini merupakan satu promosi," katanya ketika berucap pada majlis penutupan projek tersebut di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu dekat sini hari ini

36 pelajar UTP berjaya tawan Kinabalu

Seramai 36 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak, berjaya menawan Gunung Kinabalu semasa menyertai lawatan sambil belajar ke Sabah, baru-baru ini.

IPOH 20 April - Seramai 36 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh dekat sini, berjaya menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu semasa menyertai lawatan sambil belajar ke Sabah pada 13 hingga 20 Mac lalu.

Lebih menarik, peserta program tersebut terdiri daripada 10 penuntut tempatan manakala selebihnya adalah dari 26 negara yang berbeza termasuk Kemboja, Mesir, Ethopia, India, Chad, Pakistan, Iran, Jordan, Libya, Afrika Selatan, Somalia, Sudan, Timor Leste, Thailand, Syria, Turkmenistan, Uzbekistan, Vietnam dan Yemen.

Eksekutif Perhubungan Media UTP, Aslinda Jamaludin berkata, kumpulan pelajar berkenaan bertolak ke Taman Negara Kinabalu pada hari ketiga sebelum memulakan pendakian pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, mereka sampai ke Laban Rata pada pukul 3.30 petang dan bermalam di situ sebelum memulakan pendakian ke puncak pada pukul 2 pagi 17 Mac lalu.

''Selepas lebih tiga jam mendaki, kumpulan pelajar tersebut akhirnya berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut pada pukul 5.30 pagi.

''Sejarah tercipta apabila kumpulan pelajar dari 27 negara berbeza berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dalam satu masa," katanya di sini baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar ke Sabah itu dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Pelajar Antarabangsa dengan sokongan Unit Kumpulan Korporat Petronas, Unit Tajaan Pelajaran Petronas dan UTP.

Menurut Aslinda, selain mendaki Gunung Kinabalu, peserta program turut melawat Universiti Malaysia Sabah dan mengadakan pelbagai program berbentuk pendidikan sesi motivasi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Matunggong di Kudat dan rumah anak yatim Darul Bakti di Kota Belud.

Objektif utama program ialah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dengan mengingatkan pelajar tentang tanggungjawab mereka kepada masyarakat di sekeliling melalui program komuniti.

''Semasa program itu, para peserta turut melawat Pejabat Petronas Sabah dan dijemput berjumpa Timbalan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim di pejabatnya.

''Pada hari terakhir, mereka melawat Taman Tuanku Abdul Rahman dan Pulau Sapi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dengan membawa pengalaman yang sangat indah dan berharga," katanya.

Gunung Kinabalu dan keazaman; Syabas Mohd. Noor!
TINGGAL sebentar hiruk-pikuk Kuala Lumpur dan Hulu Selangor yang sedang berperang dengan strategi, taktikal dan muslihat. Pilihan raya di Malaysia bukan lagi sesuatu yang 'straight forward' macam dulu, ia semakin matang.

Saya kini sedang berada di satu tempat yang paling segar udaranya di Malaysia.

Tepat pukul 12.15 tengah malam semalam dalam sebuah van bernombor pendaftaran SB9169A, berplat Sabah, kami bergerak dari Kolopis, di kaki Gunung Kinabalu. Semua yang berada di dalamnya senyap sepi. Tiada kata-kata yang diucapkan. Hanya lagu dari radio yang bunyinya dengar tak dengar, berkemundang.

Van itu menyusuri perlahan di kaki gunung menuju ke Timpohon Gate - gerbang untuk ke puncak yang pernah didaki dan diterokai oleh bekas residen British, Sir Hugh Low, lebih 100 tahun lalu.

Dalam van itu, termasuk saya ialah seorang badang. Seorang yang di Semenanjung mengatakan beliau ''orang gila." Seorang yang di Sabah ini dikatakan mengalami ''kegilaan luar biasa." Seorang yang malim gunung tidak berapa hirau dulu - kini memberi penghormatan yang cukup tinggi.

Beliau ialah Mohd. Noor Mat Amin. Insan berusia 43 tahun. Perjalanan bersiur itu ialah untuk membawa Mohd. Noor ke destinasi terakhirnya menakluki gunung itu sebanyak 111 kali, dalam masa 111 hari.

Misi itu yang dimulakan pada 31 Disember 2009 berakhir semalam, 20 April 2010. Memang Mohd. Noor gila. Tumit kakinya sudah pecah. Kakinya hitam. Mukanya gelap. Pernah mengalami cuaca paling panas hingga 43 darjah selsius sehingga tak terperi panasnya. Dipercayai itulah fenomena El-Nino. Air di takungan atas puncak Kinabalu kering. Pada ketika itulah seluruh Malaysia cukup panas. Malah di Semenanjung, kerajaan negeri bimbang air di empangan mulai surut.

Pada masa itu, Mohd. Noor berada di kedudukan yang cukup dekat dengan matahari. Kulitnya terbakar.

Beliau sakit, tapi hanya hatinya sahaja yang menjerit. Mohd. Noor tidak menuturkannya dengan kata-kata, bisik fisioterapi Mohd. Noor, S. Mohd. Salim S. Ibrahim. Salimlah yang mengurut pendaki itu setiap kali turun dari gunung itu.

Awal pagi semalam, beberapa minit sebelum Mohd. Noor mengakhiri pendakian itu, Salim membuka mulut mendedahkan apa yang Mohd.Noor alami.

''Saya tahu dia sakit, tapi dia tak mahu cakap," kata Salim sambil tangannya mengurut betis Mohd. Noor. Mohd. Noor memandang ke muka saya. Dia hanya senyum. ''Itulah cabaran. Jika inilah keputusan saya, saya tidak boleh merungut," kata Mat Noor perlahan.

Itulah sebenarnya sikap seorang juara. Beliau tidak merungut. Beliau tidak cakap banyak. Cakapnya cukup bersopan - berhemah. Mungkin beliau tidak mahu cakap besar. Sesiapa yang mendaki gunung keramat seperti Gunung Kinabalu tidak boleh cakap besar, mungkin? Itulah disiplin yang diajar kepadanya ketika mula mendaki gunung - termasuklah ke Everest.

Tapi jika dilihat kepada mana-mana malim gunung yang ditemui, semua mereka tidak cakap banyak. Malim gunung ialah juruiring pendaki ke gunung. Merekalah yang menjadi pandu arah. Mereka jugalah yang akan membantu 'tuan'nya jika pendaki itu menghadapi masalah.

Di Nepal mereka ini dipanggil sebagai Sherpa. Di Gunung Kinabalu setinggi 8.72 kilometer atau lebih 4,095.2 meter dari paras laut itu, mereka dipanggil sebagai malim gunung atau guide atau porter dalam bahasa Inggeris.

Yang mengiringi Mohd. Noor tepat pukul 12.30 tengah malam semalam untuk pendakian terakhirnya ialah Safrey Sumping. Safrey, ialah pemuda malim gunung yang bukan calang-calang orang.

Ditanya kepada Mohd. Noor mengapa beliau pilih Safrey untuk mengiringinya bagi misi akhir itu, katanya, Safrey dicadangkan oleh pihak Sabah Park, pihak yang mentadbir gunung itu. Safrey memang layak mengiringi Mohd. Noor. Pemuda Dusun itu ialah peserta larian panjat gunung itu (Climbathon) yang diadakan saban tahun. Lariannya menuju puncak hanya memakan masa cuma sekitar dua jam. Turun pula beliau mencatat masa 58 minit!

Safrey ialah yang terbaik untuk Mohd. Noor yang terbaik. Safrey pun berkata Mohd. Noor ini 'gila'. Dalam pengalamannya mendaki gunung itu turun naik sebanyak kira-kira 700 kali sejak 2005 - awal malam semalam dia juga membuat kerja gila. Dia mengiringi Mohd. Noor mendaki tengah malam. ''Inilah pertama kali saya mendaki tengah malam."

Beliau terpaksa mengikut masa Mohd. Noor bagi memastikan beliau menamatkan misinya tengah hari 20 April (semalam).

Terlalu pekat kegelapan. Tengah malam tadi Mohd. Noor dan malim gunungnya itu memulakan misi terakhirnya tepat pukul 12.30 malam. Hanya lampu suluh yang diikat di kepala mereka menerangi jalanan. Di atas kepala mereka, di angkasa bintang-bintang berkerlipan.

Sesiapa yang pernah mendaki gunung itu sahaja yang tahu bagaimana permukaan gunung itu. Ia dipenuhi dengan batu-batuan yang jika salah pijak akan terpelecok kaki. Permukaan jalan cukup licin. Mohd. Noor hanya memakai capal berikat. Kasut gunungnya terpaksa digantung. Kakinya terlalu perit untuk memakai kasut.

Ramai yang cedera dan gagal sampai ke puncak Low. Semasa tulisan ini ditulis pukul 7 pagi semalam, Mohd. Noor sudah sampai ke puncak Low, puncak tertinggi gunung itu 20 minit kemudiannya.

Di kem kaki bukit yang menempatkan bilik operasi misi Mohd. Noor, para pembantunya yang diketuai oleh Ku Muhammad Zulzairi Ku Zulkiffli mengikuti pergerakan Mohd. Noor dengan teliti. ''Beliau sudah sampai ke puncak jam 7.20 pagi," kata Ku Muhammad yang digelar oleh teamnya sebagai Kupai. Kupai, budak Pendang, Kedah berusia 22 tahun ini ialah pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak dua tahun lalu. Dia kini bercuti belajar dan membantu Mohd. Noor sepenuh masa.

Dialah yang memastikan apa yang ada dalam beg galas Mohd. Noor diisi. Bendera, kain rentang, payung, ubat-ubatan, telefon, sedikit makanan dan minuman. Beg itu sekitar berat 1.5kg. Selain Salim, Mohd. Noor juga dibantu oleh beberapa orang pelajar UMS, selain adiknya, Alias Amin yang menjadi setiausaha ekspedisi. Semua dalam kumpulan itu cukup komited.

UMS menjadi penaja terbesar ekspedisi Pendakian Solo 1Malaysia ini. Merekalah yang menyediakan semua kemudahan. Para pelajar itu juga bukan sekadar menjaga Mohd. Noor, tapi juga menjalankan kajian mengenai ketahanan, fisiologi dan pelbagai aspek lagi membabitkan sains sukan ke atas diri Mohd. Noor.

Syabas UMS. VCnya Brig. Jen. Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon mengikuti secara peribadi perkembangan misi itu. Malah pernah mengiringi Mohd. Noor ke puncak semasa pendakian ke-50 kali.

Pihak Sabah Park pula menyediakan segala kemudahan di kaki gunung itu. Base camp itu terletak di Kolopis, iaitu kuarters kakitangan taman itu, yang salah satu unitnya ditukar menjadi pusat operasi ekspedisi dan tempat Mohd. Noor melelap mata, seketika.

Sejak 111 hari lalu, Mohd. Noor mengambil masa purata kira-kira lapan jam untuk naik dan turun. Orang biasa akan mengambil masa dua hari untuk turun dan naik. Turun lebih cepat dari naik. Tapi tekanan untuk turun lebih getir dari naik. Kaki harus kuat. Bagi yang baru mahu mencuba, latihan yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya tiga bulan. Jika tidak, boleh juga naik tapi kata-kata terakhir yang akan diucapkan ialah ''inilah yang pertama dan terakhir - terlalu azab."

Nama Mohd. Noor kini mula menjadi percakapan dan peminatnya mengikuti melalui Facebook beliau. Yang paling meminati dan mengkaguminya juga mat-mat salleh yang datang ribuan batu untuk menawan gunung itu. Beliau seperti selibriti di gunung itu setiap kali berselisihan dengan mereka. Namun beliau tetap merendah diri.

Mereka cukup teruja dengan kegigihan Mohd. Noor. Insya-Allah namanya akan tercatat dalam Malaysian Book of Records. ''Dulu malim gunung tidak menegur saya, tapi selepas melepasi 50 kali, setiap kali berselisih atas gunung mereka akan berbisik memberi semangat kepada saya 'teruskan…teruskan…" kata Mohd. Noor.

Semalam, Mohd. Noor mengakhiri cabarannya. Mulai 8 hingga 14 Mei, selama seminggu Mohd. Noor akan membuat satu lagi kerja gila. Beliau akan mendaki 111 kali tangga Menara Kuala Lumpur pula. Itu akan melayakkan beliau mencatat nama dalam Guinness Book of Records.

Itu adalah sebagai sebahagian daripada program pendakian solonya. Saya bertanya mengapa perlu mendaki menara itu pula, kata Mohd. Noor perlahan, ''Kinabalu di Sabah, Menara KL di Semenanjung…" Itulah maksub beliau apabila menamakan Pendakian Solo 1Malaysia.

Setibanya di Timpohon Gate menamatkan misi 111 itu tepat pukul 11.50 pagi semalam, perkara pertama yang diucapkan ialah ''Alhamdulillah."

''Kejayaan ini bukan datang dari saya, tapi restu dari Allah. Kejayaan ini untuk Malaysia, jika saya boleh, kita semua pun boleh," kata jurugambar Utusan Malaysia itu di majlis merainya.

Syabas Mohd. Noor. Syabas kumpulan sokongannya. Syabas UMS yang menjadi penaja utama dan penaja-penaja lain. Kepada penaja yang ''kurang yakin" dan pandang sebelah mata serta ada yang menolak untuk menaja Mohd. Noor - bukalah kedua-dua belah mata anda.

Mohd. Noor rehat badan nikmati terapi kelah

Mohd. Noor Mat Amin merehatkan badan dan minda dengan membiarkan kakinya 'diurut' ikan kelah ketika mengunjungi pusat pelancongan Tagal Morali, Kampung Luanti Baru, Ranau, semalam.

RANAU 21 April - Selepas menamatkan cabaran mendaki Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali semalam, pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin hari ini merehatkan badan dan minda dengan menikmati urutan ikan kelah di pusat pelancongan Tagal Morali, Kampung Luanti Baru dekat sini.

Menurut Mohd. Noor, urutan ikan berkenaan amat melegakan, apatah lagi banyak kulit pada kaki dan tapak kaki sudah rosak akibat pendakian selama 111 hari itu.

"Geli tetapi melegakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam jurugambar Utusan Malaysia itu menamatkan fasa pertama percubaan melakar nama dalam Guinness World of Records dengan mendaki Gunung Kinabalu dan Menara Kuala Lumpur sebanyak 111 kali.

Fasa pertama projek pendakian bertemakan 1Pendakian, 1Kemuncak dan 1Malaysia itu bermula 31 Disember tahun lalu, manakala fasa kedua membabitkan pendakian di Menara Kuala Lumpur akan bermula 8 Mei ini.

Menurutnya, dia bersama krew pendakian menghabiskan masa selama 30 minit sebelum berehat dengan menikmati keindahan pusat pelancongan berkenaan.

Mengenai persiapan mendaki Menara Kuala Lumpur, Mohd. Noor berkata, beliau akan melakukan latihan ringan seminggu sebelum pendakian bermula.

Katanya, latihan tersebut bertujuan memastikan stamina beliau kekal pada tahap sedia ada.

Menurutnya, beliau akan pulang ke Kuala Lumpur pada 26 April ini untuk memenuhi beberapa undangan termasuk menjadi tetamu rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) pada 27 April ini.

"Sementara menanti pulang ke Kuala Lumpur, saya akan menghabiskan masa dengan mengunjungi pihak yang telah banyak membantu menjayakan pendakian di Gunung Kinabalu khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS)," katanya.

Menurut beliau, sebaik menghabiskan jadual di Kuala Lumpur, perkara pertama yang akan dilakukan ialah bertemu ayahnya, Mat Amin Ismail dan ibunya, Sulong Mohd. di Kuala Terengganu.

Beliau menambah, tarikh pertemuan terpaksa dirahsiakan bagi memastikan pertemuan itu berlangsung dalam suasana santai dan tidak membebankan sesiapa.

Rekod pendakian Mohd. Noor terdahulu adalah pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu Merdeka (2007), Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008), Pendakian Merdeka (2008) dan Pendakian Solo Tanpa Henti 24 Jam di Menara Kuala Lumpur (2008).

Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo! dan TV3 merupakan media rasmi untuk projek tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota dan UMS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.