Pages

Subscribe:

13 April, 2010

[hang nadim]Obama iktiraf Malaysia rakan dagang strategik

WASHINGTON 13 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Presiden Barack Obama mengiktiraf Malaysia sebagai rakan dagang yang strategik dan hubungan itu perlu dipertingkatkan selaras dengan anjakan baru dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, antara usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia ialah menarik lebih banyak pelaburan dari AS dan baru-baru ini Coca Cola sebagai contoh, telah bersetuju melabur RM1 bilion.

‘‘Amerika adalah sumber besar bukan sahaja kepada pasaran eskport barangan Malaysia tetapi juga sumber teknologi baru, ICT, bioteknologi, pengurusan dana dan pelaburan modal,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama.

Najib adalah antara sembilan pemimpin dunia yang menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini, mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama di luar sidang itu. Selain Obama sebagai tuan rumah, 46 lagi ketua kerajaan atau negara menghadiri sidang tersebut.

Pada masa ini Malaysia merupakan rakan dagang ke-18 terbesar kepada AS dengan nilaian perdagangan barangan dua hala yang dicatatkan tahun lepas sebanyak AS$38 bilion.

Selain itu, kata Najib, Malaysia perlu menerokai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi dan pelancongan dengan Amerika.

Selain memberi ruang kepada pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran, kerjasama dua hala juga boleh dipertingkatkan bagi memajukan institusi pengajian tinggi di Malaysia, tambahnya.

Perdana Menteri menjelaskan usaha yang lebih gigih perlu dibuat bagi menarik lebih ramai pelawat dari AS.

Pada mesyuarat dua hala berkenaan juga, Najib menjelaskan tentang objektif dan kenapa Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan kepada Obama yang berminat untuk mengetahuinya.

‘‘Walaupun Malaysia telah berjaya tetapi dasar dan pendekatan yang telah terbukti berkesan tidak bererti akan memberi kejayaan berterusan, jika tidak dilihat semula pakej yang ditawarkan bersesuaian dengan persekitaran baru bagi melonjak pendapatan negara.

‘‘Kita tidak mahu tersekat sebagai negara berpendapatan pertengahan tetapi mahu menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Obama, jelas Najib, menyatakan beliau berpuas hati dengan hubungan dua hala kedua-dua negara dan turut melihat perkembangan yang sangat positif dalam banyak bidang berlaku di Malaysia mutakhir ini.

Perdana Menteri juga mengambil peluang mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri New Zealand, John Key dan antara permintaan New Zealand ialah mengharapkan penerbangan AirAsia diadakan menghubungkan kedua-dua negara.

‘‘Perbincangan akan diadakan (dengan pengurusan AirAsia) dan juga MAS berhubung hal tersebut,” katanya. – Utusan

AS yakin kita mampu – Najib

Oleh Othman Mohamad


Najib Tun Razak (dua dari kanan, di baris ketiga) bergambar bersama Barack Obama (depan, tengah) serta para pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010 di Pusat Konvensyen Washington, semalam. – Bernama

WASHINGTON 13 April – Amerika Syarikat (AS) berkeyakinan Malaysia, dengan kedudukan dan pengaruh tersendiri dalam komuniti global, dapat memainkan peranan lebih besar ke arah menjadikan dunia lebih aman dan stabil termasuklah bebas daripada percambahan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran.

Harapan tinggi AS itu dinyatakan oleh Presiden Barack Obama kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat dua hala Malaysia-AS yang disifatkan Perdana Menteri telah melalui permulaan baru yang turut menjangkaui pelbagai bidang seperti ekonomi dan perdagangan, teknologi, pendidikan tinggi dan pelancongan.

‘‘Perkembangan ini satu pengiktirafan kepada kita dan menggambarkan Malaysia bukan setakat peringkat nasional tetapi sebuah negara komuniti global yang mana kedudukan, perhubungan dan pengaruh kita boleh membantu dunia menjadi lebih aman dan lebih stabil,” kata Najib kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana meluluskan Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010 baru-baru ini, Obama menyifatkan ia tindakan awal dan amat bermakna yang diambil oleh Malaysia sebagai negara yang mementingkan keamanan sejagat, jelas Najib.

Katanya, melalui akta itu, yang bertujuan membanteras pengedaran apa juga bahan nuklear bagi mengeluarkan senjata nuklear dan senjata pemusnah besar-besaran, bermakna tindakan penguatkuasaan dalam hal terbabit menjadi lebih berkesan.

Malah, kata beliau, jemputan Obama kepada Malaysia yang bukan pun negara nuklear, bersama-sama 46 lagi ketua kerajaan atau negara ke Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini menunjukkan keyakinan AS bahawa Malaysia boleh memainkan peranan mencegah percambahan senjata nuklear khususnya berhubung pembangunan tenaga nuklear oleh Iran.

Sidang kemuncak dua hari itu berakhir hari ini.

‘‘Presiden Obama sedar Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan Iran,” kata Najib sambil menegaskan beliau memberitahu Obama bahawa dasar Malaysia dalam hal itu jelas.

Menurutnya, Iran ada hak menggunakan kuasa nuklear untuk tujuan penjanaan elektrik atau kesejahteraan dan keamanan tetapi Malaysia tidak menyokong Iran memajukan senjata nuklearnya.

Oleh itu Perdana Menteri berharap Iran, yang tidak dijemput ke sidang kemuncak ini, dapat memenuhi tanggungjawab untuk bersama-sama masyarakat dunia agar tidak mengambil kesempatan meningkatkan keupayaan nuklearnya kerana boleh membawa kepada konfrontasi dan ketidakstabilan khususnya di Asia Barat dan dunia amnya.

Beliau menambah setiap negara berhak menggunakan tenaga nuklear untuk kesejahteraan dan keamanan seperti bagi menjana tenaga elektrik.

Perdana Menteri juga berkata, kesediaan Obama untuk mendengar dan berbincang dengan melibatkan negara Islam serta tidak mengambil pendekatan bermusuhan dengan dunia Islam merupakan suatu perubahan memberangsangkan.

‘‘Saya rasa perubahan oleh pentadbiran baru AS ini amat memberangsangkan dan saya harap ia bukan sekadar pada gaya dan pendekatan tetapi juga ada isinya.” jelasnya.

Pada pertemuan tersebut juga Obama menyentuh tentang kemungkinan membantu pemulihan semula Afghanistan dan Perdana Menteri menjelaskan Malaysia telahpun menghantar satu pasukan bagi mengenal pasti kaedah serta lokasi yang boleh menempatkan para pegawai bagi membantu negara tersebut.

Ia sebenarnya berdasarkan permintaan kerajaan Afghanistan dan berdasarkan laporan pasukan tersebut, secara prinsipnya terdapat tiga bidang yang boleh disumbangkan oleh Malaysia iaitu latihan, pembinaan semula dan perubatan, katanya.

Perdana Menteri mengakhiri pertemuan 40 minit itu, melebihi jadual asal 30 minit, dengan menjemput Obama melawat Malaysia pada masa yang sesuai.

Kali terakhir Presiden AS melawat Malaysia ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon Baines Johnson. Namanya turut diabadikan pada sebuah tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan - Felda LB Johnson.

Wednesday April 14, 2010
Obama brings up topic of New Economic Model with Najib
By LIM AI LEE
newsdesk@thestar.com.my

WASHINGTON: Malaysia’s New Economic Model (NEM) was one of the issues discussed during the bilateral meeting between Datuk Seri Najib Tun Razak and US President Barack Obama.

Obama, who raised the topic, wanted to know more about the NEM’s implementation.

The Prime Minister said he informed Obama of the Government’s goal of transforming Malaysia into a high-income economy and its liberalising policy.

“I explained that although Malaysia has been successful in its development approach in the past, it does not mean we will continue to be successful unless we look at a package that is more in tune with the new environment and can spur further development,” Najib said at a briefing for Malaysian journalists on Monday night.

Najib added that he brought up the example of Coca Cola investing RM1bil to illustrate how Malaysia had managed to convince huge American firms to invest in the country.

On his meeting with Obama that was held on the sidelines of the Nuclear Security Summit, Najib was optimistic it would pave the way for “a new beginning” that could lead to a broad, multi-faceted development.

“Economic and trade investment will be a key component of our bilateral ties as we move forward because the US is a big source, not only in terms of an export market for our manufacturing industry but also a source for new technology such as ICT and biotechnology.”

He pointed out that most fund managers and venture capitalists were US-based.

“There are thus a host of economic opportunities that we can leverage on if we have good bilateral ties with the US,” Najib said.

He also stressed on collaboration in terms of security, counter-terrorism and sharing of information under bilateral ties, saying:

“Equally important to us is making the world a safer place.”

Najib said he extended an invitation to Obama to visit Malaysia, adding that the last president to step into the country did so in 1966.

Apart from meeting Obama, Najib also attended a working lunch with US vice-president Joe Biden and later had a face-to-face meeting with New Zealand Prime Minister John Key.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.