Pages

Subscribe:

03 Mei, 2010

[hang nadim] Dua negara sepakat pertahan nilai Nusantara













Rais Yatim mengiringi Ir. Tifatul Sembiring ke Majlis Makan Malam JCICM 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan perjuangan mempertahankan nilai-nilai Nusantara demi kelangsungan bahasa dan budaya kedua-dua negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perjuangan itu perlu dilakukan kerana keadaan global dikhuatiri berupaya mempengaruhi dan mencabar perkembangan nilai-nilai tersebut.

Justeru, katanya, Malaysia dan Indonesia akan mengaplikasikan sepenuhnya keupayaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masing-masing untuk tujuan berkenaan.

''Budaya di kedua-dua negara seperti bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai potensi baik untuk berkembang.

''Ini kerana bahasa-bahasa tersebut mempunyai 300 juta penutur dari Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan sedikit di Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan makan malam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Dalam Bidang Penerangan dan Komunikasi (JCICM) 2010 di antara Malaysia dan Indonesia di sini, malam ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Ir. Tifatul Sembiring.

Sementara itu, Tifatul berkata, selain perjuangan mempertahankan nilai-nilai budaya Nusantara, kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperkembangkan perniagaan berasaskan ICT.

''Seperti contoh, syarikat dari Malaysia, Axiata Group Bhd. kini mempunyai lebih 30 juta pelanggan di Indonesia.

''Jumlah itu sendiri sudah melebihi jumlah (penduduk) di Malaysia, jadi kita memang perlu memperkembangkan perniagaan ICT ini," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, kedua-dua menteri berkenaan dijadual menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang penerangan dan komunikasi esok sempena JCICM kali kesembilan ini.

JCICM kali ini merupakan susulan daripada persefahaman kedua-dua negara dalam bidang komunikasi semenjak penganjuran JCICM kali pertama pada 1984.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.