Pages

Subscribe:

11 Mei, 2010

[hang nadim] Nasib Suami Suka Dan Duka...........

Suami curang dibelasah enam lelaki
Posted on the January 28th, 2010 under Berita, Hari ini, Jenayah, Tempatan by johnjimat

KUANTAN: Seorang suami yang dilihat bersama seorang wanita dibelasah enam lelaki di Jalan Wong Ah Jang di sini semalam.

Ketika kejadian, si suami yang berumur 29 tahun dan bekerja sebagai buruh, berada di atas sebuah motosikal bersama teman wanitanya di hadapan sebuah restoran.

“Mangsa kemudiannya didatangi enam lelaki yang dipercayai saudara kepada isterinya. Mereka merampas kunci motosikal mangsa, menarik mangsa sebelum memukulnya.

“Namun teman wanitanya sempat melarikan diri lalu menghubungi polis,” kata Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri.

Isteri mangsa sedang mengandung anak kedua mereka.

Noor Asyikin berkata, setelah dibelasah, mangsa dikatakan telah dihantar pulang ke rumahnya di Kemaman, Terengganu, oleh kumpulan lelaki berkenaan.

“Keenam-enam lelaki terbabit sedang dicari oleh pihak polis untuk membantu siasatan,” katanya. – Bernama

Sumber : Bharian.com.my

Mail ‘diperkosa’ ibu tunggal
Posted on the May 11th, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

SUNGAI PETANI: Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya, kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa diperkosa seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan perkhidmatan itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya beraksi dalam bilik.
Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.
Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan, katanya.
Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam, katanya.
Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.

<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.