Pages

Subscribe:

06 Mei, 2010

[hang nadim] Suami.....oh......Suami........Apa dah jadi



Sempat jamah nasi ambang

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mei - Isteri bilal yang dibunuh kejam selepas disamun di rumahnya di Pangsapuri Intan, Ampang di sini, malam tadi, sempat menjamah makanan kegemarannya, nasi ambang sebelum menemui ajal.

Allahyarham Isnati Sahid, 58, memberi wang kepada anak saudaranya, Mohd. Fitri Aiman, 17, supaya membeli nasi yang popular di kalangan masyarakat Jawa itu, untuk makan malam.

Menurut Mohd Fitri, ibu saudaranya yang mesra dipanggil sebagai Bok Deh memintanya membeli makanan kegemarannya itu pada pukul 4.30 petang, semalam.

Katanya, dia memang rapat dan sering membantu Bok Deh kerana kebetulan rumahnya terletak di kawasan pangsapuri yang sama iaitu hanya selang satu blok daripada rumah ibu saudaranya itu.

"Bok Deh yang membuka kedai runcit di rumahnya di tingkat bawah pangsapuri lima tingkat itu hanya tinggal berdua bersama suaminya yang merupakan bilal di Masjid Nur Saadah selepas keempat-empat anak mereka berkahwin dan berpindah ke tempat lain.

"Jadi, sayalah menjadi tempat Bok Deh meminta pertolongan apabila memerlukan," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini malam tadi.

Menurut Mohd. Fitri, dia juga merupakan orang terakhir yang menemui Bok Deh sebelum wanita itu ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badannya oleh suaminya pada pukul 9 malam tadi.

Pelajar tingkatan lima itu memberitahu, dia memberikan nasi ambang yang dibeli kepada jiran Bok Deh kerana rumah ibu saudaranya berkunci semasa dia mahu menghantar makanan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia kembali ke rumah Bok Deh kira-kira pukul 7 petang untuk memastikan ibu saudaranya sudah mendapatkan nasi ambang yang dihantar sebelum itu.

"Bok Deh membuka pintu apabila melihat saya sampai dan memaklumkan dia sedang menikmati nasi ambang yang saya beli.

"Saya bagaimanapun tidak masuk dan pulang ke rumah selepas mendapat tahu Bok Deh sudah makan malam," katanya sambil memberitahu dia tidak melihat apa-apa yang mencurigakan dalam rumah ibu saudaranya ketika itu.

Mohd. Fitri berkata, namun dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada ibunya mengatakan Bok Deh ditemui mati dibunuh di rumahnya.

Jenazah Isnati selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru di sini selepas solat asar hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi hari ini memberitahu, pihaknya sudah mengedarkan lakaran wajah suspek yang dikaitkan dengan pembunuhan mangsa sejurus selepas kejadian.

"Lakaran wajah itu diperoleh hasil maklumat diberikan oleh jiran-jiran mangsa dan kita juga mendapat kerjasama persatuan penduduk di taman berkenaan untuk membantu mengesan suspek.

"Laporan bedah siasat daripada hospital pula mengesahkan wanita warga emas itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Sepuluh kes penderaan suami terhadap isteri setiap hari di Perak

IPOH 5 Mei - Sekurang-kurangnya 10 kes membabitkan penderaan suami terhadap isteri berlaku di Perak setiap hari.

Presiden Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita (Pww), Dr. Sharifah Halimah Jaafar yang mendedahkan mengenai perkara tersebut berkata, daripada statistik itu, hanya empat atau lima kes dilaporkan kepada pihak polis.

Beliau mendakwa, perkara tersebut berlaku kerana sikap segelintir pihak termasuk polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lepas tangan dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.

"Setiap hari Pww menerima antara empat hingga lima panggilan mengenai masalah keganasan rumahtangga. Kalau yang tidak dilaporkan, angkanya mencapai 10 kes dalam sehari.

"Perkara ini telah kita perjuangkan selama 25 tahun, tetapi tetap juga berlaku. Ini adalah satu penindasan dan golongan wanita pula takut untuk membuat laporan kerana bimbang tidak mendapat pembelaan," katanya.

Tegas Sharifah Halimah, birokrasi dan kaunter khidmat pelanggan menjadi masalah utama kepada wanita mangsa dera menyebabkan laporan mereka diabaikan.

Tegas beliau, perkara tersebut berlaku kerana masalah keganasan rumah tangga dilihat bukan satu isu yang perlu dipeduli dan dititikberatkan.

"Kebanyakan wanita yang terlibat dalam masalah keganasan rumahtangga iaitu didera suami sukar untuk mendapatkan perlindungan walaupun telah membuat laporan polis.

"Ini kerana ramai menganggap keganasan terhadap wanita adalah isu peribadi dan tidak boleh ada campur tangan.

"Bila buat laporan, mereka disuruh balik rumah dan berbincang kerana anggota keselamatan lebih menumpukan kes-kes seperti rompak dan rogol. Seolah-olah kes ini tidak serius," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tegas Sharifah Halimah, walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 wujud untuk membantu golongan wanita yang teraniaya, kes-kes keganasan rumah tangga terus meningkat.

Ditanya alternatif untuk membantu golongan wanita daripada menjadi mangsa dera ujar Sharifah Halimah, Pww dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Wanita UMNO Perak akan mengadakan 'Kempen Lelaki Menentang Keganasan' Ogos ini.

Pada masa sama katanya, Pww akan menjalankan kempen pendidikan bagi memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai hak mereka.

Tujuan utama katanya, adalah supaya wanita yang menjadi mangsa dera tahu hak mereka dan tidak takut untuk tampil mendapatkan pembelaan.

Ujarnya, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan boleh menghubungi Pww di talian 05-5469715 atau e-mel ke perakwomenforwomen@gmail.com

Sepuluh kes penderaan suami terhadap isteri setiap hari di Perak
IPOH 5 Mei - Sekurang-kurangnya 10 kes membabitkan penderaan suami terhadap isteri berlaku di Perak setiap hari.

Presiden Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita (Pww), Dr. Sharifah Halimah Jaafar yang mendedahkan mengenai perkara tersebut berkata, daripada statistik itu, hanya empat atau lima kes dilaporkan kepada pihak polis.

Beliau mendakwa, perkara tersebut berlaku kerana sikap segelintir pihak termasuk polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lepas tangan dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.

"Setiap hari Pww menerima antara empat hingga lima panggilan mengenai masalah keganasan rumahtangga. Kalau yang tidak dilaporkan, angkanya mencapai 10 kes dalam sehari.

"Perkara ini telah kita perjuangkan selama 25 tahun, tetapi tetap juga berlaku. Ini adalah satu penindasan dan golongan wanita pula takut untuk membuat laporan kerana bimbang tidak mendapat pembelaan," katanya.

Tegas Sharifah Halimah, birokrasi dan kaunter khidmat pelanggan menjadi masalah utama kepada wanita mangsa dera menyebabkan laporan mereka diabaikan.

Tegas beliau, perkara tersebut berlaku kerana masalah keganasan rumah tangga dilihat bukan satu isu yang perlu dipeduli dan dititikberatkan.

"Kebanyakan wanita yang terlibat dalam masalah keganasan rumahtangga iaitu didera suami sukar untuk mendapatkan perlindungan walaupun telah membuat laporan polis.

"Ini kerana ramai menganggap keganasan terhadap wanita adalah isu peribadi dan tidak boleh ada campur tangan.

"Bila buat laporan, mereka disuruh balik rumah dan berbincang kerana anggota keselamatan lebih menumpukan kes-kes seperti rompak dan rogol. Seolah-olah kes ini tidak serius," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tegas Sharifah Halimah, walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 wujud untuk membantu golongan wanita yang teraniaya, kes-kes keganasan rumah tangga terus meningkat.

Ditanya alternatif untuk membantu golongan wanita daripada menjadi mangsa dera ujar Sharifah Halimah, Pww dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Wanita UMNO Perak akan mengadakan 'Kempen Lelaki Menentang Keganasan' Ogos ini.

Pada masa sama katanya, Pww akan menjalankan kempen pendidikan bagi memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai hak mereka.

Tujuan utama katanya, adalah supaya wanita yang menjadi mangsa dera tahu hak mereka dan tidak takut untuk tampil mendapatkan pembelaan.

Ujarnya, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan boleh menghubungi Pww di talian 05-5469715 atau e-mel ke perakwomenforwomen@gmail.com

Lagi isteri dicederakan suami akibat minta cerai

KUALA LUMPUR 5 Mei - Jika di Melaka, semalam, seorang anggota tentera cuba menoreh kemaluan isterinya dengan pisau, kejadian hampir sama berlaku lagi di Bukit Beruntung dekat sini.

Kali ini, seorang isteri cedera parah selepas ditendang dengan kasut but dan dipukul dengan topi keledar oleh suaminya, hanya kerana wanita itu menulis surat untuk meminta diceraikan.

Insiden keganasan rumahtangga tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu selepas suspek mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek, seorang peniaga pasar malam berusia 51 tahun, 'naik angin' apabila menerima surat daripada isterinya yang minta diceraikan.

Menurutnya, suspek percaya isterinya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah pasar raya di Bukit Beruntung berbuat demikian kerana mempunyai teman lelaki.

"Akibat cemburu, suspek hilang pertimbangan dan bertindak memukul dan menendang isterinya dengan kasut but dan topi keledar.

"Ekoran itu, wanita malang tersebut terpaksa dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat lebam di beberapa anggota badan selain patah kaki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudian menahan suspek di rumahnya pada hari sama.

Katanya, suspek kemudian ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Tambahnya, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bahru esok.

Menurutnya, pasangan suami isteri itu mempunyai tiga anak perempuan berusia antara enam dan 11 tahun.

Kejadian terbabit merupakan kes keganasan rumahtangga ketiga dilaporkan berlaku di negara ini dalam tempoh empat hari.

Semalam di Taman Bertam Perdana, Melaka, seorang jururawat, Hashimah Nong, 40, dimasukkan ke Hospital Melaka selepas kemaluannya cuba ditoreh oleh suaminya, seorang anggota tentera berusia 40-an.

Suspek dikatakan berkelakuan kejam gara-gara mendengar 'bisikan suara halus' di dalam rumahnya yang mengatakan isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Terdahulu di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin, seorang isteri, Rosmawati Abdul Rahman, 39, menemui ajal akibat kepalanya dihentak, selain perut, dada dan paha dipijak oleh suaminya yang tiba-tiba naik angin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku selepas anak pasangan terbabit mengadu kepada suspek berusia 46 tahun bahawa ibunya bercakap dengan seorang lelaki menerusi telefon di rumah mereka di Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis.

Waran tangkap Zainal Abidin
KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Zainal Abidin Ahmad dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam kerana gagal hadir kes saman penghutang bekas isterinya, Natasha Gabriel Abdullah berhubung tunggakan nafkah anak sebanyak RM18,900.

Perintah tersebut dikeluarkan Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin di kamarnya setelah dimaklumkan peguam syarie, Norhusniah Husin yang mewakili Natasha, 51, bahawa saman telah diserahkan sendiri kepada Zainal, 51, pada 26 April lalu.

Sehubungan itu, Norhusniah yang ditemui wartawan memberitahu, mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk Zainal datang ke mahkamah bagi memberi keterangan.

Penuhi syahwat cara hala
lMonday, May 3, 2010 3:39 PM
From: "Naim Qlate"
Oleh Mohd Fadly Samsudin

SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA... perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
sebelum - selepas

Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.
Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.

Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Ramai bersetuju agar perkahwinan dipercepatkan. Kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.

Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun yang mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.

Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan. " Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Kisah seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di Kelantan baru-baru ini boleh dijadikan iktibar kerana ia tersasar menjadikan Sunnah nabi sebagai contoh.

Bayangkan bagaimana seorang budak yang berumur bawah 12 tahun yang mungkin belum matang boleh menjalankan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dalam mengurus rumah tangga dan menjaga kebajikan suaminya.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.

"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.

"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.

Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.

"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.

Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.

Mengulas mengenai kes di mana seorang kanak-kanak perempuan dipaksa berkahwin dengan rakan bapanya sebagai mengikut sunnah nabi, Rahimi berkata itu perbuatan orang yang faham sunnah tidak menyeluruh.

"Individu berkenaan hanya mempelajari ilmu sekerat saja. Justeru, kepada yang berhajat berkahwin muda pastikan kita berjumpa dengan pasangan benar-benar diyakini.

"Mintalah ibu bapa faham dan menyokong usaha kita pada peringkat awal perkahwinan. Carilah pasangan yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat selain restu keluarga," katany

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..

1 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.