Pages

Subscribe:

23 Jun, 2010

[ hang nadim] Satu Malaysia...Budi Bahasa Budaya Kita



Kalau BTN cerita pasal perkauman, dah lama terbakar Malaysia

Oleh: ROSLAN BIAN

Tidak ada sebab kerana tiga peserta yang pernah mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) menulis surat kepada pemimpin pembangkang menyatakan rasa tidak puashati, maka BTN yang melatih 500,000 peserta setahun harus ditutup.

Tambahan pula, aduan itu membabitkan demonstrasi jalanan yang menunjukkan kumpulan Hindraf serta ceramah yang menyentuh kontrak sosial dan dasar-dasar negara.

Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, penayangan video demonstrasi itu untuk menggambarkan tindakan itu boleh menimbulkan huru-hara serta kesulitan kepada orang awam.

Mengenai ceramah yang menyentuh kontrak sosial dan cerita-cerita mengenai dasar negara, ianya adalah asas negara selain BTN sebagai agensi kerajaan perlu menerangkan dasar-dasar kerajaan.

“Kalau BTN cerita pasal perkauman, dah lama terbakar Malaysia,” ujarnya kepada Agendadaily di ruang rehat VIP di Parlimen, Selasa.

Ahmad berkata, kira-kira 500,000 peserta mengikuti kursus BTN tahun lalu dan hanya segelintir sahaja mengadu mengenai kursus itu yang dikatakan bersifat perkauman seperti yang didakwa pembangkang.

Katanya, kerajaan tidak akan tunduk percaturan politik pembangkang yang membesar-besarkan isu kononnya BTN doktrin kerajaan Barisan Nasional.

“Program akan diteruskan dan tiada apa yang perlu dirisaukan walaupun banyak isu BTN disebut kebelakangan ini,” katanya.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan BTN supaya mempergiatkan elemen gagasan 1Malaysia dalam modul kursus dan seminarnya.

Sehubungan itu pihaknya akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada lebih 2,000 tenaga penggerak BTN pada bulan depan bagi memberi lebih pemahaman tentang gagasan itu.

Ahmad yang bertanggungjawab kepada BTN berkata modul asal BTN mengenai nilai murni dan patrotisme akan dikekalkan.

Beliau berkata Perdana Menteri telah memberi arahan itu kepadanya dalam mesyuarat pagi tadi bersama 30 pegawai BTN terdiri daripada ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, pengarah negeri dan pengarah cawangan di bangunan Parlimen.

Untuk mudah difahami katanya, modul sedia ada dilakukan penambahbaikan dan elemen 1 Malaysia akan dipergiatkan.

"Kita akan menjelaskan gagasan 1Malaysia ini kepada fasilitator, penceramah, pengkuliah dan jurulatih BTN. Sebenarnya kita sudah mula sejak Mei lepas tetapi tidak secara menyeluruh.

"Dalam kursus itu juga, perlu ada ceramah 1Malaysia dan menerapkan lapan nilai gagasan itu termasuk budaya berprestasi tinggi, ketepatan, budaya ilmu, inovasi, integriti, ketabahan, kesetiaan dan kebijaksanaan," katanya.

Ahmad menjelaskan, modul asal BTN ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah nilai murni, patrotisme dan Wawasan 2020 manakala ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua modul dikekal dan ditambah Modal Insan.

“Ketika Datuk Seri Najib, ianya juga sama iaitu nilai murni, patrotisme dan 1 Malaysia. Kursus BTN untuk menyemai semangat patriotik kepada negara, selain menanam nilai-nilai murni dalam perwatakan individu dan bukannya memainkan sentimen perkauman yang didakwa pembangkang,” tegasnya.

Mengenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya BTN menayangkan ucapannya ketika di BTN dalam laman web, Ahmad berkata, beliau tidak tahu menahu perkara itu.

“Saya tak tahu. Malah, saya tidak tengokpun. (Rasanya) Tiada kena mengena dengan BTN,” ujar Ahmad. -15/12/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.