Pages

Subscribe:

04 Julai, 2010

[ hang nadim] Suami Dua Alam.......



Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my
2010/07/04 KUALA LUMPUR: Mereka sudah berkeluarga tetapi masih mengamalkan hidup songsang bagi memenuhi naluri serta keinginan seks terhadap kaum sejenis.

Itulah dilema segelintir suami yang sudah berumah tangga namun masih terperangkap dengan dunia homoseksual tanpa pengetahuan isteri serta anak masing-masing.

Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit secara berkumpulan.

Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan nafsu serakah mereka.

Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan mereka.

Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.
Sertai komuniti myMetro

Suami dua alam
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my
2010/07/04
KUALA LUMPUR: Mereka sudah berkeluarga tetapi masih mengamalkan hidup songsang bagi memenuhi naluri serta keinginan seks terhadap kaum sejenis.

Itulah dilema segelintir suami yang sudah berumah tangga namun masih terperangkap dengan dunia homoseksual tanpa pengetahuan isteri serta anak masing-masing.

Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit secara berkumpulan.

Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan nafsu serakah mereka.

Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan mereka.

Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.

Addy berkata, dia mula terjebak dengan perbuatan tidak bermoral itu selepas hanya sembilan bulan perkahwinan kerana pengaruh rakan yang melakukan kegiatan sama sejak sekian lama.

“Mulanya saya teragak-agak. Saya tidak berani ‘makan luar’ dan melakukan kegiatan songsang itu lagi, tetapi jiwa saya memberontak apabila tidak menerima belaian daripada lelaki.

Saya sayangkan isteri, tambahan pula kami kini mempunyai empat cahaya mata, tetapi selera saya pada lelaki tidak pernah padam,” katanya.

Menurut Addy, dia bersama tiga rakannya menjalankan aktiviti terbabit hanya pada masa dan tempoh tertentu, sama ada ia dilakukan satu minggu sekali ataupun hanya sekali sebulan.

Katanya, sasaran mereka adalah ‘anak ikan’ yang mudah didapati di pusat urut tradisional atau pun spa gay di sekitar ibu kota.

“Pusat tumpuan kami biasanya di Taman Miharja, Cheras. Di sana ada banyak rumah urut untuk kami kunjungi sambil melepak bersama golongan sejenis.
“Kadangkala kami pergi juga ke Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya kerana tempat ini boleh dikatakan ‘sarang’ untuk pertemuan lelaki seperti kami,” katanya.

Addy berkata, mereka melakukan semua itu semata-mata untuk melampiaskan nafsu terhadap sesama lelaki, namun pada masa sama tidak mahu mengabaikan rumah tangga, isteri dan anak.

“Apabila bersama isteri dan anak, saya adalah lelaki normal. Cuma perwatakan saya lembut.

“Saya tidak tahu bila semua ini akan berakhir, naluri saya masih berkehendakkan lelaki. Saya tetap ghairah memandang lelaki,” katanya.

Rakannya, Reza, 36, pula berkata, selain suka berfoya-foya ke ‘port’ gay sekitar Kuala Lumpur, dia turut bermain cinta dengan pasangan sejenis.

Katanya, menjadi rutin hariannya, di rumah dia bermesra bersama isteri tetapi di luar rumah dia menjalin hubungan sulit bersama pasangannya.

“Kekasih saya tahu saya sudah berkahwin, tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami berdua. Dia (kekasih) faham situasi saya, walaupun beristeri, namun naluri saya tetap pada lelaki.

“Hujung minggu, kami sering berkunjung ke kelab malam gay di Bukit Bintang. Jika dia tiada, saya akan bersama Addy dan rakan lain ke port gay,” katanya.

Bagaimanapun, Addy berkata, hubungannya bersama isteri tetap bahagia walaupun isterinya tidak mengetahui dia melakukan hubungan songsang di luar rumah.

“Perkahwinan saya bersama isteri adalah atas desakan keluarga. Saya dipaksa kahwin, tetapi tidak dapat menolak permintaan keluarga itu.

“Namun hubungan saya dan isteri baik saja. Bersama dia saya bahagia juga, tetapi keinginan saya untuk didampingi lelaki masih tidak berubah,” katanya
Lain pula ceritanya dengan Azri, 40, yang tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata tetapi sanggup menipu dan menduakan isterinya hanya untuk bersama lelaki lain.

Lebih menjijikkan, dia juga sering melampiaskan nafsu songsangnya bersama suami orang yang masih mempunyai isteri dan empat anak.

Bagi Azri, sepanjang perkahwinannya dia cuba membuang tabiat songsang itu. Malah dia tahu mengenai dosa dan bala yang akan diterima. Namun, kerana tuntutan nafsu songsang yang sukar dikawal, dia sering melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“Naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Saya melihat lelaki seperti mana kaum itu melihat wanita seksi yang berjalan di depan mereka.

“Boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta.

“Tambahan pula saya sudah berkeluarga. Saya sayangkan mereka dan sebab itu saya tidak mahu mengabaikan mereka hanya kerana tuntutan nafsu ini,” katanya.
Menurut Azri, setiap kali ingin bersama teman sejenis, dia mencari ‘mangsa’ baru menerusi laman sosial atau menghubungi rakannya.

“Sebenarnya, mencari pasangan sejenis lebih mudah daripada seorang lelaki cuba mendapatkan perhatian wanita. Menerusi perkenalan singkat, kami mudah mesra dan terus bersetuju mengadakan hubungan seks.

“Malah, ada juga rakan rapat yang tidak tahan dengan gelora nafsu songsang mereka menghubungi saya untuk melampiaskan nafsu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya menerimanya.

“Bagaimanapun, saya sedar apa hukuman yang harus diterima golongan seperti saya ini. Sebab itu saya cuba mengawal nafsu berkenaan dan hanya melakukannya beberapa kali setahun,” katanya.

Azri berkata, faktor utama yang menjadikan dirinya sebagai lelaki songsang ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Katanya, hanya kerana ibu dan ayahnya terlalu menginginkan anak perempuan, dia pula yang menjadi mangsa.

“Dulu keluarga saya kehilangan anak perempuan kerana meninggal dunia. Mungkin sebab terlalu kecewa, saya pula yang menjadi mangsa dan dipakaikan pakaian wanita.

“Apapun, saya tidak salahkan mereka. Mungkin ini sudah takdir saya dan saya terima dengan reda.

“Begitupun, saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi lelaki sejati. Berkali-kali saya cuba menahan nafsu songsang itu tetapi tidak berjaya.

“Saya cemburu terhadap lelaki tulen. Namun, apakan daya, setiap kali saya cuba mengubah kehidupan songsang ini dan menahan gelora nafsu, saya pasti tewas,” katanya yang masih merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada pengetahuan keluarganya

Isteri hamil gian onani

SAYA berumur 23 tahun dan berkahwin akhir tahun lalu. Kini saya hamil tiga bulan.

Saya dan suami sebenarnya sibuk dengan tugas masing-masing manakala suami selalu ke luar daerah. Hubungan kelamin kami jarang sekali justeru, saya ada melakukan onani. Adakah perbuatan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan?

RISAU
Kuala Lumpur

IA bergantung kepada alat yang digunakan ketika onani dan kawasan kemaluan yang terbabit.

Setiap sentuhan (apatah lagi jika berulang-ulang) boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman sama ada pada permukaan kawasan kemaluan atau ke dalam ruang faraj. Malah, jika ia memasuki bukaan saluran kencing, jangkitan kuman boleh menjangkau sehingga ke dalam pundi kencing dan seterusnya ke buah pinggang. Eloklah juga anda mendapatkan pandangan ulama mengenai amalan ini.

Duda ratah anak ditahan
Oleh JUNAIDI LADJANA
am@hmetro.com.my
2010/07/04 KOTA KINABALU: Kelaparan menyebabkan seorang duda berusia 43 tahun yang disyaki merogol tiga anak kandungnya keluar dari tempat persembunyian di dalam hutan sebelum dicekup polis ketika mencari makanan di dapur rumahnya, di sini, kelmarin.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis dan unit anjing pengesan mengepung rumah terbabit sebelum melakukan serbuan.


“Suspek berjaya ditahan di dalam rumahnya dipercayai akibat kelaparan selepas beberapa hari bersembunyi di dalam hutan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Isa berkata, polis menerima maklumat awal mengenai kelibat suspek di rumahnya dari penduduk kampung kira-kira jam 3 petang hari sama tetapi disedari suspek apabila anjing peliharaannya menyalak lalu melarikan diri semula ke dalam hutan.

“Polis akhirnya mengambil keputusan untuk bersembunyi di sekitar rumah suspek dan tindakan ini tepat berikutan lelaki berkenaan kembali semula ke rumahnya beberapa jam selepas itu,” katanya.

Menurut Mohd Isa, siasatan lanjut terhadap rumah suspek turut menemui 32 kelongsong peluru senapang patah bersama 10 bahan peledak. “Suspek dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri dikenali sebagai ‘bakakuk’ tetapi polis gagal menemui senjata terbabit di rumahnya.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Harian Metro pada Khamis lalu melaporkan tiga beradik menjadi mangsa rogol ayah kandung mereka sebelum ia terbongkar selepas anak bongsunya berusia 11 tahun secara tidak sengaja menceritakan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan kanak-kanak itu menghubungi ibu mangsa sebelum membuat laporan polis.

Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya sejak 2005 dipercayai tinggal bersama ketiga-tiga mangsa dan mula merogol semua mereka yang masing-masing berusia 11, 13 dan 14 tahun sejak awal Januari lalu.

Mangsa syahwat guru
Oleh HADZLIHADY HASSAN
hadzlihady@hmetro.com.my
2010/07/04 KUALA LUMPUR: Guru terlampau. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang guru yang sanggup menjadikan pelajarnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu.

Guru lelaki terbabit bermain cinta dengan pelajarnya itu sejak awal tahun ini.

Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun lalu sebelum terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya selepas tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas mendengar pengakuan anaknya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang Isnin, dua minggu lalu.

Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya didakwa dirogol dua kali di rumah guru terbabit di Rawang.

“Mangsa turut mendakwa guru berkenaan mengajak dia pulang ke rumahnya sejurus tamat waktu sekolah dengan alasan mengambil buku yang tertinggal sebelum kejadian rogol berlaku.

“Mangsa mungkin ketakutan dan bimbang kejadian itu diketahui orang, menyebabkan dia mengambil keputusan berdiam diri sebelum didedahkan kepada ibunya pada 21 Jun lalu,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ibunya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian mendapati kesan koyak pada kemaluan mangsa, bagaimanapun dia tidak hamil.

“Polis mengesan lokasi dan identiti suspek dan hanya menunggu masa sesuai menahannya,” katanya

Hubungan songsang seperti penyakit mental

2010/07/04

“GEJALA hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara masalah kerosakan akhlak yang sering berlaku terhadap umat manusia dulu dan sekarang.

Menurut Yusoff, masalah ini sudah menular sejak zaman Nabi Luth AS dan ia menjadi barah terhadap umat manusia kini.


“Mereka yang ingin berubah daripada terus terjerumus dalam gejala songsang ini harus tabah dan sentiasa menguatkan diri untuk meninggalkan dunia itu.


“Kita ada beberapa pendekatan yang boleh membantu mereka seperti daripada cara agama, kaunseling mahupun perubatan tradisional. Mereka boleh mencuba satu daripadanya tetapi yang penting adalah kemahuan diri itu sendiri.

“Kebiasaannya, golongan homoseksual sukar meninggalkan kehidupan songsang berkenaan, lebih-lebih lagi bila sudah terbiasa dengannya.

“Walaupun sudah berumah tangga, namun perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup kerja kotor berkenaan.

“Bagaimanapun, tidak kurang juga yang cuba mencari alternatif lain untuk berubah melalui kehidupan berumah tangga.

“Begitupun, atas beberapa perkara mereka kembali melakukan hubungan seks sejenis kerana tidak dapat menahan nafsu yang membuak-buak,” katanya.

Yusoff berkata, mereka yang mahu meninggalkan kehidupan songsang itu harus kuat menangani gelora nafsu masing-masing dan tekadkan diri untuk berubah dan jauhi rakan yang turut berada dalam golongan itu.

“Tiada cara lain kerana semuanya bermula daripada diri sendiri. “Bagi mereka yang tidak mahu berubah, contoh terdekat sudah diberikan Allah SWT pada zaman Nabi Luth di mana hamba yang dilaknat oleh-Nya ditenggelamkan bumi kerana melakukan hubungan seks sejenis. Jadi, kita harap perkara sama tidak berulang lagi,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.