Pages

Subscribe:

01 Julai, 2010

[ hang nadim] Tikam kekasih, terjun laut.........





myMetro Setempat
Tikam kekasih, terjun laut
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

2010/07/02 GEORGETOWN: Akibat cintanya ditolak, seorang lelaki warga India berusia 30-an menikam teman wanitanya, seorang rakyat tempatan sebelum terjun ke laut di pantai Jalan Green Hall, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang semalam itu, lelaki berkenaan bertemu dengan teman wanitanya, Y Yogeswary, 21, berasal dari Air Itam di sini dengan menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Vitara sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata anggota di balai polis Kampung Baru, Air Itam menerima maklumat mengenai seorang wanita ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tepi jalan di Jalan Air Itam berhampiran Masjid Negeri.

Beliau berkata, mangsa cedera di dada dan kepala dipercayai akibat ditikam menggunakan senjata tajam itu ditinggalkan di tepi jalan oleh suspek sebelum melarikan diri ke arah Jalan Datuk Keramat.

Katanya, suspek yang ketakutan memandu keretanya, namun terbabas ke arah sebuah kedai buah dan kedai bunga di Jalan Datuk Keramat mengakibatkan kereta dinaikinya rosak.

“Suspek memandu kereta sejauh enam kilometer sebelum membelok ke Jalan Greenhall dan meninggalkan kereta di tepi jalan sebelum terjun ke laut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, tindakan suspek itu disaksikan beberapa orang awam yang sedang memancing ikan di tepi laut di pantai Jalan Green Hall, di sini.

Gan berkata, hasil siasatan lanjut mendapati, kereta Suzuki Vitara dinaiki suspek bukan miliknya dan terdapat kesan darah di tingkap serta tempat duduk penumpang depan selain beg pakaian dan pasport milik suspek di dalam kereta berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan pihaknya turut menemui pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter dengan kesan darah di dalam kereta terbabit.

Beliau berkata, pasukan Gerakan Marin Wilayah Utara, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berusaha mengesan suspek dan sehingga jam 6 petang, suspek masih belum ditemui.

Sementara itu, Yogeswarin dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sehingga kini, dua laporan dibuat orang awam berhubung kejadian ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana antara dua kesalahan itu.

Tikaman cinta tidak dibalas

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Ibarat babak filem apabila seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak bertindak di luar dugaan apabila menikam kepala dan leher bekas teman wanitanya sebelum terjun ke laut dalam kejadian di Jalan Green Hall di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan orang ramai yang berada di sekitar Jalan Ayer Itam berhampiran Masjid Negeri, Lorong Pasar, Jalan Dato' Keramat dan Jalan Green Hall dekat Mahkamah Tinggi menjadi gempar.

Apa tidaknya, selepas bertengkar dengan mangsa yang dipercayai enggan menyambung kembali percintaan dengannya, suspek bersenjatakan pisau disyaki telah menikam kepala dan leher gadis berusia 21 tahun tersebut sebelum meninggalkannya di tepi Jalan Ayer Itam dekat Masjid Negeri.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Suzuki Vitara

Geleng kepala kerana cinta luar biasa
Oleh - Sri Diah

apabila nenek Wook Kundur berkahwin dengan Mohd Nor Musa, ramai yang menggeleng kepala. Tidak kurang juga yang mencebik. Ada juga yang berkata tidak logik, mustahil, gila dan sebagainya.

Ini kerana perkara luar biasa amat janggal di negara kita. Jika di negara asing, berita sebegini biasa sahaja kerana mereka lebih sporting. Lalu berita dalam Sinar Harian beberapa hari lalu, menjadi amat sentimental bagi wanita yang telah berusia.

Melihat jari nenek Wook, 107 tahun yang kecut, sudah berkedut seribu dan dibandingkan dengan kekar tubuh anak muda berusia 38 tahun itu, kita pun sesekali akan berprasangka yang bukan-bukan. Ya, kita pun sama-sama geleng kepala.

Namun kata orang, memang cinta itu buta. Bukan mata yang buta, namun gerak hati telah mengesahkan kenyataan bahawa cinta tidak mengenal usia. Nenek Wook betul-betul cintakan suami mudanya itu. Dia mahu membimbing anak muda itu menjadi lelaki yang bebas najis dadah. Itulah cita-cita cinta nenek Wook.

Saya juga terharu melihat majlis Alumni Pengasih. Melihat persembahan Jamal Abdillah, kita menjadi lebih sayu. Najis dadah telah memusnahkan perkahwinannya. Angkara dadah juga karier seninya mengalami pasang surut. Mujur suaranya masih garau parau, memikat hati ramai peminat setianya sampai hari ini.

Memang ramai yang tewas kerana prasangka. Sering kali kita serba salah, apakah mahu percaya sesuatu berita atau mahu menolak berita itu. Ada masanya berita itu betul dan perkara yang datang pada kita itu memang logik.

Tidak dinafikan, menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan apabila seseorang itu terjerumus ke lembah hina. Mungkin kerana terlalu mengikut cakap kawan. Atau kerana keluarga terlepas pandang. Ada juga yang tidak disengajakan, kerana terpaksa.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup.

Rasulullah SAW menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud:

"Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitab-Nya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai" - hadis riwayat Muslim.

Besar harapan kita apabila suami muda nenek Wook itu dibebaskan daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut nanti, dia akan menjadi suami yang baik dan mendengar nasihat.

Semestinya ramai sanak saudara, adik beradik dan anak cucu yang datang menasihatinya supaya menjaga makan pakai dan kesihatan nenek Wook. Mohd Nor juga mesti mencari kerja yang sesuai untuk membahagiakan nenek Wook dalam dia meniti sisa-sisa usianya hingga ke hujung nyawa.

Cinta lewat usia yang dialami nenek Wook biasa kita baca dalam Majalah MIDI yang khusus untuk wanita berusia 40-an. Ia tidak sama dengan cinta orang muda, saat nafsu dan kepentingan diri diberi fokus utama. Cinta lewat usia adalah detik mengharapkan kesetiaan dan kasih sayang. Itu yang penting.

Ia berbeza dengan kehendak (nafsu), rasa cemburu, rasa tercabar, perasaan bersaing dan lain-lain lagi yang kerap dialami orang muda. Inilah yang perlu difikirkan oleh seorang suami yang berusia lebih muda daripada isteri.

Ya, inilah yang saudara Mohd Nor dan lain-lain lelaki yang seangkatan dengan usianya patut tahu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.