Pages

Subscribe:

07 Julai, 2010

[ Kuasa politik Melayu mungkin hilang jika mereka berpecah-belahhang nadim]



MUHYIDDIN Yassin cuba menyumpit ke sasaran semasa lawatan ke perkampungan Orang Asli di Lenga, Pagoh, Johor, semalam. Turut sama isterinya, Puan Seri Noorainee Abd. Rahman (kanan).

LEDANG 6 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kuasa politik yang dipegang orang Melayu selama ini mungkin hilang sekiranya masyarakat itu berpecah-belah sesama sendiri.

Tegas beliau, hanya dengan bersatu, orang Melayu dapat mengekalkan pelbagai pencapaian kemajuan yang dinikmati dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pelajaran sejak negara merdeka lebih 50 tahun lalu.

Tegasnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir selama ini berjaya membuktikan pembangunan negara bukan sahaja dinikmati masyarakat bumiputera malah turut dirasai segenap bangsa lain.

"Perpaduan adalah penting, jangan kita pecah belah, di kampung juga jangan kita berbalah, jangan gaduh sesama sendiri.

"Kita perlu bersatu untuk maju terutama dalam soal politik kerana jika kita berpecah, kuasa politik yang kita ada pada hari ini juga boleh hilang," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj di Masjid Al Ansar, Kampung Parit Raja, Gersik, dekat sini, semalam.

Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Taat dan Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman.

Sementara itu, menurut Muhyiddin, UMNO yang menerajui kerajaan BN berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh di dunia.

"Walaupun perbezaan agama, budaya dan latar belakang berlainan, namun kita dapat hidup tanpa perselisihan yang boleh mewujudkan pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah," katanya.

Tambahnya lagi, tuntutan fardu kifayah dalam Islam untuk membasmi kemiskinan juga berjaya dilaksanakan kerajaan BN dengan pelbagai pencapaian kemajuan lain dalam bidang ekonomi dan pelajaran.

Jelasnya, berbanding zaman penjajah, kira-kira 60 peratus rakyat negara ini terpaksa hidup dalam kemiskinan namun jumlah itu kini hanya tinggal tiga peratus sahaja.

"Berbanding banyak negara Islam yang lain, kita sudah berjaya menyelesaikan masalah pokok ini namun kita mahu meningkatkan lagi kemajuan umat Islam dalam bidang ekonomi," katanya.
'Media jangan rosak fikiran masyarakat'
SHAH ALAM 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati pengamal media supaya tidak merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat dengan menyiarkan cerita yang direka-reka dan tidak benar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak ada masalah jika syarikat media condong kepada mana-mana pihak tetapi berita yang disiarkan mesti mempunyai kredibiliti dan integriti, bukannya karut, berunsur fitnah atau rekaan semata-mata.

Menurutnya, beliau sendiri boleh menerima jika berita-berita yang disiarkan oleh media massa adalah perkara benar, walaupun laporan-laporan itu menyentuh kelemahan beliau sebagai Perdana Menteri.

''Cerita Felda bankrap adalah bidaah, kalau sebut kelemahan saya, saya terima tetapi kalau sebut sesuatu yang tidak benar sama sekali ia merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat.

''Rosak bangunan atau jalan boleh diperbaiki tetapi jika rosakkan akal budi dan nilai masyarakat, banyak kesannya dan mungkin menjejaskan hasrat kita untuk menjadi negara yang kuat dan hebat," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Akhbar Sinar Harian Nasional dan Program Karangkraf Peduli di ibu pejabat syarikat penerbitan itu di Seksyen 16, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Najib berkata, syarikat-syarikat penerbitan juga perlu mengurangkan pengeluaran bahan bacaan berkaitan cerita tahyul dan hantu kerana walaupun ia popular tetapi tidak dapat membina minda masyarakat.

Jelasnya, walaupun sejak akhir-akhir ini kadar minat membaca semakin meningkat tetapi bahan bacaannya harus berbentuk ilmiah dan berguna agar rakyat negara ini menjadi masyarakat yang lebih dihormati dan disegani.

''Saya berharap syarikat-syarikat penerbitan lain seperti Kumpulan Karangkraf dapat membantu kerajaan bagi meningkatkan minat membaca ini," katanya.


Jangan siar berita fitnah

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan akhbar supaya tidak menyiarkan bahan-bahan karut-marut dan berunsur fitnah, kerana itu hanya akan menjejaskan imej negara dan rakyat.

Sebaliknya, Perdana Menteri me- nyeru supaya pengamal media meng- utamakan pembentukan akal budi murni dengan laporan berasaskan fakta dan kredibiliti.

“Saya boleh terima apa sahaja cerita, asalkan ceritanya benar, ada kredibiliti dan bukannya rekaan, fitnah. Jangan reka cerita, jangan buat pembohongan, bidaah (dusta). Nak sebut kelemahan saya, saya boleh terima tapi jangan nak kata sesuatu yang tidak benar.

“Kerajaan pimpinan saya sedia dikritik sekiranya ada yang tidak betul, tetapi sebarang kritikan mestilah berasaskan fakta dan bukan semata-mata fitnah yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya berucap ketika merasmikan akhbar S:inar Harian Nasional: dan melancarkan Program Karangkraf Peduli, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Maglin Dennis d’Cruz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Najib berkata, laporan karut-marut dan fitnah tidak akan membantu ke arah Malaysia yang makmur dan bersatu padu, malah boleh merosakkan akal budi masyarakat.

Beliau turut memuji :Sinar Harian: yang edarannya telah mencecah hampir 200,000 sehari, walau pun baru berusia empat tahun, sambil berkata: “Saya tidak sekat apa yang Sinar (Harian) hendak siarkan, tetapi pastikan apa yang dilaporkan ada benar, bukan fitnah.”

Perdana Menteri, yang dibawa melawat ke setiap bahagian penerbitan :Sinar Harian: dan majalah, kagum dengan peralatan canggih di bahagian percetakan dan memuji seluruh kakitangan berjumlah 1,500 yang memperlihatkan komitmen dan inovatif.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Hussamuddin berkata, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa akhbar :Sinar Harian: memihak dalam laporannya.

“Kami tidak dimodali atau didalangi oleh mana-mana parti politik, pertubuhan atau individu. Sebab itulah kami boleh mengekalkan konsep bebas hingga hari ini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.