Friday, February 26, 2010
Adakah dosa berzina (bersetubuh sebelum berkahwin) diampunkan Allah???
Zina adalah antara maksiat yang paling keji sekali. Ia disenaraikan di antara dosa-dosa yang paling besar. Jika penzina itu mati sebelum dosanya diampunkan Allah, maka tunggulah pelbagai azab siksa yang menantinya di akhirat.
Selain dari ancaman siksa Allah di akhirat, ancaman di dunia ini sahaja dapat menyebabkan ramai manusia tersiksa dan merana. Samada secara langsung ataupun tidak. Banyak kesan negatif yang muncul dari perlakuan zina ini, antaranya ialah mencemar benih keturunan, pengabaian tanggungjawab terhadap nasab, percampuran dan memberi kesamaran terhadap benih dan nasab, menyiat-nyiat kehormatan diri, menyebarluaskan gejala kurang sihat di kalangan masyarakat, membiakkan penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya dan seribu satu macam lagi......
Firman Allah Taala:
"Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan). (al-Isra', 32)
Penzina wajib dikenakan hudud. Apa hududnya? Bagi yang masih bujang/belum kahwin samada lelaki dan perempuan hukumannya ialah 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Manakala yang telah berkahwin hukumannya ialah direjam sampai mati. Untuk keterangan lebih mendetail, sila buka kitab-kitab Fikah bab Hudud.
Siapakah yang perlu menjalankan hudud ini? Kerajaan yang memerintah wajib melaksanakan hudud ini terhadap penzina-penzina. Rakyat jelata tidak boleh samasekali memandai-mandai mengambil alih kuasa pelaksana itu dari perintah. Oleh itu, tidaklah boleh kita sebagai rakyat, apabila berlaku zina oleh orang yang dah kahwin dengan segala syarat-syaratnya.. Kita tangkap, kemudian kita pakat-pakat merejamnya dengan batu sampai mati.
Persoalannya, bagaimana jika seseorang itu telah terlanjur (sengaja) melakukan zina, kemudian ditangkap.. Bukti dan saksi cukup. Lalu mahkamah membuat keputusan dia disabitkan bersalah kerana berzina tetapi dengan hukuman denda RM300 atau penjara beberapa bulan.
Atau, dia berzina dan tidak seorangpun yang mengetahuinya. Bila begitu, bermakna dia tidak dibicarakan dan dihukum dengan hukuman hudud.
Bagaimana kedudukan dua masalah di atas? Macamana caranya dia mahu melepaskan beban dosa yang ditanggung? Apakah perlu dia menyerah diri kepada pemerintah agar dihudud? Atau memaksa pemerintah agar menghududnya? Atau boleh bertaubat kepada Allah...?
Kenyataan berikut adalah hasil dari rujukkan dari beberapa buah kitab:
Kesalahan zina yang akan membawa hukuman hudud dapat disabitkan di hadapan hakim (mahkamah) dengan saksi ataupun pengakuan sendiri. Namun begitu, sunat hukumnya bagi seseorang yang telah melakukan dosa besar yang diwajibkan had seperti zina dan minum arak agar tidak membocorkan rahsia itu kepada orang lain. Maksudnya, disunatkan diam-diam sahaja apabila telah melakukan dosa yang boleh membawa kepada hukuman had. Jangan cerita pada orang lain atau lapur kepada polis.
Sabda nabi s.a.w.:
"Barangsiapa yang mengerjakan perkara yang berdosa, maka hendaklah dia menutupi dengan tutupan Allah, maka barangsiapa menampakkannya bagi kami dosanya itu, kami akan menjalankan hukum hudud ke atasnya." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan Dia mengampuni dosanya itu. Dan bertaubat bermakna menyesal sesesal-sesalnya serta sekali-kali tidak akan mengulanginya lagi. Jangan main-main..
Bagaimana jika dia lapur juga kepada pak polisi? Maksudnya buat pengakuan di mahkamah tentang kesalahannya itu. Pengakuan itu diterima, dan hukuman had wajib dijalankan oleh pemerintah. Jika dia mengaku, selepas itu dia tarik balik pengakuannya, maka gugurlah had yang akan dikenakan kepadanya.
Apabila dia membuat pengakuan, apakah dia disunatkan menarik balik pengakuannya? Menurut pendapat yang sahih, disunatkan.
Bagaimana, jika ada seseorang yang melihat orang lain melakukan dosa yang hukumannya hudud? Apakah dia perlu membuat aduan kepada pemerintah (dan menjadi saksi)? Atau disunatkan diam-diam sahaja? Ada dua pendapat, menurut imam al-Rafi'i tidak sunat mendiamkan diri. Dia perlu bagkit untuk menjadi saksi supaya perjalanan hukuman hudud ke atas pesalah tidak tergendala. Manakala menurut imam al-Nawawi pula - Kena tengok keadaan. Kalau dia melihat ada maslahat (kebaikkan) dengan dia menjadi saksi, adalah lebih baik dia membuat melakukannya. Jika dilihatnya tak ada faedah apa (tiada maslahat), lebih baik ia ditutup sahaja. Diam-diam sahaja.
****************
Bagaimanakah cara bertaubat? Secara terperinci, bukalah buku-buku dalam bidang akhlak dan tasauf. Dan secara ringkasnya:
Syarat-syarat taubat:
1. Meninggalkan kemaksiatan itu
2. Menyesal atas perbuatan maksiat berkenaan
3. Berazam tidak akan kembali melakukan perbuatan itu lagi
4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi. Kalau dosa itu dosa sesama makhluk seperti merampas harta seseorang, hendak mengembalikannya. Kalau dosa, mengumpat hendaklah meminta maaf darinya.
5. Mengerjakan fardu-fardu yang telah luput (qadhak), seperti berdosa kerana tidak berpuasa bulan Ramadhan, hendaklah diqadhak.
Setiap taubat yang mengikut syarat tersebut, insyaallah akan diterima Allah.
FirmanNya:
"Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai sekelian mukmin, supaya kamu berbahagia." (al-Nur, 31)
FirmanNya lagi:
"Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai juga orang-orang yang bersuci." (al-Baqarah, 222)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesorang yang bertaubat dari dosanya itu adalah umpama orang yang tidak mempunyai dosa lagi." (Riwayat Ibnu Majah)
A p e k or m y r u L ® ?
Sharia Caning
Last week when I read about how women are to be caned according to the Sharia Law, I thought it was to educate the public before Kartika's caning. I recently found out that the three women on the newspaper I read were ACTUALLY caned for performing illicit sex with their boyfriends
It was interesting to learn that the three women turned themselves in after performing illicit sexual acts with their boyfriends. One of them will continue her prison sentence after the caning. But where are their boyfriends? Shouldn't they be punished too?
But you see, all three women bore a child from their premarital sex so the babies are proofs of their wrongdoings whereas for their boyfriends to be convicted, there should be four witnesses of the said crime (sex out of wedlock).
I think this law is outdated. We can trace human DNA now. A simple paternal test and identification by the mother can easily determine the father of the child.
I read about the procedures of the caning and I can tell you that I was beatened far worse than the caning of all three women put together for lying about my report card when I was 9. Caning, of course, is the least painful form of Sharia punishment.
Sharia law varies as muslims reasoned and formed various punishments according to their understanding of Islam. The capacity of enforced Sharia laws are also different because it is imposed in accordance to respective mazhabs. Here's a brief visual aid of some of the punishments implemented by the Sharia in different countries:
know, gruesome.
In my personal opinion, I would rather see my country practice only one brand of law. You can call me ignorant or wrong or whatever but I am in favour of being judged by only one law system. Civil law can absorb some elements of Sharia law that is still relevant in this day and age.
Some sharia punishments should be rethinked and abandoned to make our single law system relevant for all, muslims and non-muslims. Idealistic, maybe. Possible, yes.
People who are in favour of having the Sharia law fully implemented should think again. The fall of the Ottoman 'Empire' was caused by the decision of its religious leaders; they decided to practice an outdated approach of Islam that was relevant in the past. The results of their poor decision resonated to this very day.
I hope caning is the only punishment implemented by the Sharia law in Malaysia. If religious authorities decides to make ways for more sharia punishments, Malaysia will no longer be associated with words like 'moderate', 'modern' and 'progressive'
http://www.afiqsays.com/2010/02/sharia-caning.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.