03 Ogos, 2010
[ hang nadim] Qari Mesir, qariah Pakistan juara tilawah
KUALA LUMPUR — Peserta dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan, Samia Khanan dinobatkan malam tadi sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.