Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my
Penunjuk perasaan upahan
Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi dpada program rakaman takbir raya di Surau Ar-Rahman sebelum majlis berbuka puasa di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Tindakan memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di hadapan bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu merupakan perbuatan sekumpulan penunjuk perasaan upahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana di Indonesia terdapat kumpulan penunjuk perasaan yang diupah oleh pihak-pihak tertentu jika timbul satu-satu isu.
Beliau percaya dalang yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan dalam demonstrasi tersebut mahu merenggangkan hubungan Malaysia dan Indonesia.
“Saya tidak hairan kerana di Indonesia ada kumpulan upahan. Kita mesti bezakan bahawa ini adalah tindakan yang diupah oleh pihak tertentu untuk merenggangkan hubungan kita dengan kerajaan Indonesia.
“Saya tidak anggap ini sebagai mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia malah hubungan kita dengan Indonesia sangat baik dan sangat erat. Kita amat selesa dengan hubungan ini,’’ katanya.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan rakyat Indonesia memijak Jalur Gemilang dan melempar najis manusia ketika berdemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lalu.
Ekoran kejadian tersebut, pasukan keselamatan Indonesia telah mempertingkatkan kawalan di Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
Bagaimanapun ia tetap berulang semalam apabila kumpulan itu terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di kawasan kedutaan tersebut.
Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu sambil berteriak ‘Ganyang Malaysia’ bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di sempadan perairan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, 13 Ogos lepas.
Najib dalam pada itu turut mengingatkan supaya tidak ada sesiapa yang sengaja merosakkan hubungan antara kepimpinan Malaysia dan Indonesia.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai amat meresahkan rakyat Malaysia, beliau menegaskan, tujuan penunjuk perasaan adalah untuk mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat negara ini.
“Itulah niat sebenar mereka. Mereka mahu kita bertindak balas, menimbulkan kemarahan supaya hubungan kita dan Indonesia menjadi renggang. Oleh itu kita jangan terperangkap dengan permainan ini.
“Di peringkat Kabinet kita telah membincangkan isu ini dan kita juga telah memanggil Duta Indonesia di Malaysia dan kita telah meminta pihak berkuasa Indonesia mengambil langkah kawalan lebih ketat bagi menghindarkan perkara seperti ini berulang,’’ ujarnya
Bendera tekad terus perjuanganOleh BORHAN ABU SAMAH
dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 Ogos – Keadaan di bandar raya Jakarta hari ini tenang tanpa sebarang kejadian demonstrasi anti-Malaysia, namun sebuah pertubuhan negara itu berazam meneruskan ‘perjuangan’ mereka.
Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung menyatakan, pertubuhan itu yang terlibat dalam tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini tidak akan berhenti melakukan protes terhadap Malaysia.
“Kami tidak akan berhenti protes di Kedutaan Malaysia. Malah akan melancarkan siri protes baru dan lebih besar di kepentingan-kepentingan perniagaan Malaysia seperti premis Petronas, Maybank dan CIMB yang ada di sini (Indonesia).”
Katanya, perbuatan sebegitu perlu dilakukan oleh kumpulan-kumpulan seperti Bendera memandangkan kerajaan Indonesia lemah dan sering tunduk kepada ‘tekanan’ diplomasi dengan Malaysia.
“Kami mahu kerajaan Indonesia pastikan Malaysia memohon maaf kepada seluruh warga Indonesia kerana banyak mencuri tradisi dan harta kami serta mendera warga kerja Indonesia di sana.
“Setelah habis kayu-kayu balak di Maluku dijadikan bangunan di Kuala Lumpur, tarian Pendet dikatakan milik Malaysia, kini penguat kuasa Indonesia pula ditahan polis Malaysia, ia perlu dihentikan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Mustar diminta mengulas tentang protes yang dianjurkan Bendera serta beberapa kumpulan lain di beberapa tempat seperti di Jakarta, Bandung dan Bali ekoran penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.
Katanya, ia akan diteruskan tanpa ada batas waktu sambil mengulangi Jakarta perlu memastikan Kuala Lumpur memohon maaf kepada Indonesia berhubung insiden penahanan tersebut.
Sementara itu di JAKARTA, Polis memaklumkan tunjuk perasaan di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Bank CIMB Niaga dan Ibu Pejabat Petronas telah dibatalkan, kecuali satu demonstrasi oleh seorang individu di Surabaya yang bertindak membakar bendera Malaysia.
Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa lokasi tumpuan rakyat Malaysia berbelanja seperti Pasar Tanah Abang, para peniaga seolah-olah tidak mempedulikan tentang isu yang digembar-gemburkan oleh media massa tempatan.
Pengerusi Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (Hipmi) Erwin Aksa berkata, isu semasa berkaitan kedua-dua negara jiran itu tidak akan mengganggu hubungan ekonomi kedua-dua buah negara yang saling memerlukan.
“Malaysia memerlukan Indonesia dan Indonesia juga mempunyai tenaga kerja yang ramai di Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, Malaysia juga banyak membuat pelaburan di dalam bidang telekomunikasi, perladangan dan perbankan di Indonesia.
Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie menyifatkan bantahan yang dikeluarkan oleh Malaysia terhadap tunjuk perasaan yang membakar bendera negara itu dan melempar najis ke kedutaannya adalah wajar.
Beliau juga menyifatkan tindakan sedemikian sebagai memalukan Indonesia dan kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap penunjuk perasaan sedemikian.
Menurut Marzuki, Indonesia sememangnya sebuah negara demokrasi yang membenarkan demonstrasi tetapi tunjuk perasaan bertujuan memperlekeh-lekehkan negara lain tidak seharusnya dibenarkan.
Dalam pada itu media massa tempatan masih lagi memainkan isu tersebut khusus TVOne dan MetroTV, manakala akhbar pula, Kompas menyarankan agar kerajaan Indonesia mengenakan ‘terapi kejutan’ kepada Malaysia.
Selain itu, media Indonesia yang lain pula lebih cenderung untuk mempertikaikan kewibawaan pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam menangani itu berkenaan
SATU PERINGATAN KEPADA KUMPULAN BENDERA
NUKILAN HATI HANG NADIM
BANGSA MALAYSIA BERJUANG GUNA FIKIRAN.........
KAMI TIDAK HINA INDONESIA........
TAPI SEGELINTIR RAKYAT INDONESIA
MENNJUAL MARUAH BANGSA DAN MENCEMAR NAMA BAIK INDONESIA
IKLASKAH KAMU DENGAN MENERIMA UPAH YANG TIDAK IKLAS
LEBIH BAIK JADI PENGEMIS JALANAN.....
TIADA SIAPA YANG MARAH......
TUNJUK PERASAAN BAGAI BUDAK HINGUSAN MEMBERONTAK...
TIDAK DAPAT SUSUAN IBU....
FIKIRLAH SAUDARA SAMA-SAMA KITA BINA SATU RUMPUN BANGSA
KALAU membutuhkan wang dan MAKANAN.......
MALAYSIA TIDAK HALANGAN DATANGLAH KE MALAYSIA CARI REZEKI HALAL
Aku kamu dan dia satu rumpun bangsa Nusantara........
Undang-undang perlu di patuhi.....INGAT Panca Sila....
Jangan Sempitkan Fikiran kamu.......
selamat berpuasa.......
PESANAN UNTUK WIRA BANGSA MALAYSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.