Pages

Subscribe:

25 September, 2010

[hang nadim] Guan Eng akhirnya mengaku.....???


















Umat Islam tak mahu subahat sumber duit judi lumba kuda: Muhyiddin

PAGOH: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan mengenai sumber kewangan digunakan untuk program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu yang disumbangkan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Guan Eng akhirnya mengaku

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Selepas pelbagai pendedahan dibuat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu, kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

"Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi," katanya dalam laman sosial twitter, hari ini.

Beliau menjawab pendedahan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengenai sepucuk surat kerajaan negeri yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M. Yacob itu mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima oleh kerajaan negeri walaupun sebelum ini dinafikan.

Sebelum ini, sebuah blog, Pisau.net turut mendakwa bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Dalam pada itu, Guan Eng berang dengan pendedahan isu tersebut apabila mempersoalkan kenapa Pemuda UMNO dan beberapa blog sengaja buat 'bising' berhubung isu sumbangan kepada warga emas.

"RM100 kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?," soalnya.

Terjemah Perkara 153 dalam bentuk tindakan
PASIR MAS 25 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan menterjemahkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dalam bentuk tindakan bagi mengangkat kedudukan orang Melayu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu antara lain melibatkan usaha mengangkat kedudukan ekonomi orang Melayu yang masih ketinggalan sesuai dengan peruntukan yang ada.

Artikel/Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia.

Menurutnya, selain ekonomi, kerajaan juga perlu memperkasa dan mengangkat bidang pendidikan orang Melayu termasuk bumiputera di Sabah dan Sarawak

"Kalau tidak ada, tidak ada ertinya Perlembagaan itu dan ia tinggal sebagai kertas," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran pertubuhan itu di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, sekiranya ekonomi orang Melayu diangkat, maka bangsa itu akan bersatu sekali gus mempereratkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, masa depan negara sebenarnya belum terjamin sekiranya golongan minoriti menuntut pelbagai perkara yang sudahpun mereka nikmati sekarang sehingga menyebabkan mereka terus kehadapan, sementara kumpulan majoriti pula tetap ketinggalan.

"Kalau tidak ada keamanan dan kemakmuran, apa maknanya pembangunan mereka juga akan kehilangan segala-galanya. Peristiwa 13 Mei membuktikan tidak ada siapa yang untung," katanya.

Ibrahim berkata, tidak dinafikan kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan bumiputera tetapi ia lebih bersifat 'bread and butter' (memenuhi keperluan asas).

"Itu hanya sekadar tambah pendapatan (asas) kerana kos hidup, perubatan dan pendidikan semakin naik. Tetapi apa yang Perkasa mahu ialah pembahagian kek ekonomi (untuk pendapatan lebih tinggi)," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan Perkasa akan kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan belum ada niat untuk menjadi sebuah parti politik.

Ibrahim berkata, beliau bimbang sekiranya Perkasa menjadi sebuah parti politik, maka akan lebih banyak berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu sama ada pertubuhan itu akan kekal sebagai sebuah NGO pada masa hadapan.

"Terpulanglah kepada ahli-ahli Perkasa menentu hala tuju Perkasa dalam mesyuarat agung yang diadakan pada tiap-tiap tahun," katanya yang turut memaklumkan ahli-ahli Perkasa termasuk di kalangan ahli Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO, bekas pegawai dan kakitangan kerajaan.

Sementara itu, ditanya peluang beliau pada pilihan raya umum akan datang, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas perkara, ia terlalu awal untuk dibincangkan.

"Pada saya, bukan penting sangat soal pertandingan, saya pentingkan soal perpaduan kaum, perpaduan orang Melayu, agenda pembangunan, jangan berpecah belah. Bertanding pada saya soal kedua," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.