Pages

Subscribe:

01 September, 2010

[hang nadim] Ismail dilantik Ketua Polis Negara.....






Ismail Omar


Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MAISARAH
SHEIKH ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 1 Sept. – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 57, hari ini dicadangkan dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September ini.

Mengumumkan demikian di sini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57, pula dicadangkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘‘Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan dengan cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

‘‘Pelantikan (secara rasmi) akan diumumkan oleh Perdana Menteri,” kata beliau pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri.

Tekanan bukan punca kontrak Musa tidak disambung



HISHAMMUDDIN dan Ismail berjabat tangan dengan diperhatikan oleh Musa di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menegaskan keputusan tidak melanjutkan kontrak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bagi kali ketiga tiada kena mengena dengan tekanan mana-mana pihak.

"Formaliti sebagai KPN kebetulan tamat pada 12 September ini. Sudah tiba masa untuk pengganti mengisi jawatan itu bagi memastikan pasukan polis yang lebih kukuh dan keselamatan negara terus terjamin," kata beliau.

Hishammuddin berkata demikian ketika mengumumkan pelantikan Tan Sri Ismail Omar sebagai KPN yang baru menggantikan Musa berkuatkuasa 13 September ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, pula akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail.

Pengumuman yang dibuat oleh Hishammuddin itu semalam menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.


Yang Dihormati Tan Sri Musa

Terima Kasih Atas Nasihat dan Bimbingan Tan Sri
Dari Hang Nadim ( RF 55550 / I/11695)
Sahabat semasa di Melaka (1970-1974)
Pelajar semasa Di Maktab Polis Kuala Kubu (1990)
Ketua Semasa di Bukit Aman
Semoga Diberi Allah Sihat Sejahtera Sepanjang Hayat....Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.