Pages

Subscribe:

20 Oktober, 2010

[ hang nadim] UMNO perlu lebih perjuangkan hak Melayu: Reezal

2010/10/20
KUALA LUMPUR: UMNO sebagai parti yang menjadi tunggak kerajaan perlu dilihat lebih adil kepada orang Melayu terutama dalam memperjuangkan bidang yang mereka masih ketinggalan berbanding kaum lain.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata sekalipun prinsip perjuangan UMNO adalah berteraskan kepada keadilan untuk semua kaum, namun perjuangan membela hak Melayu perlu lebih diutamakan.

Kesamarataan dan kesaksamaan tidak bermakna keadilan, tapi keadilan akan menjamin kesamarataan dan kesaksamaan," katanya ketika membawa usul menyokong ucapan terima kasih ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Reezal Merican berkata, tindakan pihak tertentu yang membangkitkan soal kesamarataan dan kesaksamaan sebenarnya masih keliru atau mempunyai agenda tertentu dengan apa yang mereka mahu perjuangkan.

Beliau turut membuat analogi berkenaan kesamarataan dan kesaksamaan dengan cerita sebuah keluarga yang menjamu selera di sebuah restoran.

"Adakah saksama dan sama rata apabila bapa (ketua keluarga berkenaan) memesan tomyam untuknya, untuk isterinya, untuk anaknya yang berusia 15 tahun dan adakah dia perlu juga memesan tomyam untuk anaknya yang berusia enam bulan?

"Anaknya yang berusia enam bulan itu tak perlu makan tomyam tapi mahu susu cap gantung...," katanya.
Beliau turut mengajak seluruh jentera pemuda supaya berjihad menentang petualang dan pengkhianat bangsa dan negara yang setiap hari menabur fitnah dan menipu rakyat.

"Pihak pembangkang ini umpama pembohong bersiri, tipu memanjang, fitnah memanjang, yang jadi mangsa adalah rakyat, yang diperbodohkan adalah rakyat, mereka inilah petualang dan pengkhianat negara," katanya.

Beliau berkata, petualang dan pengkhianat bangsa atau negara ini bukanlah sesuatu yang baru dalam setiap kali pembinaan tamadun, malah ia telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.

Sementara itu, wakil Sabah, Armizan Mohd Ali ketika menyokong usul tersebut berkata seluruh jentera Pemuda UMNO tidak perlu terikut-ikut dengan sesuatu isu yang dimanipulasi pihak pembangkang.

"Apa pun, kadang kala kita terkilan apabila pihak UMNO sendiri mengkritik Pemuda, Pemuda dikritik sehingga seolah-olah keseluruhannya buruk dan Pemuda dikritik di media massa," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Papar, Sabah berkata Pemuda UMNO bukanlah tidak boleh dikritik atau ditegur, malah bersedia dimaki, tetapi perlulah mengikut saluran yang betul supaya moral anggota Pemuda tidak luntur.

"Cuma kita ingin bertanya, siapa yang wariskan kelemahan UMNO sekarang ini? Adakah Pemuda UMNO? Siapa yang jadi wakil rakyat berpenggal-penggal, sejak UMNO kuat sehingga UMNO tak kuat? Kenapa Pemuda UMNO hendak dipersalahkan apabila UMNO sedang lemah?" katanya.

Beliau berkata, semua pihak dalam pergerakan itu kini perlu menghentikan apa jua bibit perpecahan dalam usaha mengukuhkan semula UMNO untuk terus berada di landasan yang betul dalam memperjuangkan hak orang Melayu. - BERNAMA Komen Anda

Wednesday October 20, 2010
PM enlists media in global fight against extremism

PETALING JAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has called on the media to help in his global fight against extremism.

He said the media could help make the world a better place by giving prominence to the voice of the moderate majority.

Najib said there was an urgent need to propagate a global movement of moderates to check extremists from holding the world to ransom.

“With the emergence of extremist communities who utilise tools of information and communication technology to swiftly propagate their sinister agenda, the media needs to be more assertive in pushing forward the voice of the majority who are more reasonable and sensible.

“As the moderates tend to be less assertive and rather docile, there is a need for us, through the media and Internet, through the voices of leaders to make the voices of the moderates louder,” he said when closing the international forum on The Creation of Global Citizen: Media Liberalisation And the New Political Realities in conjunction with the 61st Umno General Assembly at the Putra World Trade Centre yesterday.

“We need to ensure the media carries and amplifies voices of reason, voices of the people who are sensible,” he added.

“We also need to re-isolate the extremists,” he said, adding that he had mooted the idea of a global movement of moderates during the United Nations General Assembly recently.

He noted that the reason why the conflicts in the Middle-East, including the Palestine issue, could not be resolved after so long was due to the fact that the extremists were holding the region to ransom and dictating terms and conditions.

“It is high time the moderates take centrestage and deny the extremists a platform to dictate,” he said.


Budaya politik baru


PARA pemimpin UMNO memberi tepukan kepada Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Mohd. Naim Aziz

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu transformasi ahli-ahli UMNO digerakkan sehingga ke peringkat akar umbi bagi membolehkan mereka menterjemahkan model budaya politik baru yang bersifat inklusif, terbuka dan demokratik.

Presiden UMNO menegaskan, pembaharuan dalaman parti mesti disusuli dengan perubahan dari segi budaya, pemikiran, tindakan dan pertuturan.

‘‘Kita telah memulakan proses pemulihan politik di mana parti telah meminda perlembagaan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan saya mengingatkan kepada ahli, ia merupakan titik permulaan kepada budaya baru model politik UMNO bersifat terbuka, inklusif dan demokratik.

‘‘Ia tidak boleh terhenti begitu sahaja, pembaharuan UMNO mesti disusuli dari segi budaya, pemikiran dan tindakan serta pertuturan supaya perubahan itu meresap dan menular ke peringkat bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Majlis Taklimat Presiden yang menjadi tradisi pembuka tirai kepada setiap perhimpunan agung parti memberikan ‘mood’ awal kepada kira-kira 4,000 perwakilan sekali gus menggambarkan hala tuju sepanjang perhimpunan sehingga Sabtu ini.

Imej parti yang mampu berubah terserlah apabila Najib dan para pemimpin tertinggi UMNO tampil di pentas utama dengan baju seragam berwarna putih sekali gus memberikan gambaran parti yang segar, ceria dan sedang bergerak ke arah pemulihan dan pengukuhan

Dalam taklimat kira-kira satu jam itu, Najib berkata, beliau menggariskan beberapa perkara penting berkenaan sistem demokrasi berparlimen dan peranan yang perlu dimainkan oleh anggota parti ke arah pengukuhan bahtera UMNO.

Selain itu, katanya, beliau juga mengingatkan setiap ahli agar memelihara kedudukan serta imej parti dan calon yang hendak diturunkan dalam pilihan raya mesti disenangi oleh rakyat.

‘‘Oleh itu, ahli-ahli di peringkat akar umbi, saya banyak tekankan supaya bersifat inklusif dan dapat tunjukkan imej yang disenangi oleh rakyat dan sentiasa dekat di hati rakyat melalui pelbagai aktiviti dan apa yang mereka lakukan sepanjang masa.

‘‘Dengan ini, kita dapat tunjukkan UMNO adalah merupakan pemudah cara dan pelopor kepada segala kegiatan di peringkat akar umbi,’’ ujarnya

Selain itu jelas Najib, ahli-ahli juga ditekankan mengenai jasa-jasa besar UMNO dan pada masa sama mereka patut sedar tentang kelemahan menyerlah parti-parti pembangkang sejak kebelakangan ini.

Dengan ingatan dan langkah-langkah pengukuhan tersebut, beliau berkata, UMNO telah memulakan perjalanan dalam membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Perubahan perlembagaan yang kita lakukan pada tahun sudah adalah langkah pertama tapi mesti disusuli usaha yang boleh mengukuhkan parti melalui perkara-perkara yang saya sebut tadi.

‘‘Penyatuan di peringkat bahagian adalah amat penting dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pengukuhan parti ada kaitan mengukuhkan ke arah pilihan raya apabila ia diadakan,” katanya.

Ditanya mengenai usaha memastikan perjuangan nasionalisme UMNO tidak memberikan ancaman kepada mana-mana pihak, Najib menegaskan, negara telah mencapai kejayaan di bawah kepimpinan Melayu yang diterajui parti itu.

‘‘Selama ini, kepimpinan Melayu UMNO yang sentiasa bertimbang rasa dan adil kepada semua kaum.

‘‘Jadi ini satu prinsip yang kita pakai sejak dulu lagi, sejak zaman Tunku (Abdul Rahman), kita amalkan prinsip yang sama, yang membezakan ialah kaedahnya dan memperincikan strategi yang patut kita laksanakan, tetapi prinsip dan falsafahnya tetap sama,” katanya.

Dalam taklimat tersebut Najib berkata, beliau menjelaskan kepada pemimpin UMNO tentang pelbagai cabaran besar yang berjaya dilalui dan hasil kerjasama ahli parti, kerajaan dapat memulihkan negara daripada krisis ekonomi.

Justeru katanya, kini negara berada pada landasan pemulihan yang segar lantas membolehkan kerajaan merencanakan masa depan berdasarkan kepada pengharapan baru.

‘‘Kita boleh mencapai hasrat untuk mentransformasikan negara seperti kepada wawasan negara berpendapatan tinggi dan segala perancangan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sedang berjalan lancar,” katanya

'Bendung perasaan curiga antara kaum, hentikan debat perkauman'

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Perasaan curiga antara kaum mesti dibendung segera dan debat perkauman mesti dihentikan sekarang.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan, jangan ada mana-mana kumpulan yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

''Hormatilah dan terimalah keluhuran Perlembagaan yang telah meletakkan asas-asas bagi negara kita.

''Saya yakin dan percaya, bahawa rasa curiga antara kaum akan dapat diatasi sekiranya semua kaum mendapat jaminan bahawa hak-hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dipertahan dan dihormati dalam apa jua keadaan sekalipun,'' katanya.

Beliau membuat gesaan dan penegasan itu ketika merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri menarik perhatian bahawa debat perkauman dalam masyarakat juga semakin merumitkan keadaan.

Sehubungan itu beliau mengingatkan perdebatan tentang isu perkauman tanpa batasan boleh menimbulkan provokasi yang membakar sentimen perkauman.

''Kita tentu sekali tidak mahu percikan api kemarahan akhirnya menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah kita bina.

''Sanggupkah kita menggadaikan segala nikmat yang kita kecapi semata-mata kerana amarah perkauman? Hakikatnya, tiada siapa yang beruntung sekiranya perbalahan bermaharajalela. Kalah jadi abu, menang jadi arang,'' katanya.

Oleh itu Muhyiddin dalam ucapannya memberi jaminan kepada orang Melayu dan bumiputera, bahawa UMNO sebagai parti teras Melayu, akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan mereka, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan bumiputera mendapat pembelaan sosial dan ekonomi yang seadil-adilnya.

''Kepada kaum-kaum lain, UMNO sebagai parti teras kenegaraan tetap menghormati hak kaum-kaum lain seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan.

''Sebagai sebuah parti politik Melayu yang inklusif, dan berdasarkan rekod perjuangan UMNO selama ini, UMNO akan terus memastikan bahawa, di bawah teraju UMNO, tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam menikmati rahmat pembangunan dan kemajuan negara,'' katanya.

Kepada UMNO, Muhyiddin berkata, cabaran yang dihadapi oleh parti itu seterusnya ialah bagaimana untuk mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan.

Beliau berkata, kunci kepada kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik.

''Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum.

''Walaupun secara umumnya hubungan kaum di Malaysia berada di tahap yang baik, namun masih kedengaran suara-suara yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain,'' katanya.

Kata Muhyiddin, jika perkara itu tidak diurus dengan baik, keadaan ini akan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum bahawa kedudukan dan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan semakin terhakis.

Mengenai gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia adalah satu gagasan perpaduan yang memberi jaminan hak kepada semua warga negara berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.