Pages

Subscribe:

18 Oktober, 2010

[hang nadim] Federal Court rejects Anwar’s .......TAUBAT HENTIKAN MEMBOHONGI BANGSA MU...



Published: Monday October 18, 2010 MYT 7:19:00 PM
Federal Court rejects Anwar’s final bid to get Saiful’s statements
PUTRAJAYA: The Federal Court rejected on Monday Datuk Seri Anwar Ibrahim’s final bid to get statements recorded by police from Mohd Saiful Bukhari Azlan in connection with his (Anwar's) ongoing sodomy trial.

Anwar wanted the statements, claiming that there were contradictions between Mohd Saiful's testimony adduced in the trial and the sodomy charge framed against him (Anwar), which he said, could lead to a possible impeachment of Mohd Saiful's testimony.

The 63-year-old Permatang Pauh member of parliament claimed that Mohd Saiful had testified that the alleged sodomy took place without his consent, but he (Anwar) was charged under Section 377B of the Penal Code with consensual sexual intercourse.

Mohd Saiful, 25, the complainant, who has concluded giving evidence in the trial, is the star witness in the case.

In an unanimous decision, the apex court led by Chief Judge of Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, held that the High Court's ruling was not within the definition of word "decision" and that it was not a final order under Section 3 of the Courts of Judicature Act 1964.

"We agree with the Court of Appeal's decision that the ruling of the trial judge in this case was not a decision and that it is not appealable," said Justice Arifin, who sat with Federal Court judges Tan Sri James Foong and Datuk Seri Md Raus Sharif in hearing Anwar's appeal.

On the issue of a two-page "broad reasons" raised by Anwar's lawyer Karpal Singh in his submission during the appeal, Justice Arifin said the grounds by the Court of Appeal described as 'broad reasons" was clear and comprehensive, as it contained all the ingredients of an oral judgment.

Karpal Singh on Aug 19 had insisted that the Federal Court order the Court of Appeal to furnish further grounds for its dismissal of Anwar's appeal, saying the judgment were just broad reasons.

However, Justice Arifin in his judgment said the Court of Appeal had given brief but concise reasons citing a number of authorities in support of its decision.

"In some instances, short and concise grounds of judgment will suffice. In this case, the issue before the Court of Appeal was whether there was a right of appeal against the decision," he said. "We agree that as a general rule, it is incumbent upon the court making a decision to provide reasons for its decision as litigants are entitled to the same. But this ground of judgment, as we said earlier need not be long, depending much on the subject matter in issue," he said.

He pointed out that the reason need not be long especially when the outcome was obvious and the judgment becomes long because facts, which are sometimes unnecessary, were repeated.

He stressed that Chief Justice Tun Zaki Azmi had been advocating that judges should strive to write short and concise judgments, where appropriate.

"We entirely agree with him. This what the Court of Appeal had done in this case," Justice Arifin said in a 19-page judgment rejecting Anwar's bid to overturn the Court of Appeal's decision to dismiss his appeal.

Anwar was appealing the High Court's refusal to allow him to obtain the statements.

Anwar, 63, is on trial on a charge of sodomising Mohd Saiful, his former aide, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

He faces up to 20 years in jail and whipping, if convicted. - Bernama

Heret Anwar ke mahkamah

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.

Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

“Kita bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan satu dua orang tetapi lebih 100 orang. Antaranya hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa. Ini bukan kerja mudah kerana banyak pihak yang akan terlibat,’’ katanya pada sesi soal jawab itu.

Terdahulu Dr. Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dr. Mahathir sebelum itu telah ditanya mengenai kes yang melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu oleh salah seorang peserta forum berkenaan.

Sehubungan itu Dr. Mahathir mahu semua pihak perlu berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan tuduhan yang sama.

“Memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dia disabitkan bersalah oleh mahkamah tetapi dalam kes terbaru Anwar jelas ia sama seperti kesnya yang terdahulu.

“Ini menggambarkan seolah-olah kes ini ada asas kebenarannya. Kes yang terkini disabitkan pada era pemerintahan orang lain dan bukannya zaman pemerintahan saya. Persoalannya mengapa kesnya sama? Tidak mustahil wujud asas-asas kebenaran dalam kes yang melibatkan Anwar itu,’’ katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika menjawab soalan tersebut turut menarik perhatian peserta bahawa sepanjang 22 tahun memimpin negara, beliau tidak pernah sekali mempelawa hakim hadir untuk majlis-majlis rasmi sama ada di kediamannya atau di tempat lain.

Sekiranya ada beliau berkata, ia hanya untuk Ketua Hakim Negara.

“Saya faham kedudukan hakim dan etika yang harus mereka patuhi. Sebagai hakim mereka perlu bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk golongan pemimpin kerana akhirnya mereka yang akan membuat keputusan bagi satu-satu kes,’’ katanya.

Menjawab satu soalan lain, beliau menegaskan, semua negara termasuk kuasa-kuasa besar perlu menghapuskan penggunaan senjata nuklear kerana ia bakal memberi kemusnahan kepada beribu-ribu nyawa manusia dalam sekelip mata.

Beliau berkata, adalah satu perkara yang tidak adil apabila hanya negara tertentu sahaja dilarang memiliki tenaga nuklear sedangkan kuasa-kuasa besar bebas menggunakannya.

“Adakah ini yang kita katakan demokrasi tulen? Bagi saya semua negara mesti dilarang daripada membangun dan menggunakan senjata nuklear kerana ia langsung tidak memberi faedah kepada keamanan dunia sejagat.

“Senjata nuklear hanya akan merosakkan bumi dan akan menyebabkan nyawa manusia terbang umpama tiada harga. Hentikanlah perang, hapuskan senjata nuklear. Insya-Allah dunia akan aman,’’ ujarnya.

Keputusan tolak rayuan Anwar kekal
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/10/19

Usaha akhir dapatkan kenyataan Saiful gagal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam, menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua kenyataan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan termasuk kenyataan diberikannya kepada polis ketika siasatan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria yang mengetuai tiga panel hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi 12 Mei lalu yang menolak permohonan Anwar atas alasan perbicaraan kes liwat masih berjalan

Selain Ariffin, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong dan Datuk Seri Md Raus Shariff sebulat suara memutuskan keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak boleh dirayu kerana ia bukan penghakiman akhir yang memberikan hak kepada mana-mana pihak berdasarkan definisi 'keputusan' mengikut Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan dokumen berkenaan selepas memutuskan ia tiada bidang kuasa untuk mendengar rayuan terbabit.

Berhubung isu penghakiman awal diberikan Mahkamah Rayuan dalam keputusannya yang dibangkitkan peguam Karpal Singh, Ariffin berkata, alasan penghakiman tidak perlu panjang bergantung kepada isu yang dibincangkan.

Beliau berkata, alasan penghakiman diberikan Mahkamah Rayuan adalah ringkas dan mencukupi serta komprehensif selain ia turut menyelitkan prinsip undang-undang yang sewajarnya.
Anwar memohon mendapatkan semua kenyataan itu kerana mendakwa pembelaan mempunyai gerak hati ada percanggahan antara keterangan Mohd Saiful dalam perbicaraan kes liwat terhadapnya dengan kenyataan kepada polis.

Katanya, Mohd Saiful sebagai saksi utama dalam keterangannya mendakwa kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya sedangkan dia (Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu tuduhan mengadakan hubungan seksual secara rela.

Perbicaraan kes liwat itu bersambung pada 25 Oktober ini.

NUKILAN HATI HANG NADIM
SAUDARA ANUAR KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN ,BERTAUBATLAH SELAGIMANA DALIH DI CARI SELAGI ITULAH KEBENARAN AKAN MUNCUL DENGAN NYATA DIATAS KESALAHAN DAN DOSA YANG ANDA LAKUKAN.....MAHKAMAH AKAN MENENTUKAN KEADILAN ANDA...KENAPA TAKUT DAN MENCARI HELAH DAN MENGHERET MANUSIA LAIN MENANGGUNG SEGALA PEMBOHONGAN ANDA.....KALAU ANDA TAK LAKUKAN KENAPA TERUSKAN PEMBOHONGAN......INGAT SUMPAH LAKNAT......!!!!AKAN MEMAKAN DIRI ANDA......DAN JANJI ANDA BERJUANG UNTUK BANGSA//AGAMA//NEGARA...KEMANA HILANG SUMPAH INI,,,,,HENTIKAN SEGERA PEMBOHONGAN.....JANGAN KELIRU BANGSA ANDA DENGAN DALIH ANDA......TAUBATLAH.....BANYAK ORANG BERSEKONGKOL DENGAN PEMBOHONGAN ANDA...
ALLAH MELIHAT APA YANG ANDA BUAT.....JANGAN MENYUSAH BANGSA ANDA.....JANGAN ROSAK KEDAMAIAN NEGARA ANDA....DAN JANGAN CEMAR AGAMA ANDA....NAUZZUBILLAH//



UNTUK AZIZAH NASIHATLAH ANUAR USAH BUANG DUIT UNTUK PRKARA YANG MEMECAH BELAH RAKYAT DAN MENGHURUHARA NEGARA.......



UNTUK PENYOKONG....FAHAMLAH KEDUDUKAN SEBENAR TIADA SIAPA YANG FITNAH ANUAR.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.