30 Disember, 2010
[ hang nadim] 5,000 penyokong sambut wira negara di KLIA.....
oleh Sazarina Shahrim, Jumiati Rosly dan Harris Rajahdin
bhnews@bharian.com.my
2010/12/31
Tunggu lebih 4 jam, nyanyi lagu patriotik
SEPANG: Hampir 5,000 penyokong pasukan bola sepak negara membanjiri balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi menyambut skuad Harimau Malaya yang tiba di tanah air selepas menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, Indonesia, malam kelmarin
Mereka yang kebanyakannya memakai jersi kuning hitam mula berkumpul di balai ketibaan sejak jam 12 tengah hari selepas berita ketibaan skuad pada jam 2 petang tersebar terutama di laman sosial sejak malam kelmarin. Penyokong daripada pelbagai peringkat umur setia menunggu sambil berterusan menyanyikan beberapa lagu termasuk Barisan Kita dan melaungkan Malaysia Boleh!, walaupun penerbangan yang membawa skuad kebangsaan hanya tiba jam 3.30 petang.
Berikutan jumlah penyokong yang terlalu ramai, polis terpaksa bekerja keras mengawal keadaan dan memastikan keselamatan pemain terjamin. Pada jam 4.30 petang, penantian penyokong berakhir apabila pasukan negara yang diiringi Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih, K Rajagobal keluar dari pintu balai ketibaan.
Kelibat pasukan muda negara itu mendapat tepukan gemuruh dan sorakan penyokong yang berasak-asak untuk melihat dan merakam gambar lebih dekat.
Mereka dibawa ke pentas di balai ketibaan KLIA bagi memberi kesempatan penyokong untuk melihat dan merakam gambar wira negara. Pemain diiringi polis ke dalam bas, namun, peminat masih mengejar mereka untuk merakam gambar.
Pelajar institut pengajian tinggi, Afiq Asyraf, 22, berkata kehadirannya di KLIA untuk memberi sokongan kepada pemain muda negara yang mempunyai potensi besar untuk berjaya di peringkat lebih tinggi.
“Ini pertama kali saya ke KLIA menyambut pasukan bola sepak negara bagi menyatakan sokongan kepada skuad kebangsaan,” katanya yang hadir bersama dua rakan.
Peniaga, Aziz Samad, 52 yang datang bersama isteri serta tiga anak mahu peminat terus memberi sokongan kepada pemain negara walaupun ketika mereka kalah.
Kakitangan swasta, Mohd Zubir Hassan Basir berkata, kehadirannya di KLIA atas permintaan isteri yang mengandung tujuh bulan yang mahu melihat pemain negara lebih dekat.
Nafrizan Mohd Zin, 38, terkejut dengan jumlah penyokong yang hadir di KLIA untuk memberi sokongan kepada pemain negara.
Jumlah penyokong yang ramai itu juga memberi rezeki kepada Mazlan Yunos, 45, yang berjaya menjual kira-kira 100 jersi pasukan kebangsaan pada harga RM65 setiap satu, di luar balai ketibaan terutama jersi biru.
“Jersi warna biru paling laris mungkin sebab tuah warna jersey ini kepada skuad negara,” katanya.
'RM25,000 setiap pemain'
Oleh Jumiaty Rosly dan Harris Rajahdin
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/31
Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin
BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan. “Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.
Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.
Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.
Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan. Komen
Media Indonesia hilang 'ghairah'
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/31
Sebahagian akhbar lantang mahu Ketua PSSI berundur
LAPORAN muka depan media tempatan hari ini tidak sepanas sebelumnya, dengan rata-rata akhbar harian utama cuba meniupkan semangat 'Garuda Di Dadaku' selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Malaysia kelmarin
Walaupun gagal menjulang Piala Suzuki AFF selepas empat kali percubaan di final, Indonesia yang terkenal dengan jolokan Garuda itu menganggap kejohanan kali ini sebagai titik kebangkitan bola sepak negara itu. “Belum jadi juara tapi Garuda menang,” lapor akhbar Rakyat Merdeka di muka depannya. Kemenangan 2-1 ke atas Malaysia kelmarin ditonjolkan sebagai isi utama berita bagi menebus kekecewaan sekali lagi muncul naib juara.
Namun sebahagian akhbar masih lantang menyuruh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid supaya meletak jawatan, walaupun pencapaian skuad Garuda tahun ini boleh dianggap membanggakan.
“Nurdin turun!” Laung akhbar sukan pertama di Indonesia, TopSkor yang sepanjang sebulan kejohanan berlangsung agak lantang dan terperinci dalam laporan hariannya.
Akhbar Berita Kota turut menyuarakan nada sama dengan tajuk “Malaysia juara, Nurdin Halid dicerca”, dan turut meminta seluruh persatuan dan pasukan bola sepak negara itu dirombak secara menyeluruh.
Bagaimanapun kedudukan Alfred Riedl sebagai jurulatih masih dituntut sebahagian besar rakyat Indonesia. Akhbar Pos Kota sekadar melaungkan “Garuda di dadaku” dan “Riedl yes (ya), Nurdin no (tidak)”.
NADA berbeza akhbar Indonesia sebelum (gambar atas) dan selepas (bawah) melaporkan perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 uyang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin.
Minggu, 26 Desember 2010 | 23:43 WIB
Rajagobal: Laser Mungkin dari Pendukung Indonesia
affsuzukicup.com
Sorotan sinar laser yang dikeluhkan para pemain Indonesia bisa saja berasal dari suporter Tim Merah Putih. Hal itu diungkapkan oleh pelatih kesebelasan nasional Malaysia, K Rajagobal, usai pertandingan leg pertama final Piala AFF di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12).
"Untuk laser kita tidak tahu. Bisa saja itu datang dari pendukung Malaysia dan bisa juga dari penyokong Indonesia," ungkap Rajagobal kepada para wartawan.
Malaysia mengawali kemenangan lewat gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Mohd Ashari Bin Samsudin menambah keunggulan "Harimau Melayu" dengan gol pada menit ke-68, dan Safee kembali menjebol gawang Indonesia pada menit ke-73.
Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan selama beberapa menit menyusul protes dari kiper Indonesia Markus Horison. Menurut pelatih timnas Indonesia Alfred Riedl, Markus dan sejumlah pemain merasa terganggu oleh sinar laser yang diarahkan oleh penonton ke wajah mereka.
Namun Rajagobal menyatakan kemenangan oleh timnya diraih berkat kerja keras timnya yang menerapkan permainan menyerang. "Saat turun minum, saya minta pemain bermain lebih agresif dan ofensif. Itu yang mereka lakukan. Saya bangga kepada mereka," ujarnya. (Kompas.com)
Komen budak budak
narto.r
Kamis, 30 Desember 2010 | 20:28 WIB
rajagombal........memang sudah buta, namanya juga malangsia apa-apa diaku
penegak
Rabu, 29 Desember 2010 | 20:13 WIB
Anjing...!!! emang buta kali mata si ragombal, mana mungkin sporter Indonesia yang melakukan'y.. dasar negara dan bangsa terkutuk.....!!!
zein
Rabu, 29 Desember 2010 | 08:21 WIB
kok malah suprter merah putih yang di tuduh,dah jlas itu malaysia
indonesia boleh....
Selasa, 28 Desember 2010 | 11:53 WIB
indonesia bisa bangkit 4-0..
Spidey
Senin, 27 Desember 2010 | 14:40 WIB
Malay!!! Badai Laser akan datang ke padamu!!!! Percayalah!!!
Komen di atas bukan komen yang mewakili Rakyat Indonesia
yang baik ini sebahagian dari mereka yang kecewa dan tidak
miliki semangat kesukanan dan Tatasusila bangsa.....
kerugian Indonesia....memusnahkan harta benda sendiri
menyusahkan pemerintah...Ya Pak Polisi.....
Senin, 27 Desember 2010 | 13:51 WIB
Final Kedua di Jakarta Terancam Dipindah
HARAPAN suporter tim nasional sepak bola Indonesia untuk menonton secara langsung partai final kedua Piala AFF 2010 di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Senayan, terancam kandas.
Kabarnya, Federasi Sepak Bola Asia Tenggara (ASEAN Football Federation/AFF) telah mengancam bakal memindah partai final kedua tersebut sehubungan dengan terjadinya kericuhan dalam proses penjualan tiket pertandingan, Minggu (26/12).
Ketua Umum PSSI Nurdin Halid mengaku telah dihubungi langsung oleh pihak AFF. Menurut dia, AFF mengancam akan memindahkan laga kedua final Piala AFF 2010 apabila suporter Indonesia masih tidak bisa diatur. Pertandingan final kedua antara timnas Indonesia dan timnas Malaysia sedianya akan digelar di Senayan hari Rabu (29/12).
"Saya sudah mendapat peringatan keras dari AFF," kata Nurdin Halid di Malaysia dalam wawancara yang disiarkan langsung TVOne.
Lebih lanjut, sebagaimana dilansir Bola.net, Nurdin melontarkan tudingan bahwa aksi anarkis para suporter itu ditunggangi oknum-oknum yang menjadi provokator.
Kemarin siang ribuan orang yang semula mengantre tiket Kategori III seharga Rp 50.000 memaksa masuk ke Stadion Utama Gelora Bung Karno. Mereka melakukan hal itu karena marah tidak mendapat kepastian memperoleh tiket.
Salah satu pintu stadion dan beberapa bagian pagar di dalam stadion bahkan dirusak massa.
Selain menjebol pintu-pintu besi stadion, dengan kalap mereka juga menaiki apa pun yang bisa dinaiki, mulai dari mobil pengangkut genset yang diparkir dekat stadion hingga tembok-tembok dan pagar stadion.
Ribuan orang yang sudah berada di dalam stadion juga berteriak-teriak marah sambil melemparkan botol air mineral ke arah lapangan sepak bola.
Setelah menerobos pagar, para pengantre tiket menyerbu pihak panitia yang memegang tiket final itu. Pengantre dari seluruh penjuru stadion berlarian ke tengah lapangan hijau, memegangi panitia yang membawa tiket. Suasana tampak kacau. Sebagian dari massa menduduki kursi VVIP yang biasa diduduki Presiden SBY.
Suporter yang murka juga melempari Ketua Panitia Lokal Joko Driyono dengan botol air mineral.
Tiket dijarah
Ketua Lokal atau LOC Piala AFF 2010, Joko Driyono, mengungkapkan, sekitar 2.500 lembar tiket Kategori III dijarah oleh massa dalam kericuhan di dalam stadion itu.
Penjarahan tiket itu bermula ketika petugas LOC berusaha menjual secara langsung kepada masyarakat yang sebelumnya telah antre di beberapa loket di sekitar area stadion.
"Ada lima petugas kami yang dikerubuti massa, tapi tiga di antaranya bisa diselamatkan petugas keamanan. Tiket yang dibawa dua petugas dijarah," ujar Joko.
Dua petugas tersebut, kata Joko, masing-masing membawa 1.250 lembar tiket. Ke-2.500 tiket itu dirampas dan oleh para perampasnya disebar kepada massa.
Kepolisian Daerah Metro Jaya mengimbau LOC Piala AFF 2010 dan PSSI membuka tempat penjualan tiket leg kedua final di beberapa daerah seperti Bekasi, Tangerang, dan Depok.
"Kami berharap penjualan tiket berikutnya, Selasa (28/12), panitia dan PSSI bisa membuka tempat penjualan tiket di beberapa wilayah perbatasan seperti Bekasi, Tangerang, dan Depok," ujar Kepala Bidang Humas Polda Metro Jaya, Kombes Baharudin Djafar, seperti dikutip VIVAnews.com.
Ambil alih
Sementara itu, Asosiasi Sepak Bola Malaysia (Football Association of Malaysia/FAM) menyatakan siap mengambil alih pertandingan babak final leg kedua jika AFF memindahkan lokasi pertandingan dari Jakarta.
"Kami siap untuk menjadi tuan rumah leg kedua. Namun, semuanya bergantung dari keputusan AFF," kata Asisten Sekjen FAM, Ahmad Fuad Bin Daud, di Stadion Bukit Jalil, Malaysia, kemarin.
Menurut Fuad, FAM tidak bermaksud mengambil keuntungan dari kondisi kacau yang terjadi karena ketidakmampuan panitia mengantisipasi puluhan ribu pembeli tiket. "Ini bukan karena kami diuntungkan. Namun, kami bersedia karena yang utama adalah laga bisa digelar dengan aman," ujarnya.
Pada putaran pertama kemarin malam, FAM meminta bantuan 2.000 petugas keamanan. Komposisinya terdiri atas 1.600 polisi, 150 anggota pasukan berkuda, dan satuan pengaman swasta. (ags/sab)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.