Pages

Subscribe:

26 Disember, 2010

[ hang nadim] Hapuskan polarisasi kaum demi perpaduan .....


Pakatan Rakyat practising preferential freedom of speech
BY FARIK ZOLKEPLI

LABIS: Selangor's Pakatan Rakyat government is practising preferential freedom of speech in banning the 1Malaysia logo.

Describing it as an act of hypocrisy as Pakatan often preached on freedom of speech, Barisan Nasional youth chief Khairy Jamaluddin said the opposition was scared as the 1Malaysia concept have been widely accepted by the rakyat.

"They (Pakatan) should review the decision to ban the logo as its concept represents an honourable cause of uniting Malaysians regardless of race or religion.

"If they failed to reverse the decision, then it is obvious they cakap tak serupa bikin (words are not backed up by actions)," he told a press conference after presenting bags and school paraphernalia to students in Felda Chempelak here on Sunday.

He added Pakatan is practising selective freedom of speech, which is accorded to only those who supported them.

"It is the ultimate height of hypocrisy. Even Pakatan leaders such as Lim Kit Siang are against the Selangor government's decision in banning the 1Malaysia logo," he said adding that, Pakatan should act consistently based on what they preach.

On the upcoming Tenang by-election, Khairy said he was satisfied with the preparation by Barisan Youth by-election machinery.

"The preparation is going on smoothly but we must pace ourselves as the by-election is still a long way away.

"We don't want the machinery to run out of steam as the by-election draws near," he said.

He added Barisan Youth is targeting to garner support from a majority of 2,500 young voters aged between 22 and 40, in the Tenang state seat.

"We will organise community programmes to woo the voters.

"At the same time, the Youth movement will work hard to counter issues that will be brought up by the opposition," he said.

Among the issues bound to be raised by the opposition, was accusation that Felda was bankrupt.

"It is far from the truth as Felda current assets are worth RM15bil. The Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has even awarded some RM100mil in bonuses to settlers recently," he said adding that Felda has also expand its business in foreign countries such as Saudi Arabia.

Khairy said it was impossible for a bankrupt company to flourish in business while rewarding the settlers with bonuses.

On the Barisan's candidate for the by-election, Khairy said Barisan Youth hoped the candidate would understand the aspiration of the youth and champions activities that could benefit the youth.

Hapuskan polarisasi kaum demi perpaduan - Lam Thye

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Golongan belia perlu memperkukuhkan integrasi kaum selaras dengan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan semangat bersatu hati di kalangan rakyat.

Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, golongan muda negara seharusnya mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan etnik.

"Warga belia sepatutnya tidak perlu mengambil kira bahawa seseorang yang duduk di sebelah mereka adalah daripada berlainan kaum dan agama.

"Sebaliknya, mereka harus menyedari bahawa yang duduk di sebelah mereka adalah seorang rakan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, tambah Lam Thye, sekolah adalah tempat yang paling sesuai untuk mempromosikan integrasi kaum.

Justeru katanya, guru dan ibu bapa harus memainkan peranan dengan menggalakkan pelajar dan anak-anak mereka bergaul dengan rakan-rakan yang berbilang bangsa dan agama.

"Pelajar hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dengan satu matlamat yang dikongsi bersama.

"Usaha untuk menyemai nilai-nilai murni dan objektif mulia berkaitan dengan perpaduan harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi supaya kita dapat menghasilkan generasi Malaysia akan datang yang sedar tentang tanggungjawab mereka terhadap bina negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru pihak sekolah, kolej dan institusi pendidikan swasta mengambil usaha bagi mencegah polarisasi kaum di peringkat institusi masing-masing.

"Kita perlu kembali ke pengetahuan asas iaitu dalam aspek ini adalah Rukunegara dan lima prinsipnya yang merupakan cahaya pedoman untuk membina Malaysia yang bersatu padu.

"Perpaduan dan keharmonian harus menjadi sebahagian daripada budaya serta dapat mewujudkan lebih banyak peluang kepada orang ramai daripada pelbagai kaum untuk berjumpa dan menjalinkan persahabatan yang lebih akrab demi masa depan negara," katanya.

Hormati perasaan, hak, kehendak antara kaum - Rais

MELAKA 26 Dis. - Budaya menghormati perasaan, hak dan kehendak kaum lain perlu menjadi intipati kelangsungan untuk terus mewujudkan perpaduan dan kesepakatan bangsa Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setiap perbezaan itu, tidak seharusnya terjerumus ke kancah permusuhan.

"Jika rakyat tidak mahu bersatu padu, mereka dikira tidak menghormati perpaduan negara dan sambutan hari ini melihat kebanjiran rakyat berbilang kaum membuktikan hubungan rapat di antara mereka.

"Oleh itu, rakyat perlu berganding bahu bersama kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara model dan contoh dalam konteks toleransi antara agama dan kaum," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Krismas 2010 peringkat kebangsaan di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir di sini malam ini.

Majlis Rumah Terbuka Krismas 2010 disambut meriah dengan dihadiri 10,000 masyarakat berbilang kaum termasuk pelancong asing.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kerajaan sentiasa berusaha menerangi kehidupan rakyat dengan pelbagai program sentuhan gagasan 1Malaysia.

Kerajaan katanya, sentiasa bersama rakyat dan mendekati mereka setiap masa menerusi pendekatan mesra budaya.

"Kerajaan mengangkat enam perayaan yang paling utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Tadau Keamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas berlandaskan dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sambutan majlis Rumah Terbuka Krismas boleh dijadikan landasan terbaik untuk menghindari sikap prejudis dan berprasangka buruk terhadap kaum lain.

Lebih penting, katanya, ia boleh dijadikan sebagai tempat mengenali dengan lebih rapat dan memahami adat serta budaya segenap lapisan masyarakat serta memperkukuhkan sikap toleransi.

Beliau menyeru rakyat menjadikan gagasan 1Malaysia sebagai payung yang mampu menaungi segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan

Larang guna logo 1Malaysia dibeku

Oleh Azmi Md Deros, Petah Wazzan Iskandar dan Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bharian.com.my
2010/12/27
Kerajaan Selangor cuba redakan keadaan, bincang pada mesyuarat EXCO

KUALA LUMPUR: Kontroversi berhubung larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor cuba diredakan kerajaan negeri dengan membekukan sementara pelaksanaannya dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu, berkata larangan penggunaan logo itu akan dibincangkan pada mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) akan datang. “Saya sudah meminta MDKL menangguhkan tindakan larangan buat sementara waktu sebelum tindakan lanjut diputuskan kelak,” katanya menerusi pesanan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian, semalam.

Rabu lalu, akhbar tempatan melaporkan, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan sebuah kedai serbaneka, di Kuala Langat sebagai membantah tindakan MDKL mengarahkan logo 1Malaysia yang dipasang di kedai itu diturunkan.

Perhimpunan aman berlangsung selama 10 minit itu turut disertai ahli UMNO dan MIC bahagian Kuala Langat.

Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan, K Thiyagarajan, dilaporkan tidak mengendahkan arahan itu selepas menerima notis daripada MDKL sebaliknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Isnin lalu sebelum menghantar bantahan kepada Yang Dipertua MDKL, Abdul Razak Jaafar untuk mendapatkan penjelasan.
Di ALOR SETAR, kerajaan PAS Kedah tidak bercadang melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan, banting dan kain rentang di negeri itu kerana berpendapat penggunaan logo itu tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi, berkata penggunaan logo itu dibenarkan asalkan syarat pemasangan yang dikuatkuasakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dipatuhi.

“Tidak ada cadangan melarang perkara itu (penggunaan logo 1Malaysia) dan tidak ada perbincangan mengenainya dibuat kerajaan negeri setakat ini.

“Bagi kita di Kedah perkara itu tidak menjadi isu kerana kita berpendapat suasana politik di Kedah berbeza dengan Selangor yang menguatkuasa larangan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Di GEORGETOWN, Kerajaan Pulau Pinang masih belum memutuskan sama ada untuk mengikut tindakan Kerajaan Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan, banting dan kain rentang di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy, berkata pihaknya belum membuat keputusan untuk membincangkan larangan penggunaan logo yang bersifat politik kerana ketiadaan keperluan berbuat demikian.

“Kita lihat macam mana nanti, sebab sebarang keputusan perlu dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya yang dihubungi, Berita Harian, di sini, semalam.
Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, larangan itu bukan keputusan pakatan pembangkang tetapi hanya satu pengumuman seorang EXCO Selangor.

40 ahli PKR Cabang Parit sertai UMNO

2010/12/27
BOTA: Seramai 40 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Parit menyertai UMNO Bahagian Parit dengan menyerahkan borang permohonan kepada Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, semalam.

Bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan Perak dan Exco Pemuda PKR Malaysia, Faizal Efendi, berkata dengan kemasukan ke UMNO, dua ranting PKR iaitu Kampung Durian Kudung dan Kampung Selat, Bota dibubarkan

Cakap-cakap: Pembangkang dibentuk atas landasan longgar

2010/12/27
MAMAT lihat pemimpin pembangkang sering bercanggah pendirian dalam pelbagai isu. Terbaru, tindakan Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia turut mendapat kritikan pemimpin pembangkang sendiri. Keadaan seperti ini memang dah kita jangka kerana pakatan pembangkang itu sendiri dibentuk atas landasan yang longgar semata-mata untuk menang pilihan raya.

Lagu Untuk PAK Khalid...Jom Balik Jeram.....

English


Malay

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.