Pages

Subscribe:

22 Disember, 2010

[hang nadim]A letter from Apco......... Salah Bohong....Pecah Lubang......






Thursday December 23, 2010
Nazri shows hardcopy evidence
By ZUHRIN AZAM AHMAD
zuhrinazam@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz yesterday produced two documents that denied links between the 1Malaysia concept and One Israel.

A letter from Apco Worldwide refuted suggestions that it was involved in the creation of the 1Malaysia concept while a sworn statement by Robert M. Shrum, a political consultant, claimed credit for the One Israel.

Nazri distributed copies of the two documents to the media at a press conference at Parliament House.

“These letters support each other. And now that we have evidence refuting his allegation, I challenge him (Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim) to deny the letters,” he said, reiterating that the letters confirmed that what the Government had been saying about Apco’s non-involvement in the One Israel concept is true.

Anwar was suspended for six months from the Dewan Rakyat for linking 1Malaysia to the One Israel concept while three other MPs were suspended for the same period for contempt when they revealed information privy to the parliamentary rights and privileges committee.

The three MPs are Karpal Singh (DAP-Bukit Glugor), Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) and R. Sivarasa (PKR-Subang).

“Apco was not and is not involved in assisting the Government of Malaysia with formulating policies.

“We have had nothing whatsoever to do with One Israel. We were not involved in the creation of 1Malaysia,” said Brad Staples, Apco chief executive for Europe, the Middle East and Africa, who signed the four-page letter dated Aug 19, 2010.

Staples also said Apco’s International Advisory Council (IAC) was formed to seek advice from former senior government officials, business leaders and non-governmental organisations from all over the world and had no control over the company.

He said three former Israeli government officials on the IAC, out of more than 50 members, had not done any work for Malaysia and had nothing to do with Apco’s Malaysian contract.

He also stated that Apco’s interest in ASERO, an independent security company was purely as an investor.

In his one-page statement dated June 7, 2010, Shrum said: “Recently, I have learned that the Malaysian Parliament has been told that Apco was among the consulting firms involved in the One Israel campaign in 1999.

“This is not true. I was there and Apco was not involved in One Israel or any other work for Ehud Barak or the Labor Party (of Israel) in that campaign.

“Any statement that Apco or its personnel were responsible for, conceived of, were involved in, or had any type of participation in the One Israel slogan coalition or campaign, is utterly without foundation in fact,” he said.

Shrum, an American citizen, added: “I provide this statement to the Parliament of Malaysia for the purpose of assisting it in connection with what I understand to be proceedings to determine whether Apco participated in the One Israel campaign or coalition in 1999.”

Surat bukti Anwar berbohong

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Dis. Surat oleh Apco Worldwide yang menafikan bahawa firma itu terlibat mencipta gagasan 1Malaysia dan One Israel membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berbohong di Dewan Rakyat dan kepada rakyat berhubung perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata, surat itu juga menjadi asas kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie terhadap Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.

“Surat ini menafikan apa yang Anwar dan kawan-kawannya katakan di pasar malam (siri jelajah yang diadakan Anwar baru-baru ini) dengan menipu tentang apa yang kerajaan buat. Ini adalah bukti penting yang menunjukkan bahawa dia menipu. Jika dia tidak menipu saya tidak perlu kemukakan bukti ini,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Anwar pada Khamis lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat setelah sebahagian besar ahli Parlimen menyokong syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya beliau dikenakan tindakan itu kerana menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel.

Dalam siri jelajah dilakukannya di beberapa kawasan selepas beliau digantung Dewan Rakyat, Anwar mendakwa akan terus mendedahkan bukti-bukti mengenai kerjasama kerajaan dengan Apco.

Mohamad Nazri berkata, surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun 2009 oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.

Katanya, surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Mohamad Nazri kemudian turut mengemukakan satu akuan bersumpah yang diterimanya daripada seorang penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan terlibat mencipta One Israel iaitu Robert M.Shrum. Robert di dalam akuan bersumpah itu turut menafikan bahawa Apco terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel.

Mohamad Nazri berkata, akuan bersumpah oleh Robert itu mengukuhkan lagi penafian oleh Apco sendiri berhubung apa yang didakwa Anwar.

Sehubungan itu, Mohamad Nazri mencabar Anwar supaya segera mengemukakan semua bukti-bukti yang dikatakan akan didedahkannya sebelum ini tentang Apco dan gagasan 1Malaysia serta One Israel.

“Saya minta dia pertikaikan surat dari Apco ini dan daripada Robert. Jangan pandai cakap di pasar malam, jual ubat dengan menipu rakyat dan seolah-olah hendak beritahu bahawa kerajaan yang menipu dalam perkara ini,” katanya.

Mohamad Nazri dalam pada itu turut menafikan dakwaan Anwar bahawa dirinya tidak diberi peluang membela diri sebelum Dewan Rakyat membuat keputusan menggantungnya daripada menghadiri persidangan.

“Sebelum kita lulus usul, dia sudah diberi

'Hanya sedap didengar tetapi tidak realistik'

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

IBARAT mimpi di siang hari. Atas sebab itu Program 100 Hari pakatan pembangkang jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 perlu dibuktikan secara fakta oleh ketua dan para sekutunya.

Untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya memerlukan lebih daripada congakan atau kira-kira angan-angan Mat Jenin.

"Angan-angan seperti ini tidak berasaskan kepada fakta," tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kepada Utusan Malaysia semalam.

Rais yang berpengalaman bekerja dengan lima Perdana Menteri termasuk Najib ketika ini menjelaskan, dari segi realiti ekonomi negara, Program 100 Hari itu memang tidak munasabah. Apatah lagi fakta dari segi jasa pemimpin pembangkang pun langsung tidak ada.

Fakta ekonomi seperti kononnya pakatan pembangkang akan memberi 20 peratus hasil petroleum atau royaltinya kepada negeri tertentu, hakikatnya ia tidak mungkin berlaku.

"Ini kerana tidak ada jumlah atau amaun yang boleh diagihkan serta-merta tanpa memusnahkan Petronas dan hasil masyhul negara. Itulah angan-angan Mat Jenin sebenar," tegas beliau.

Malah, sifir pembangkang untuk mengambil alih Putrajaya tidak menyakinkan sebab tidak ada rekod pencapaian mereka pun ke situ. Budi pun belum dirasai, inikan pula jasa.

Sebaliknya yang ditunjukkan pembangkang adalah membawa pelekat 'kanggaroo' ke dalam Dewan Rakyat yang menghina kemurnian demokrasi. Perkiraan dan perhitungan mereka terhadap ekonomi langsung tidak realistik kerana tidak berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana dalam perlembagaan, kerajaan harus mengagihkan beberapa kepentingan kepada negeri berasaskan realiti pendapatan negara.

"Rakyat sekarang walaupun hebat kononnya mengkritik melalui media alternatif, itu bukanlah suara menyeluruh. Ibu bapa, guru dan para pegawai kerajaan tidak akan yakin dengan retorik Anwar Ibrahim.

"Sebagai gimik, ia (Program 100 Hari) bolehlah dibuat tetapi malangnya harus dinilai sedalam-dalamnya dengan prestasi pembangkang yang tidak langsung kelihatan," katanya.

Konvensyen pakatan pembangkang minggu lepas mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang. Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Ketika kerajaan dalam proses merasionalkan kadar tol mengikut kemampuan rakyat, pembangkang tampil pula dengan momokan mahu melupuskan tol.

Persoalannya - nak cari duit di mana sedangkan kos menyedia khidmat jalan raya dan lebuh raya negara menelan perbelanjaan amat tinggi.

Kerana itu hujah pembangkang dalam Program 100 Hari mereka hanya sedap didengar. Malangnya ia tidak realistik.

Yang nyata, gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Najib tidak akan habis bulan ini, pengakhiran 2010. Sebaliknya, Perdana Menteri diyakini akan membuktikan sepanjang pentadbirannya.

Ini demi kebaikan rakyat. Dan bukannya kerana Anwar dan konco-konconya

Selangor larang guna logo 1Malaysia












Kira-kira 50 warga Kuala Langat serta pemimpin Barisan Nasional daerah itu mengadakan bantahan larangan penggunaan logo 1Malaysia yang dikeluarkan Majlis Daerah Kuala Langat di hadapan kedai One Eleven di Banting, Selangor, semalam.

KUALA LANGAT 22 Dis. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu diketuai pemilik premis berkenaan, K. Thiyagarajan dan turut dihadiri Pemuda MIC Selangor, Pemuda UMNO Kuala Langat dan UMNO Bahagian Kuala Langat.

Mereka membawa sepanduk antaranya tertulis 'Pakatan Rakyat Tindas Peniaga Demi Kepentingan Politik' dan 'MDKL, Ahli Majlis Larang Simbol 1Malaysia di Kuala Langat'.

Perhimpunan aman itu tamat selepas 10 minit mereka melaungkan perkataan 1Malaysia dan kemudiannya pemilik premis pergi ke MDKL bagi menyerahkan notis bantahan kepada Abdul Razak kira-kira pukul 1.30 petang.

Abdul Razak berkata, pihak majlis hanya menjalankan arahan kerajaan negeri supaya semua logo 1Malaysia diturunkan dan tidak boleh digunakan.

Tambahnya, satu laporan lengkap akan dihantar kepada kerajaan negeri berhubung isu terbabit untuk tindakan lanjut.

Menurut Thiyagarajan, perhimpunan tersebut bagi melahirkan kekecewaan terhadap tindakan MDKL yang mengarahkan logo 1Malaysia di premisnya ditanggalkan walaupun sebelum ini lesen telah dikeluarkan.

"Saya bukan orang politik dan kenapa pihak tertentu seolah-olah ingin mempolitikkan premis perniagaan ini.

"Saya menyokong Gagasan 1Malaysia kerana ia simbol perpaduan di negara ini mengapa pula ia tidak boleh digunakan," ujarnya.

Katanya, dia amat kesal dengan tindakan MDKL kerana logo 1Malaysia yang tertera di premis tersebut menyebabkan perniagaannya maju apabila dikunjungi oleh pelanggan pelbagai kaum.

Tambahnya, logo tersebut juga sangat bersesuaian dengan penubuhan kedai serbaneka itu yang dimiliki oleh tiga rakan kongsi termasuk seorang berbangsa Melayu.

Ujarnya, dia juga sudah membuat laporan polis Isnin lalu selepas menerima notis daripada MDKL yang bertarikh 16 Disember.

Agihan wang ihsan selesai Jan.

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my













AHMAD Bashah Md. Hanipah (dua kanan) menyampaikan wang ihsan kepada mangsa banjir di dalam Parlimen Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR 22 Dis. - Proses pengagihan wang ihsan berjumlah RM17.5 juta kepada hampir 35,000 keluarga mangsa banjir di enam kawasan Parlimen di negeri ini dijangka dapat diselesaikan pada awal bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Banjir negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, wang ihsan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga itu sudah diagihkan dengan peringkat permulaan disampaikan kepada mangsa yang berpindah ke pusat penempatan banjir.

Katanya, semua keluarga yang berdaftar menerusi borang khas mangsa banjir dan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat pemindahan adalah layak menerimanya.

"Pengagihan dijalankan secara berperingkat oleh UMNO bahagian yang terlibat. Ia akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan bilangan yang ramai," katanya selepas menyampaikan wang ihsan berkenaan kepada 1,450 mangsa banjir di dalam Parlimen Alor Setar, di sini petang semalam.

Ketika lawatan ke negeri ini pada 9 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan kerajaan Pusat sebanyak RM500 kepada setiap keluarga di Kedah dan Perlis yang terlibat dengan banjir besar pada awal bulan lalu.

Selain peruntukan RM30.6 juta sebagai pembayaran wang ihsan kepada mangsa banjir di kedua-dua buah negeri itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan tanam semula padi sebanyak RM876 sehektar kepada setiap pesawah yang tanaman mereka rosak akibat bencana alam tersebut.

Enam kawasan Parlimen di negeri ini yang terlibat dengan kejadian bencana alam itu adalah Alor Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Kuala Kedah.

Mangsa banjir di Parlimen Pendang merupakan yang pertama menerima wang ihsan berkenaan pada 15 Disember lalu diikuti Alor Setar.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah meminta mangsa-mangsa banjir yang belum memperoleh wang tersebut supaya bersabar dan tidak bersangka buruk apabila melihat terdapat mangsa banjir yang sudah menerimanya kerana proses pengagihan sedang dijalankan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri memberi jaminan, semua mangsa yang berdaftar akan mendapat wang masing-masing

Pas to put up stiff fight in Tenang

KOTA BARU: Pas will put up a stiff fight against Barisan Nasional in the upcoming Tenang state by-election although the constituency is not one of its strongholds, said its spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"We will put up a fight although we might not be strong there," he said after attending water provider Air Kelantan Sdn Bhd's board meeting here yes-terday.

Two-term Tenang assemblyman Datuk Sulaiman Taha, 59, died of a lung infection at Ampang Puteri Specialist Hospital last Friday.

He first contested the 2004 general election, defeating Pas's Mohd Saim Siram with a 5,517 majority. In 2008, he again defeated Saim, this time with a reduced majority of 2,492 votes.

The Election Commission will decide the date of the by-election tomorrow.

Nik Aziz also said that if his health permitted, he would campaign in the by-election.

Read more: Pas to put up stiff fight in Tenang http://www.nst.com.my/nst/articles/6skb/Article#ixzz18sswC4ta

Surat APCO jadi bukti
Oleh Zanariah Abd Mutalib
2010/12/23














Robert M Shrum

Robert M ShrumKenyataan bersumpah penasihat kanan ‘One Israel’ bersihkan konsep 1Malaysia; Nazri dedah dua dokumen nafi dakwaan Anwar

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan konsep 1Malaysia tiada kaitan langsung dengan ‘One Israel’ seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dokumen itu berupa surat penafian Apco Worldwide (APCO) mengenai pembabitannya dalam penggubalan konsep 1Malaysia dan One Israel serta kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen ‘One Israel’ pada 1999, Robert M Shrum.

Surat APCO bertarikh 19 Ogos 2010 kepada Parlimen yang dijadikan bukti utama dalam siasatan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan Anwar, menjelaskan firma itu dilantik pada Jun 2009 bagi menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia. Ketua Eksekutif APCO (Timur Tengah Eropah dan Afrika), Brad Staples, dalam surat itu juga menjelaskan firma berkenaan tiada kaitan langsung dengan One Israel dan tidak terbabit dalam pembentukan konsep 1Malaysia.

Penafian Staples diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bersumpah penasihat kanan kempen ‘One Israel’ pada 1999, Robert M Shrum, yang diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, minggu lalu.

Salinan kedua-dua dokumen itu diedarkan Nazri pada sidang media di lobi Parlimen. Beliau turut membacakan inti pati kenyataan bersumpah Shrum dan surat APCO.

Berikut adalah terjemahan kenyataan bersumpah Shrum:
“Saya, Robert M Shrum, rakyat Amerika Syarikat, tinggal di Cape Cod, Massachusetts, mengisytiharkan dan menyatakan sumpah seperti di bawah:

Selama lebih daripada 30 tahun, saya bekerja dalam politik dan kempen politik di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

Saya menyediakan kenyataan ini kepada Parlimen Malaysia bagi membantu mengenai apa yang difahamkan berhubung perbicaraan untuk menentukan sama ada firma Apco Worldwide mengambil bahagian dalam kempen atau gabungan ‘One Israel’ pada 1999.

Untuk pengetahuan, saya digambarkan oleh The Atlantic Monthly sebagai ‘penasihat yang paling dicari dalam Parti Demokrasi’. Saya berkhidmat sebagai penasihat kanan kempen Presiden Kerry-Edwards pada 2004, penasihat kanan kempen Presiden Gore 2000, penasihat kanan kempen Perdana Menteri Israel, Ehud Barak dan kempen Parlimen Parti Buruh Britain pada 2001. Sebelum itu, saya adalah pakar strategik dan perunding kepada banyak parti politik yang bersaing pada semua peringkat dalam Kerajaan Amerika, termasuk persaingan Presiden 1980 membabitkan Senator Edward M Kennedy.

Pada 1999, seperti yang dilaporkan secara meluas, saya adalah salah seorang daripada beberapa perunding politik asing yang diminta oleh Ehud Barak daripada Parti Buruh di Israel untuk kempen kemenangannya bagi jawatan Perdana Menteri di bawah gabungan ‘One Israel’. Rakan kongsi utama saya dalam memberikan perundingan itu adalah pemungut suara terkenal Amerika Syarikat, Stanley Greenberg dan James Carville, yang mengarah kempen Presiden Clinton pada 1992.

Baru-baru ini, saya mendapat tahu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa Apco Worldwide adalah antara firma perunding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar. Saya berada di situ dan APCO tidak terbabit dalam One Israel atau mana-mana kerja untuk Ehud Barak atau Parti Buruh semasa kempen itu. APCO tidak ada kaitan dengan One Israel. Apa saja kenyataan bahawa APCO atau kakitangannya bertanggungjawab, memikirkan, terbabit atau apa saja bentuk penyertaan dalam gabungan slogan atau kempen One Israel adalah fakta yang tidak berasas sama sekali.

Kami berjaya dalam kempen One Israel pada 1999 dalam memilih Ehud Barak dan menewaskan calon Likud, Benjamin Netanyahu. Malangnya, Perdana Menteri Barak dan Presiden Clinton tidak berjaya seperti yang kami harapkan dan usaha mereka yang belum pernah berlaku dalam mencapai penyelesaian di Timur Tengah antara rakyat Israel dan Palestin.

Secara ringkasnya, Apco Worldwide dan kakitangannya tidak melakukan kerja berhubung One Israel.”

Pada 16 Disember lalu, Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan beliau kononnya APCO menciplak konsep 1Malaysia berdasarkan One Israel yang dicipta firma pada 1999.

Tiga lagi ahli Parlimen pembangkang, iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak), menerima nasib sama selepas didapati menghina dewan atas isu sama.

Nukilan hati hang nadim

Wahai Sahabat jangan kita berbuat bohong kerana pembohongan akan di ketahui oleh manusia dan Allah Melihat,Mendengar dan mengetahui akan apa yang kamu buat bertaubatlah wahai sahabat......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.