Pages

Subscribe:

20 Februari, 2011

[ hang nadim] Fikirkan Bina Agama.....Bangsa.....Dan Negara.....

Pas parti oportunis - Dr. M
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my












DR. Mahathir Mohamad melawat Mohamad Anuar yang menghidap penyakit Ekocaldiogram (ECG) di Klinik Bergerak yang disediakan oleh pihak Sime Darby di Hulu Langat, Selangor, semalam.

HULU LANGAT 20 Feb. - Pendirian Pas yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Pas mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila Pas sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (Pas) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang Pas mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan dan Diabetes di Batu 18, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Pas dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, Pas bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak Pas adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"Pas ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli Pas, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.


Jangan terpedaya propaganda Pas
JASIN 20 Feb. – Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering membuat kenyataan yang berubah dalam menyatakan perjuangan sebenar parti tersebut.

“Masyarakat harus sedar kenyataan Pas boleh berubah-rubah. Bukan mustahil hari ini mereka bercakap lain dan esok mereka cakap lain.

“Kita jangan terpedaya hingga terikut dan terpujuk ungkapan Pas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Jika benar Pas memperjuangkan nasib orang Melayu, mengapa tidak mereka memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Politeknik Merlimau, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Mengulas lanjut, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Pas akan menggunakan isu agama dan bangsa Melayu untuk meraih simpati pengundi di kedua-dua tempat tersebut menjelang pilihan raya kecil 6 Mac ini.

“Perjuangan BN sebenarnya lebih konsisten kerana kita memperjuangkan nasib bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India dan semua bangsa yang terdapat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu di Putrajaya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyifatkan Mursyidul Am Pas itu sebagai seorang yang kerap menukar pendirian semata-mata untuk kepentingan politik.

Kali ini, katanya, demi untuk meraih undi kaum Melayu, Nik Abdul Aziz sanggup menukar pendirian parti tersebut yang sebelum ini memperjuangkan Islam.

“Nik Abdul Aziz ingin memperjuangkan hak masyarakat Melayu atas alasan mereka adalah kaum pribumi di negara ini.

“Bagi saya, beliau terpaksa bercakap begitu kerana mahu memenangi hati masyarakat Melayu yang ketika ini lebih berpihak kepada kerajaan,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, faktor lain yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu mengubah pendiriannya adalah kerana undi masyarakat Melayu terhadap Pas telah mula merosot.

“Orang Melayu kini telah sedar siapa dan parti mana yang boleh memperjuangkan nasib mereka, telah banyak terbukti hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mampu berbuat demikian,” katanya.

Manakala, Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, Nik Abdul Aziz perlu berhenti menjadikan kaum Melayu sebagai umpan politik terbarunya.

Menurutnya, perjuangan yang disuarakan oleh Nik Abdul Aziz itu hanya bagi meraih kepentingan politik selain melaksanakan agenda DAP.

“Agenda memperjuangkan hak Melayu wujud kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu menang dalam pilihan raya bukan demi kepentingan kaum Melayu yang beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz perlu kembali kepada ajaran Al-Quran atau berhenti daripada berpolitik kerana tindakannya itu hanya akan menyesatkan umat Islam.

Jelasnya, perjuangan membela hak Melayu telah lama dilakukan UMNO sehingga dunia mengiktirafnya hari ini.

“Oleh itu Nik Abdul Aziz tidak perlu berpura-pura dengan mahu mengambil hati orang Melayu demi kepentingan rakannya iaitu DAP,” ujarnya.

Nik Aziz tolak saranan Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak saranan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang memintanya merujuk Surah Abasa berhubung kerjasama antara Islam dengan bukan Islam.

Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya menyifatkan Zulkifli sebagai seorang pengkhianat dan tidak layak memintanya berbuat demikian.

"Kalau saranan itu daripada orang lain, saya mungkin boleh terima tetapi bukan Zulkifli yang hanya pandai membuat kacau-bilau termasuklah kepada kawasannya. Dia juga khianat kepada saya.

"Oleh itu, dia bukanlah Yang Berhormat kerana mengikut pepatah Mesir, orang seperti Zulkifli itu mempunyai ulat dalam otaknya," katanya pada sidang akhbar di Rumah Sri Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas saranan Zulkifli yang mahukan Menteri Besar Kelantan itu merujuk surah tersebut terlebih dahulu yang meminta supaya mendahulukan seorang Muslim berbanding penganut agama lain dalam kerjasama.

Nik Abdul Aziz berkata, saranan Zulkifli itu boleh menjejaskan sokongan bukan Islam terhadap perjuangan Pas selama ini.

"Saya bimbang sokongan bukan Islam terhadap Pas akan merosot apatah lagi kami kini mempunyai kelab penyokong daripada mereka.

"Kenyataan sebenar saya adalah orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana mereka merupakan bangsa terawal di Tanah Melayu yang menerima Islam," katanya.

Mengulas kemungkinan Pas akan mengalami kekalahan kali keempat berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bulan depan, beliau berkata:

"Saya meminta orang Melayu sokong pembangkang kerana dalamnya ada Pas yang berjuang untuk Islam.

"Jika Pas hilang sokongan orang Melayu, ini adalah kerana UMNO yang menyalahgunakan demokrasi," katanya.

Menurutnya, pembangkang hanya berpeluang mengadakan kempen sewaktu pilihan raya sedangkan UMNO mendominasi media setiap hari dan tindakan itu tidak adil.

"UMNO salah dunia dan akhirat kerana mereka menyalahgunakan demokrasi dan tidak mustahil apa yang menimpa Mesir akan berlaku di Malaysia ekoran perbuatan UMNO ," katanya

Usaha Anwar Ibrahim sia-sia
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 20 Feb. - Usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) ternyata sia-sia berikutan penjelasan berterusan yang disampaikan oleh kerajaan tentang keadaan sebenar di negara ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaludin Mohd. Jarjis berkata, langkah yang dilakukan oleh ketua pembangkang itu dilihat tidak berjaya kerana kalangan pemimpin di AS telah mengetahui iklim politik Malaysia ketika ini.

"Mereka sudah semakin memahami dan mengetahui iklim politik Malaysia sebenar berbanding sebelum ini kerana masing-masing mendapat maklumat yang salah.

"Sehubungan itu, usaha lebih gigih bagi melaporkan keadaan sebenar di Malaysia akan diteruskan di samping menjalin hubungan lebih erat dengan pemimpin negara kuasa besar itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan mesra dengan masyarakat peneroka Felda Jengka 23 di sini hari ini.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, persepsi kalangan pemimpin AS terhadap Malaysia turut berubah apabila mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dan terbaik di dunia.

"Ia berdasarkan tiga kategori lengkap dicapai oleh Malaysia iaitu sebuah negara demokrasi, kerajaan kuat dan stabil serta mempunyai kekuatan ekonomi.

"Kita patut berbangga kerana Amerika mengakui Malaysia sebuah negara Islam contoh yang diketuai seorang Perdana Menteri yang mempunyai karisma dalam mentadbir negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan antara Malaysia dengan AS dilihat semakin positif dan memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat layanan mesra daripada Presidan AS, Barack Obama ketika menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear ke negara itu baru-baru ini.

Tambahnya, Perdana Menteri juga dijemput dan dipilih oleh Presiden AS itu daripada 46 pemimpin dunia dalam mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan isu global.

"Pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut membuka satu lembaran baru dalam kerjasama pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Najib juga telah mempelawa Obama melawat Malaysia bagi melihat sendiri kemajuan yang berlaku di negara ini.

"Saya sendiri selaku Duta Malaysia dalam pertemuan dengan Obama pada minggu lalu turut mengambil kesempatan mengingatkan Presiden itu tentang tawaran lawatan tersebut," katanya

Saturday February 19, 2011
Badrul still Port Klang rep
By NURBAITI HAMDAN
nurbaiti@thestar.com.my

















That’s a rep!: Badrul triumphantly walking out of the Shah Alam High Court Friday.

SHAH ALAM: Badrul Hisham Abdullah remains the Port Klang assemblyman after a High Court here declared that the seat was never vacant.

High Court judge Justice Zaleha Yusof made the ruling in her chambers yesterday after hearing the originating summons filed by Bad­­­­­rul Hisham against Selangor State Assembly Speaker Datuk Teng Chang Khim who had declared the seat vacant last month.

She also dismissed the application filed by Teng on Feb 10 to strike out the suit against him and ordered the Speaker to pay RM40,000 in costs.

No grounds for the decisions were made available to pressmen.

Badrul Hisham’s lawyer Datuk Hafarizam Harun told reporters that the court decided to continue with the hearing in the absence of Teng’s counsel Tommy Thomas, who sent a representative instead.

On Jan 19, Teng declared the Port Klang seat vacant as of Jan 16, saying Badrul Hisham had failed to attend state assembly sittings for six months without a valid reason.

Badrul Hisham then filed a suit on Jan 24 to seek a declaration that he was still the official assemblyman for the seat and thus had the right to attend all state assembly sittings.

He named Teng and the Election Commission (EC) as the first and second defendants.

Hafarizam said he submitted to the court that the purported six-month absence had to be calculated from Nov 8, 2010, when Badrul Hisham had missed a state assembly sitting to seek traditional treatment for his health problems.

“The six-month calculation should not have started from July 16, 2010 (as claimed by Teng), hence the six months has not expired,” he added.

Badrul Hisham said: “My win today is a triumph of the people in Port Klang.”

The EC was represented by senior federal counsel Datuk Kamaludin Md Said.

Teng insists that his declaration that the Port Klang state seat is vacant still stood.

He will appeal against the High Court decision, report WANI MUTHIAH and SHAUN HO.

Teng also complained that the court heard Badrul Hisham’s application to overturn his declaration in the absence of his (Teng’s) counsel Thomas.

According to Teng, Thomas had written in on Feb 11 to seek a postponement as he would not be able to attend the hearing which was initially scheduled to be held on Feb 17.

“Justice hurried is justice buried,” said Teng.

Ambil iktibar peristiwa lalu

PASIR MAS – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyuarakan kebimbangan apabila umat Islam di sini banyak dikelirukan untuk kepentingan politik.

Ibrahim berkata, umat Islam sepatutnya menghayati nilai sambutan Maulidur Rasul serta perjuangan Baginda dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia.

“Tidak seperti sesetengah pihak, yang menjadikan isu agama bagi meraih sokongan untuk kepentingan politik sendiri sehingga mengabaikan nilai Islam itu sendiri.

“Rasulullah menggunakan wahyu bagi menyebarkan suruhan dan larangan, namun pemimpin di sini ternyata menyebarkan fahaman politik berdasarkan undang-undang manusia,” katanya kepada Sinar Harian, ketika menyambut Maulidur Rasul di Masjid Binjal, Kangkong semalam.

Ibrahim berkata, pegangan itu sememangnya mengelirukan penduduk khususnya umat Islam, dengan tafsiran yang dibuat secara membuta-tuli, malah memburuk-burukkan pemimpin lain yang tidak sekufu.

Beliau berkata, umat Islam kini perlu mengikut ajaran agama yang betul agar tidak lagi dipandang serong oleh kaum lain.

“Banyak peristiwa menghimpit umat Islam, dengan kepala babi diletakkan di pintu pagar surau, memasuki masjid dengan tidak menutup aurat dan banyak lagi.

“Masih ada berita di pampang di muka akhbar dan televisyen mengenai peperangan yang mana ia berlaku di kalangan umat Islam sendiri,” katanya.

Beliau berkata, tidak perlu melihat di tempat lain, dek kerana pegangan politik, umat Islam di sini diajar untuk berpecah belah dan membenci sesama sendiri, hanya kerana perbezaan fahaman politik.

“Kita perlu menghayati maksud tersirat sambutan Maulidur Rasul mengenai perjuangan Baginda yang mahukan kita bersatu-padu dan bukannya membenci satu sama lain, walhal kita adalah umat Islam,” katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.