Pages

Subscribe:

22 Februari, 2011

[hang nadim] KERDAU.....MERLIMAU.....MEDAN LATIHAN ATAU KEKALAHAN.....

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyangkal tuduhan Hindraf yang mendakwa mereka akan menimbulkan kekecohan ketika demonstrasi tanpa permit yang akan diadakan pertubuhan haram itu di ibu negara pada Ahad depan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang dengan dakwaan itu berkata, tindakan Hindraf menyebarkan fitnah menerusi e-mel adalah salah satu cara untuk menimbulkan ketegangan dan juga kekecohan serta dengan niat untuk memburukkan negara.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini memberitahu, laporan itu dibuat selepas beliau membaca satu kiriman e-mel yang dihantar oleh srihero@gmail.com yang didakwanya pengerusi pertubuhan haram itu iaitu P. Waytha Moorthy.

Menurut Ibrahim, e-mel tersebut dihantar kepada 21 penerima terdiri daripada wakil pertubuhan hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

“Kiriman e-mel itu menuduh Perkasa merupakan alat kepada UMNO untuk menimbulkan huru-hara pada demonstrasi haram yang akan diadakan oleh Hindraf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga ke Jalan Dang Wangi.

“Perkasa menentang sekeras-kerasnya tindakan Hindraf itu yang dilihat sebagai perosak negara dan pengecut kerana pengerusi pertubuhan haram itu sudah melarikan diri ke luar negara dan tidak mahu bersemuka.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Perkasa tiada kena mengena dengan UMNO. Perkasa adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dan tidak pernah menganjurkan perhimpunan yang melanggar undang-undang apatah lagi menganjurkan perhimpunan jalanan yang melampau,” tegasnya kepada pemberita.

Ibrahim turut menggesa polis agar mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat menganjurkan demonstrasi haram pada hujung minggu ini.

“Saya membuat laporan polis ini kerana merasakan tanggungjawab saya sebagai seorang yang cintakan negara saya dan inginkan kesejahteraan serta keamanan,” katanya

Maybank perlu bertindak ke atas Tengku Zafrul - Perkasa

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pihak pengurusan Malayan Banking Bhd. (Maybank) perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berikutan satu kenyataannya terhadap sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) lain dalam satu forum terbuka baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar perlu mengambil tindakan itu sebagai pengajaran kepada keseluruhan kakitangan dan pegawai Maybank.

Pada masa sama, tegasnya, ia juga akan menjadi iktibar kepada pegawai-pegawai organisasi lain khususnya GLC supaya berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat kenyataan.

"Ia juga penting sebagai peringatan bahawa kebebasan bersuara bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh membuat kenyataan secara semberono.

"Ini kerana ia boleh mengundang kesan negatif bukan sahaja kepada nama baik syarikat yang diwakili malah keseluruhan organisasi berkenaan," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Zafrul bahawa pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat salah sehingga menyebabkan kebimbangan pasaran.

Kenyataan beliau itu seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Mohd. Isa.

Ruslan menambah, Tengku Zafrul juga sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana kehadiran beliau pada forum tersebut membawa gelaran CEO Maybank Investment Bank Bhd. dan mewakili Maybank.

SPRM selesai siasat menantu Nik Aziz
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

2011/02/23
Tindakan ke atas Ariffahmi dibuat kemudian

KOTA BHARU: Laporan lengkap siasatan kes membabitkan menantu Menteri Besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman, sudah dihantar ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, awal bulan ini.

Pengarah SPRM negeri, Nasaruddin Mohd Nor, berkata pihaknya menyerahkan kepada Ibu Pejabat SPRM untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Abdul Ariffahmi, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu. “Kita mengumpul seberapa banyak bukti sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat SPRM bagi mengambil tindakan lanjut terhadap kes berkenaan. Saya tidak dapat memberi butiran terperinci terhadap tindakan yang akan diambil nanti,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Isu menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat itu timbul selepas SPRM menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan yang mempunyai peranan begitu besar.

SPRM turut mengambil keterangan Abdul Ariffahmi di pejabatnya di PMBK pada 9 November tahun lalu.

Kemelut dalam PMBK berpanjangan apabila Abdul Ariffahmi memecat Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz juga dikenali sebagai blogger Kickdefella, yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam perbadanan itu.

Muhyiddin umum Syed Ibrahim calon Barisan Nasional di DUN Kerdau












MUHYIDDIN bersama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Adnan (kiri) menjulang tangan Syed Ibrahim (dua dari kiri) selepas diumumkan calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau di Kuala Krau, semalam

Difitnah Hindraf: Perkasa buat laporan polis
TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan jentera pilihan raya parti komponen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau tidak terlalu yakin dan ghairah.

Timbalan Pengerusi BN berkata, walaupun Kerdau dikatakan kubu kuat BN dan hampir 54 peratus pengundi ahli UMNO, semua pihak tidak boleh mengambil mudah termasuk memperkecilkan pihak lawan. “Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur. Walaupun keadaan semua baik, Menteri Besar yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (Datuk Seri Adnan Yaakob) sentiasa ingatkan jentera siap siaga supaya dapat bergerak dengan baik

“Kita juga perlu ingat pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak. Waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan dan kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah,” katanya selepas mengumumkan nama calon BN itu, di Dataran Sri Ketumbit, di sini semalam.

Syed Ibrahim, 44, atau lebih kenali sebagai Syed Ibra ialah Penasihat Agama Menteri Besar Pahang sejak 2001 serta Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau. Beliau tidak asing bagi 8,999 pengundi DUN Kerdau kerana pernah menjaga kawasan itu ketika bekas wakil rakyat, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim, menjalani rawatan kesihatan tahun lalu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Syed Ibrahim yang dipilih pucuk pimpinan UMNO ialah calon terbaik yang berwibawa, mampu menandingi dan bersaing dengan sesiapa saja daripada pihak lawan.

“Latar belakangnya berpendidikan agama dan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir tidak kurang hebatnya. Ini akan memberi kelebihan kepada kita. Malah, Syed Ibrahim calon terbaik dan disukai pengundi. Kita pilih selepas melalui tapisan, saringan dan tidak ada rekod yang boleh menjejaskan kedudukannya,” katanya.
Muhyiddin juga meminta semua pihak dalam bahagian menerima pemilihan calon dan hendaklah sentiasa mewujudkan kerjasama erat dan mengelak daripada masalah yang mengganggu fokus pilihan raya.

“Sejarah di sini sejak dulu sudah ada rekod perkhidmatan baik Datuk Zaharuddin dan tanggungjawab kepada Syed Ibra amat berat, termasuk membangunkan kawasan itu,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin berharap jentera BN pilihan raya kecil yang diketuai Adnan mampu memberi kemenangan dengan majoriti undi lebih baik berbanding 1,615 undi pada 2008 dan 2,565 undi pada 2004

Pemimpin PKR, PAS lupa budi pejuang negara

2011/02/23
MERLIMAU: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, diminta tidak mengikut jejak pembangkang yang mudah lupa kepada prinsip perjuangan dan budi ditaburkan pemimpin terdahulu sehingga negara mampu mencapai kemajuan seperti dikecapi sekarang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata mereka tidak pernah menekankan nilai mengenang perjuangan dan budi negarawan kerana hanya mementingkan agenda untuk meraih kuasa bagi kepentingan diri. “Orang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat) dan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyelar kerajaan hari ini tidak langsung memikirkan mengenai budi atau kejayaan yang kita capai.
Budi yang kita terima hari ini adalah kemerdekaan dan kemajuan pesat yang sukar dinikmati rakyat di negara lain. Ini semua budi yang diberikan kerajaan, pejuang dan pemimpin negara serta setempat yang wajar dikenang. Apa yang kita lihat hari ini adalah sumbangan perjuangan lama dalam memberikan khidmat cemerlang bagi membela rakyat.

"Ini semua tidak wujud di kalangan pembangkang yang dilihat hanya bersikap rakus untuk mendapat kuasa, tetapi tidak ada cara bagi memperbaiki budi dan khidmat secara berterusan," katanya pada Majlis Kenduri Asam Pedas bersama penduduk Kampung Pengkalan Samak, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad; Setiausaha UMNO bahagian Jasin, Datuk Ghazale Mohamad; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Rais berkata, penduduk DUN Merlimau perlu berfikir secara mendalam dan tidak menggadaikan keputusan dengan memilih wakil salah kerana dikhuatiri bakal menjejaskan perjuangan pemimpin terdahulu yang sudah merencanakan perkara terbaik untuk masa depan.

Syed Ibrahim terima pencalonan sebagai amanah perjuang nasib rakyat

Graduan Al-Azhar bela Kerdau

TEMERLOH: Calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 (kiri), komited membela nasib dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk selain memajukan kawasan Kerdau.

Itulah janji Syed Ibrahim sebaik diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Syed Ibrahim berkata, pemilihan beliau juga satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memilih saya.

“Saya dengan rendah hati menerima pencalonan itu dan saya akan memastikan nasib rakyat akan dibela,” katanya yang juga anak jati kelahiran Kampung Kuala Tekal, dekat sini di Dataran Sri Ketumbit, di sini, semalam.

Syed Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Syed Ibra oleh penduduk tempatan berkata, walaupun pencalonan itu hanya sekadar mewakili parti, namun pemilihan sebenar hanya akan ditentukan 8,999 pengundi pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat serangan jantung pada 12 Februari lalu. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac.
Syed Ibrahim yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan.

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari 1989 hingga 1996.

Syed Ibrahim juga pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah, Mesir, guru Bahasa Arab dan Agama di Sekolah Menengah Agama Darul Naim, dekat sini pada tahun 1997 hingga 2000.

Pada November hingga Disember 2000, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut sebelum dilantik sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Pahang bermula 2000 hingga kini.

Beliau berkahwin dengan guru agama, Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45, dan memperoleh tiga anak iaitu As Sayed Muhammad Al-Baqir, 15, As-Syarifah Balqis, 13, dan As Syarifah Sehah, 9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.