Pages

Subscribe:

20 Februari, 2011

[ hang nadim] Pertemuan rakan dalam talian akan diperluas.....



















NAJIB Tun Razak bergambar bersama rakan-rakan Internetnya di Facebook dan Twitter selepas Majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian dan sesi dialog bersama rakan dalam talian di kediamannya di Seri Perdana, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Selepas mencatatkan kehadiran yang membanggakan dalam dua penganjuran majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian di sini, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk memperluaskan pertemuan itu ke seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, usaha tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan rakan-rakan dalam talian beliau yang berada di seluruh negara mengambil peluang bertemu dengannya pada majlis seperti itu.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan usaha terbarunya untuk meraikan semua rakan-rakan dalam talian melalui program Mari Berjumpa, Mari Berhubung.

"Adalah tidak praktikal pada saya untuk jemput semua ke Putrajaya atau Kuala Lumpur, tetapi saya akan cuba untuk menganjurkan majlis bagi bertemu dengan rakan-rakan dalam talian saya semasa lawatan ke negeri-negeri.

"Ia mungkin dalam bentuk perjumpaan singkat di lapangan terbang negeri semasa saya tiba atau sebelum pulang ke Putrajaya, dan juga melalui pertemuan kecil di dewan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Jamuan Minum Petang Perdana Menteri Bersama Rakan-rakan Dalam Talian di Seri Perdana di sini, hari ini.

Lebih 600 rakan dalam talian beliau hadir di majlis jamuan kali kedua itu dan pada pertemuan kali pertama Mac tahun lalu, ia dihadiri lebih 300 orang.

Setakat ini, beliau mempunyai 560,000 rakan dalam laman sosial, Facebook dan lebih 80,000 orang menjadi rakan twitter.

Najib memberitahu, sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan, beliau telah membuat banyak perkara baru dan kreatif dalam usaha mendekatkan dirinya dengan rakyat, termasuklah golongan muda.

Malah, beliau menambah, kerajaan tidak akan menggunakan cara yang konvensional kerana golongan muda sudah berubah dalam berhubung dengan pemimpin mereka.

"Ia penting bagi saya kerana dunia sudah berubah dan masyarakat Malaysia juga berubah dari segi gaya hidup dan cara berkomunikasi.

"Dengan itu, sebagai pemimpin, saya tidak boleh membiarkan ia berlalu dan perlu menjadi sebahagian daripadanya kerana ia akan membolehkan saya mencari lebih ramai rakan di kalangan rakyat," katanya.

Raikan kepelbagaian kaum - PM
PUTRAJAYA 20 Feb. - Tahap perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu berganjak daripada semangat toleransi kepada tahap lebih tinggi iaitu penerimaan dan meraikan kepelbagaian kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, minda dan sikap rakyat terhadap kaum yang berlainan perlu berubah supaya tahap perpaduan negara ini boleh 'berhijrah' ke tahap yang lebih tinggi.

"Toleransi merupakan tahap paling rendah, ini kerana toleransi tidak bermakna anda suka orang itu walaupun masih bertoleransi dengannya.

"Daripada peringkat toleransi, kita seterusnya beralih ke tahap penerimaan kaum lain yang melibatkan perasaan suka dan berkawan dengan orang itu.

"Peringkat tertinggi pula ialah meraikan kepelbagaian kaum yang mana masyarakat akan melihat kepelbagaian kaum sebagai keunikan dan sumber kekuatan Malaysia, pencapaian ini turut menunjukkan kita telah mencapai tahap bangsa Malaysia," katanya.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan seorang rakan dalam talian beliau, John Britto Victor dari Kedah yang mahu tahu cabaran yang dihadapi Najib ketika mempromosikan gagasan 1Malaysia.

Lebih 600 rakan dalam talian Najib telah menghadiri majlis jamuan minum petang yang diadakan di kediaman rasmi beliau di Sri Perdana, di sini hari ini.

Monday February 21, 2011
Najib hosts tea party for 600 online friends and fields questions

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hosted a tea party for about 600 of his online friends at his official residence Seri Perdana here.

During the gathering, Najib fielded several questions, ranging from 1Malaysia, Vision 2020, the future of football in the country and his choice of music.

The Prime Minister said he is a “social listener” of music, particularly when he exercises on his treadmill “in between watching the History Channel and the news”.

He said he listens mostly to 70s and 80s music and also Malay songs.

“It’s rather embarrassing to tell you my musical tastes because if I tell you, you will know which era I belong to,” he said.

“I don’t understand the music which my children like.

“I do appreciate some of the latest songs, including Malay songs, but I’m not that serious into music that I’m able to rattle off the names of the songs.”

Asked how he was able to remain calm while on the job, Najib said: “When we are calm, we can think. If we panic, we cannot think properly and rationally. If we can’t think properly, then we might end up making the wrong decisions.”

Najib revealed that he personally sends his own tweets, contrary to common belief that those messages might be the work of his aides.

He added that he would usually tweet during his journey to and from Putrajaya and Kuala Lumpur, while he sends more at night before he calls it a day.

“I find the response I get on my Twitter site rather amusing. Some people will ask if this is really the Prime Minister or is it my personal assistant who is doing this.

“I can assure you that the messages come directly from me,” he said.

This was the second tea party hosted by Najib for his online friends, following the first one in March last year.

5,000 meriahkan jelajah pertama ABPBH 2010
2011/02/21













PENYANYI Anuar Zain bermesra peminat pada siri jelajah ABPBH 2010(ABPBH) di SACC Mall, Shah Alam, semalam.SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 pengunjung hadir di pusat beli-belah SACC Mall, di sini semalam dan mengambil peluang bermesra dengan barisan calon akhir yang memeriahkan siri jelajah pertama promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.

Pengunjung yang mula memenuhi lokasi seawal jam 10.30 pagi disajikan acara pembukaan peringkat akhir Bintang Idola Berita Harian (BIBH) peringkat pusat beli-belah serta pelbagai acara sampingan, termasuk jualan cenderahati dan barangan eksklusif keluaran khas Berita Harian.
Paling menarik perhatian ialah sesi beramah mesra dan persembahan lebih 20 finalis termasuk Aznil Nawawi, Linda Onn, Kieran, Raja Azura, Fara Fauzana, AG, Anuar Zain, Maulana, Adira, 6ixth Sense, Rabbani dan Alyah. Peminat juga tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan dengan selebriti popular lain seperti Along, Angah, Zizan, Shaheizy Sam, LIsa Surihani, Sharnaaz Ahmad, Ally Iskandar, Didie Alias, Liyana Jasmay, Scha Alyahya, Fizz Fairuz serta Daus.

Pada majlis yang dikendalikan Along Raja Lawak itu, pengunjung turut berpeluang menaiki kereta Nissan Grand Livina dan Nissan Teana, kedua-duanya tajaan Edaran Tan Chong Motor bersama finalis ABPBH 2010. Kenderaan itu adalah hadiah utama untuk pembaca bertuah dan artis yang dipilih sebagai Bintang Paling Popular ABPBH musim ke-24 ini.

Pembaca Berita Harian masih berpeluang menghantar borang undian bagi memilih calon kegemaran bagi setiap kategori selain menamakan seorang personaliti paling layak dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular daripada senarai finalis dalam 16 kategori yang dipertandingkan.

Borang undian dibuka sejak 17 Januari lalu dan dijadualkan berakhir 17 Mac ini, sebelum nama pemenang diumumkan pada malam kemuncak majlis pengiktirafan berprestij di Arena of Stars, Genting Highlands, 3 April nanti.
Selepas Shah Alam, siri jelajah ABPBH 2010 diteruskan ke Kuantan Parade, Pahang pada 27 dan 28 Februari, disusuli The Mall, Kuala Lumpur (5 dan 6 Mac), Village Mall, Sungai Petani, Kedah (11 dan 12 Mac), Kompleks Pasir Gudang (19 dan 20 Mac) dan Klang Parade, Selangor (25, 26, dan 27 Mac).

Pasukan khas ke Mesir bincang situasi pelajar

2011/02/21
BANGI: Pasukan Petugas Khas Isu Pelajar Di Mesir kini berada di negara itu bagi mengadakan rundingan dengan pihak pentadbir tujuh universiti dan Kementerian Pengajian Tingginya berhubung kedudukan pelajar Malaysia yang masih belum boleh kembali ke negara berkenaan bagi menyambung pelajaran.

Setiausaha Politik kepada Menteri Luar, Datuk Norhaidi Che Dan, berkata pasukan petugas khas membabitkan pegawai dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Luar, wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah berada di negara itu sejak kelmarin

Mereka dijangka menemui Duta Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir bagi mendapatkan maklumat terkini sebelum menemui pentadbir Universiti Al-Azhar, Universiti Cairo, Universiti Mansoura, Universiti Ain Shams, Universiti Iskandariah, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Menteri Pengajian Tingginya,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Solat Hajat bagi pelajar Malaysia yang selamat pulang dari Mesir, anjuran Global Medic Network Sdn Bhd di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam. Di TEMERLOH, Kerajaan Pahang akan membiayai kos menghantar balik 400 pelajar negeri ini termasuk 200 pelajar tajaan Yayasan Pahang ke Mesir bagi menyambung pengajian di negara itu sebaik keadaan pulih seperti sedia kala.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata selain itu kerajaan negeri juga akan memberikan wang tunai RM500 kepada setiap pelajar terbabit bagi meringankan beban kewangan yang mereka alami.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dekat sini, petang kelmarin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.