Pages

Subscribe:

19 Februari, 2011

[hang nadim]نظام تقييم الأداء وحماية حقوق الشعب الماليزي ، ويقول نك عزيز.....


Ummi Hafilda harap Saiful diberi kekuatan

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Ummi Hafilda Ali hari ini mempertikaikan dakwaan pihak tertentu bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan menerima upah untuk berbohong dalam kes liwat kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan saksi utama kes liwat Anwar pada 1997 berkata, sebagai orang yang bermaruah, sudah tentu Mohd. Saiful selaku mangsa dan bapanya, Azlan Mohd. Lazim yang turut difitnah tidak akan sanggup untuk berbuat demikian.

"Ujian cukup berat bagi beliau, sudahlah diliwat, dimaki hamun, dihina, disumpah seranah, diri pula difitnah kononnya dapat upah.

''Di manakah rasionalnya seorang bapa sanggup mengheret anak ke sana ke mari untuk mendapat keadilan hingga pergi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semata-mata untuk memaklumkan bahawa anaknya diliwat dan mohon diadili seadilnya.

''Kalau bukan berpaksikan kebenaran, apakah sanggup seorang ayah menggadaikan maruah anak dan dirinya semata-mata apa, RM1 juta, RM10 juta, RM100 juta? Logikkah?'' soalnya menerusi blognya, http://srikandi7. blogspot.com.

Jelas Ummi Hafilda, pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan perlu menyoal diri sendiri jika mereka juga difitnah seperti itu.

''Kalau Tun Dr. Mahathir Mohamad upah kau, suruh kau mengaku bini (isteri) kau dirogol atau anak perempuan kau diliwat dengan nilai RM30 juta. Sanggupkah kau nak gadai muka, maruah diri terpampang sana sini dekat akhbar?

''Pasti tak sanggupkan? Tak tahulah kalau kau ini memang mata duitan dan dah tak fikir tentang moral. Sepatutnya mana-mana bapa atau ibu harus bersimpati kepada bapa Mohd. Saiful,'' jelasnya.

Nik Aziz 1

Oleh AWANG SELAMAT

Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ‘‘Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),’’ katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Nik Aziz 2
Oleh AWANG SELAMAT

Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah

Jika Melayu hilang kuasa
SEMEMANGNYA terdapat banyak perbezaan antara masyarakat Melayu atau bumiputera di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan masyarakat itu yang tinggal di Singapura.

Perbezaan jelas adalah orang Melayu di negara ini bebas dan boleh menubuhkan parti politiknya sendiri berbanding rakan-rakan mereka di seberang yang tidak mendapat peluang seperti itu.

Dari segi peluang pekerjaan bertaraf pegawai atau eksekutif di sektor kerajaan atau swasta pula, selalunya peluang masyarakat Melayu di Singapura agak kecil tetapi di Malaysia, keadaannya agak seimbang dengan bangsa-bangsa lain.

Di Singapura, mereka yang berbangsa Melayu hanya memegang jawatan yang rendah dan tidak penting walaupun mempunyai kelulusan yang baik.

Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan daripada mereka bekerja dengan jawatan yang rendah seperti hanya menjawat kerani atau guru sekolah sahaja.

Di dalam sektor beruniform juga mereka hanya diberikan pangkat rendah dan tidak diberikan peranan penting di dalam pasukan tentera atau polis.

Pernah juga saya terdengar keluhan orang Melayu Singapura bahawa mereka ini seolah-olah tinggal di dalam sangkar emas.

Benar sekali kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kita belajar dari kesilapan yang lalu kerana jangan sampai bangsa Melayu hilang segala-galanya, baru hendak sedar.

Itulah lebih kurang nasib orang Melayu Singapura dan kita kena ambil iktibar bahawa jika sekiranya orang Melayu di Malaysia ini tidak bersatu dan bercakar sesama sendiri, ditakuti kita pula akan kehilangan kuasa.

Apabila hilang segala-galanya, jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri sendiri.

Pada ketika itu, jika kita menangis air mata darah sekalipun, ia tidak dapat mengembalikan kuasa itu nanti.

Sejarah telah mengajar kita betapa jatuhnya empayar Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis disebabkan kekeliruan dan perpecahan berpuak-puak kumpulan orang Melayu ketika itu.

Ketika itu, anasir luar dengan mudah masuk menyusup untuk mengeruhkan keadaan yang akhirnya hanya dengan kekuatan beberapa ratus askar Portugis dengan dua buah kapal perang sahaja, mereka dapat mengalahkan panglima-panglima dan beribu-ribu perwira yang handal Melaka.

Sejak kejatuhan Melaka itulah, negeri-negeri lain di Tanah Melayu menyusur tunduk kepada penjajah dan dibuat seperti bola apabila penjajah bertukar-tukar tangan antara Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Ketika itulah, orang-orang Melayu ditindas dan tidak dipedulikan tentang mengenai kebajikan mereka, sehinggakan ada yang sanggup dijadikan seperti hamba.

Kini kita sudah merdeka dan saya berharap orang Melayu perlu sedar bahawa sekiranya negara ini terjajah sekali lagi, berkemungkinan segala kuasa kita akan lenyap dam tidak mustahil bangsa Melayu juga akan hilang di dunia seperti yang pernah dikatakan oleh Hang Tuah.

Saya seru dan merayu kepada mereka berbangsa Melayu di negara ini agar terus bersatupadu dan lupakan apa juga sengketa atau perbalahan yang boleh menjuruskan perpecahan dan padahnya nanti negara akan tergadai kepada tangan orang lain.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
YDP Persatuan Keluarga Jamalullail Perak
Taman Zaiton Indah,
Ampangan, Seremban

Antara Nik Aziz dan Tun Mahathir
SAYA tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am Pas, Datuk Nik Aziz dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan.

Apakah benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas?

Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.

Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai Pas?

Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.

Seperti mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan.

Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai".

Ia merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita.

Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi.

Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan?

Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.

Lucunya sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan 'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal.

Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?

Nik Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:

* Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.

* Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.

* Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

* Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya.

* Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat, maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.

* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor.

Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.

Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara.

HJ.LUKMAN BIN MOIDIN
Penceramah, Motivasi & Kaunselor
Kedah

Lagi tanya pasal 'MC' Cikgu Maarof

SAYA dan ramai yang lain, seperti juga 'ingin tahu' (Utusan Malaysia 15 Februari 2011) turut tertanya-tanya tentang status MC beliau.

Perkara ini perlu didedahkan kerana ia akan dijadikan modal untuk membenarkan perkara yang salah.

Telah menjadi satu penyakit yang agak memualkan kerana ada rakyat Malaysia mengamalkan konsep 'matlamat menghalalkan cara'.

Jika Menteri Pelajaran dan orang- orang kementerian begitu lantang mempersoalkan isu ini ketika PRK Tenang, perlulah tindakan tegas diambil kerana kerajaan dilihat telah banyak kali berlembut dalam banyak isu dan menghantar isyarat yang salah tentang sesuatu isu.

Saya juga yakin Cikgu Maarof telah melewati tempoh 'bermurung' beliau dan berpijak di bumi yang nyata untuk menerima sebarang tindakan dari kementerian.

ALFISTY
Rawang

PAS will protect the rights of Malays, says Nik Aziz
نظام تقييم الأداء وحماية حقوق الشعب الماليزي ، ويقول نك عزيز

SHAH ALAM: PAS spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has reassured Malays that the party will continue to protect their interests should it come to power with its Pakatan Rakyat partners in the next general election.

He said neither PAS nor any of its Pakatan partners had pushed aside the rights of the Malays.

“For PAS, Malays need to be prioritised in our agenda because they are the dominant race in the country,” Nik Aziz said in his keynote speech at the opening of a PAS convention here yesterday.

The convention, entitled the National Race Empowerment Con­ven­­­­tion, is an attempt by PAS to garner Malay support and also to suppress allegations that the party is anti-Malay.

Nik Aziz also lambasted Umno for not upholding Islam or looking after Malay interests.

He claimed Umno’s economic policies had caused an unequal distribution of wealth among the various races in Malaysia.

Nik Aziz said the New Economic Policy (NEP) was used only for Umno’s interest.

“This is Umno’s systematic betrayal to the Indians, Chinese, Ibans, other races and the end result of the NEP was the creation and flourishing of Umno Ketuanan Melayu cronies,” he added.

Pakatan Rakyat has seen a decline in Malay support following several by-elections, which saw Malay votes swing to Barisan Nasional.

The convention came after PAS’ loss in the Tenang by-election.

Meanwhile, PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said the convention was to silence critics who have branded PAS as anti-Malay.

“This convention is organised to convince the Malays and bumiputras that PAS and Pakatan will always defend their rights,” Mahfuz said.

“It was Umno who was responsible for the decrease of Malay rights in the country,” he said.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.