Pages

Subscribe:

19 Februari, 2011

[hang nadim] Masjid dibiayai Siti dan Datuk K di Sungai Petani siap.....














KHALID Mohamad Jiwa sambil diperhatikan isterinya, Siti Norhaliza memotong pulut kunig menyambut hari jadinya yang ke-52 di pekarangan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Sungai Petani, Kedah, semalam.

SUNGAI PETANI 19 Feb. - Selepas kira-kira lima bulan dibuka sejak Aidilfitri lalu, akhirnya masjid Kampung Permatang, Tikam Batu, di sini yang dibiayai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, yang merasmikannya hari ini.

Kos pembinaan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Al-Khalidiah itu dibiayai sepenuhnya oleh pasangan suami isteri berkenaan menerusi Yayasan Nurjiwa dan dikatakan menelan belanja hampir RM2 juta.

"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana hajat suami untuk membina masjid di sini tercapai. Semoga ia memberi keselesaan kepada penduduk ketika beribadat di sini," ujar Siti Nurhaliza kepada pihak media selepas majlis perasmian tersebut.

Difahamkan pemilihan nama masjid tersebut dibuat sempena nama keluarga Khalid yang juga anak jati kampung berkenaan.

Masjid yang boleh memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa itu dijangka dapat memudahkan penduduk daripada beberapa kampung sekitar seperti Kampung Padang Limau, Padang Regent, Nangka, Jambatan Merdeka dan Sungai Korok untuk beribadat.

Difahamkan salah seorang sahabat Khalid dari Mesir turut menghadiahkan sebuah lampu candelier yang diletakkan di ruang tengah masjid ini.

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim dalam titahnya meminta agar setiap orang menghormati institusi masjid.

"Beta berharap agar jawatankuasa masjid dan ahli kariah dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh jujur dan amanah.

"Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan masjid semata-mata untuk meraih sokongan atau menyebarkan ideologi tertentu," titah baginda.

Imam Masjid Al-Khalidiah, Mahmood Rejab, 73, turut gembira dengan wajah baru masjid yang dianggarkan berusia 115 tahun itu.

"Ini kali pertama perubahan besar dilakukan ke atas masjid ini. Terima kasih kepada Khalid sekeluarga kerana membaiki masjid, dan sekarang ia jauh lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya.

Impian Datuk Siti tercapai





PERMATANG PASIR – Impian anak jati Kampung Permatang Pasir, Datuk Khalid Mohamad Jiwa dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk membina masjid bagi kemudahan penduduk setempat akhirnya terlaksana setelah dirasmikan semalam oleh Sultan Kedah Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Mukim Rantau Panjang Kuala Muda itu menelan belanja hampir RM2 juta dimulakan pembinaannya pada 1 Disember 2009 dan siap sepenuhnya pada 2 Ogos tahun lalu.

Siti Nurhaliza berkata, itu adalah impiannya dan suami sejak awal untuk membantu penduduk dengan menyediakan tempat menunaikan ibadat.

“Kami menubuhkan Yayasan Nurjiwa dan bertanggungjawab membantu golongan memerlukan terutama anak yatim, golongan miskin dan mangsa bencana alam, di samping turut membantu dalam pembangunan agama khususnya pembinaan, baik pulih masjid dan surau terutama kawasan kampung,” katanya, semalam.

Menurutnya, semalam adalah hari bermakna dan gembira kerana impian itu dapat direalisasikan dengan sempurna.

“Saya berharap dengan terbinanya masjid ini dapat memberi kemudahan kepada penduduk Permatang Pasir dan orang ramai menunaikan ibadat wajib dituntut agama.

“Al-Khalidiah dipilih setelah mendapat pandangan alim ulama di Makkah dan setelah berbincang dengan penduduk baru kita memutuskan untuk menggunakan nama ini,” katanya

Impian Siti bina masjid tercapai
Oleh ABD. RAZAK OSMAN


















WAJAH ceria Khalid dan Siti Nurhaliza selepas majlis perasmian Masjid Al-Khalidiah di Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.

“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Nukilan hati hang nadim
Rumah Mertua hang nadim sebelah kanan Jalan Masuk Ke Masjid Permatang Pasir(Hanya Tinggal Tapak Saja sebab sebahagian dah jadi Jalan ke Kota Kuala Muda Nadim tak dapat hadir hari tersebut.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.