Pages

Subscribe:

09 Ogos, 2012

Martabatkan bahasa kebangsaan

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my












MUHYIDDIN Yassin melihat majalah Sastera dan Warisan ketika melancarkan majalah GAPENA Sastera dan Warisan sambil diperhatikan Abdul Latiff Abu Bakar (kiri) dan Awang Sariyan (kanan) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI
DAHULU


SEKARANG

Martabatkan bahasa kebangsaan

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin melihat majalah Sastera dan Warisan ketika melancarkan majalah GAPENA Sastera dan Warisan sambil diperhatikan Abdul Latiff Abu Bakar (kiri) dan Awang Sariyan (kanan) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI
KUALA LUMPUR 28 Jun - Bahasa kebangsaan akan terus dimartabatkan sebagai lambang jati diri rakyat Malaysia sekali gus menghalang percubaan mana-mana pihak yang mahu mendaulatkan bahasa asing di negara ini.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, matlamat itu akan dipastikan terlaksana melalui Majlis Pemantauan dan Tindakan Bahasa Kebangsaan yang ditubuhkan selaras dengan dasar bahasa kebangsaan agar penggunaannya tidak diketepikan di semua peringkat.

Kata beliau, majlis itu yang dianggotai 35 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbilang kaum akan memberi kesedaran kepada rakyat melalui kempen-kempen supaya bahasa kebangsaan terus dihormati.

“Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kita dengan sesuka hati meletakkan bahasa asing sebagai bahasa utama sehingga menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

“Negara maju lain seperti Jerman, Korea, Jepun atau China telah mendaulatkan bahasa mereka sedangkan kita malu untuk bercakap bahasa Melayu, sikap negatif seperti ini perlu dihapuskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini hari ini.

Seminar yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Mohamad; Ketua Pengarah DBP, Datuk Awang Sariyan dan bekas Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussin.

Seramai 250 peserta menghadiri seminar itu mewakili lebih 40 NGO selain tokoh budayawan, sasterawan dan pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.