Pages

Subscribe:

13 Januari, 2014

[hang nadim] Contohi akhlak Rasullullah.....Emulate Prophet probation..... 效仿先知缓刑

Emulate Prophet probation MOHD. Mohammed ALI DON writer is Senior Lecturer Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM Johor Bahru. THN birth Prophet on 12 Rabi Year Elephant equivalent to 20 April 571 AD carries 1,000 kinds of changes to people's lives. From the worship of stones and statues converted to devote himself to God. From busy fighting among themselves converted to concern themselves with the work demanded worship. Of the worst sins and acts of ignorance mazmumah converted to stick with Islamic moral values such as mutual respect and tolerance among people. Then after a successful form of Islamic government in Medina, the Prophet did not look back again in building the civilization of Islam and its followers height. The effect of the noble Islamic religion is at the very top so that no more than she does. Muslims respect and even other religions are also given the right to perform their religious teachings while not hostile to the Prophet Muhammad. With the expansion of knowledge and intellectual activities especially during the Umayyad and Abbasid Islam is the height when public figures such as renowned Islamic scholar al-Khwarizmi in mathematics, Ibn Sina in medicine, al-Razi, known as Rhazes as scientists and the public longer able to produce new discoveries are surveyed and debated by scholars today's world. The question is why now insulted Islam and Muslims are no longer respected? Why Islam back trading after the Prophet Muhammad SAW and his noble laying a solid foundation to a height of prestige of Islam and Muslims forever. This may happen because Muslims are far away from the teachings of the Quran and the Sunnah of His Prophet. Even worse when there are a few who like to own face scrawled with charcoal involved doing various bad deeds that tarnish the dignity and sanctity of Islam. Just look at how the celebration of the new year 2014 recently contaminated with indecency retreat, cohabitation, adultery, alcohol partying, which is not in accordance with religious teachings. It certainly does not end there, as there will likely turn to crime destitute abandoned babies, after pregnancy and embarrassed to be responsible in the nine months to come. Finally, Muslims continue to wallow in sin and evil and to make Islam continues to be humiliated and despised. Moreover, Muslims nowadays are too busy with activities that distract. Some are busy chatting on social networking sites, some uploading obscene photos, chat with obscenities on the ground to watch and fill the time. There is also involved heresy so willing to kill and commit crimes. Accordingly, Muslims are called back to stick to the teachings of Islam and perform all the duties of religion. Implementation of the five daily prayers also looking to be a bulwark to prevent negative symptoms and evil among Muslims. Allah Almighty says that which means: "Recite (O Muhammad) what is revealed to you from the Quran and Prayer (hard) Prayer restrains from shameful and evil and remembrance of Allah is the greatest (and feel) and (remember of) Allah knoweth what ye do. "(Surah al-Ankabut: 45) In this case, the authors strongly support the decision of the Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar declared Friday a public holiday for the state to start the new year. It is seen as a symbol of concern for the Sultan as the Head of the State Islamic Ummah to produce competent and superior attitude,. It could be before there are students who rushed to the school during Friday prayer resounded. It is possible that there are school bus drivers and the workers do not go to prayers for fear too late or prohibited by their employers. As a result the children grow up in a state accustomed to leave prayer coupled with deliberate parental merelakannya causing Muslims are stuck doing things wrong because no prayer shield that can stop him. Therefore, it is good if all the holidays on Friday may attend followed by private companies owned by indigenous especially in Johor to provide the opportunity for Muslims to offer prayers claimed. The question goes to the mosque or not is not the issue, what matters the government, including the employer has undertaken the responsibility to provide the widest space for prayer so that people can do it perfectly. Muslims have also seen far from emulating the manners of the Prophet. There are some people who deliberately harm themselves personally by being swank, refused to accept the advice and guidance of a good, hard-hearted than always act with discretion and common sense of the sacred Islamic teachings. Mixing freely with no boundaries, loitering to and fro, two, spoon somewhere quiet to invite all potential consequences when caught doing a damned sin. Some sisters are already really upset with the current clothing trends, and pants and tight shirts that appeared to be wrapping up physique. Some are deliberately short skirt, revealing her chest seemed so elegant and stylish perceived by those around them. As the Muslims away from the teachings of the Prophet Muhammad, followed by a bad attitude and do things the sin involved, directly insulted Islam, the name Allah is exalted to be sought after, Muhammad became an object of ridicule and jokes, Muslims lost grandeur and the height of glory Muslims are increasingly challenged. So in conjunction with Prophet's birthday at this time, Muslims are called to rise up to defend the sanctity of Islam and Muslims with back stick with the Qur'an and the Sunnah of the Prophet. Indeed there is no shortcut to go to heaven and be successful as a nation that is respected but according to all the law and the rules of religious tenets. Do not just have fun celebrating the birth of the Prophet Muhammad that do not change as a birthday party and all sorts of delicacies like biryani rice and cakes while the heart continues to be vulnerable to empty than filled with much needed spiritual food nowadays. Or just listen to religious lectures laughed that do not change as seen comedy shows on television. What is more important is how each individual Muslim can practice the teachings of the Prophet Muhammad in everyday life. Show the love and affection and love for undivided with utter peace and blessings multiply as a sign of memory unfailing forever. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140114/re_05/Contohi-akhlak-Rasullullah#ixzz2qK90ypcg © Utusan Melayu (M) Bhd Contohi akhlak Rasullullah Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON PENULIS ialah Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Johor Bahru. DETIK kelahiran Rasulullah SAW pada tanggal 12 Rabiulawal Tahun Gajah yang bersamaan 20 April tahun 571 Masihi membawa 1,000 macam perubahan kepada kehidupan manusia. Daripada penyembahan kepada batu dan patung-patung ditukar kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada sibuk berperang sesama sendiri ditukar kepada menyibukkan diri dengan kerja-kerja ibadah yang dituntut. Daripada bergelumang dengan dosa dan perlakuan mazmumah jahiliah ditukar kepada berpegang dengan nilai akhlak Islam seperti saling menghormati dan toleransi sesama manusia. Kemudiannya setelah berjaya membentuk kerajaan Islam di Kota Madinah, Rasulullah tidak menoleh ke belakang lagi dalam membina nilai ketinggian Islam dan peradaban umatnya. Kesannya agama Islam yang mulia berada pada kedudukan tertinggi sehingga tiada yang lebih tinggi daripadanya. Umat Islam disegani dan dihormati malah penganut agama lain juga diberi hak melaksanakan ajaran agama masing-masing selagi tidak memusuhi Nabi SAW. Dengan berkembangnya pelbagai aktiviti keilmuan dan intelektual khususnya pada zaman Bani Umayyah dan Abbasiyah Islam berada di kemuncak kegemilangan apabila ramai tokoh ilmuwan Islam tersohor seperti al-Khawarizmi dalam bidang matematik, Ibnu Sina dalam bidang kedoktoran, al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes sebagai saintis dan ramai lagi berjaya menghasilkan penemuan -penemuan baru yang kemudiannya dikaji dan dibahaskan oleh ilmuwan dunia masa kini. Persoalannya mengapa kini Islam dihina dan umatnya tidak lagi dihormati? Mengapa Islam kembali dagang setelah baginda Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang mulia meletakkan batu asas yang kukuh kepada ketinggian martabat Islam dan ummah untuk selama-lamanya. Hal ini boleh jadi berlaku disebabkan umat Islam semakin jauh dari ajaran al-Quran dan sunah Rasulnya. Lebih buruk lagi apabila terdapat segelintir yang ibarat menconteng arang ke muka sendiri dengan terlibat melakukan pelbagai perbuatan buruk yang mencemarkan maruah dan kesucian Islam. Lihat sahaja bagaimana sambutan tahun baru 2014 baru-baru ini yang dicemari dengan perbuatan keji berkhalwat, bersekedudukan, berzina, berpesta arak yang sememangnya tidak bertepatan dengan ajaran agama. Ia pastinya tidak tamat di situ kerana ada kemungkinan akan melarat pula kepada jenayah pembuangan bayi, setelah mengandung dan malu untuk bertanggungjawab dalam tempoh sembilan bulan yang akan datang. Akhirnya umat Islam terus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan hingga menjadikan Islam terus dihina dan dipandang rendah. Selain itu, masyarakat Islam masa kini terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang melalaikan. Ada yang sibuk bersembang di laman sosial, ada yang memuat naik gambar-gambar tidak senonoh, bersembang dengan kata-kata lucah dengan alasan ingin berhibur dan memenuhkan masa. Ada pula yang terlibat ajaran sesat sehingga sanggup membunuh dan melakukan kegiatan jenayah. Sehubungan itu, masyarakat Islam diseru kembali berpegang dengan ajaran Islam dan melaksanakan segala kewajipan agama. Pelaksanaan solat lima waktu sehari semalam juga dilihat mampu menjadi benteng mencegah gejala negatif dan mungkar di kalangan umat Islam. Allah SWT berfirman yang maksudnya; "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan".(Surah al-Ankabut:45) Dalam hal ini, penulis amat menyokong keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengisytiharkan Jumaat sebagai hari kelepasan am bagi negeri itu dengan bermulanya tahun baru ini. Ia dilihat sebagai lambang keprihatinan Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri untuk melahirkan ummah yang berketerampilan dan bersahsiah unggul. Boleh jadi sebelum ini terdapat dalam kalangan pelajar yang bergegas ke sekolah ketika azan Jumaat berkumandang. Kemungkinan juga terdapat pemandu bas sekolah dan kalangan pekerja tidak menunaikan solat Jumaat kerana bimbang terlewat mahupun dilarang oleh majikan masing-masing. Akibatnya anak-anak membesar dalam keadaan sudah terbiasa meninggalkan solat ditambah pula dengan ibu bapa yang sengaja merelakannya lalu menyebabkan umat Islam terjebak melakukan perkara mungkar kerana tiada perisai solat yang mampu menghalangnya. Justeru, adalah baik sekali jika cuti pada hari Jumaat boleh turut sama diikuti oleh syarikat-syarikat swasta khususnya milik bumiputera di Johor bagi memberi kesempatan buat umat Islam melaksanakan solat yang dituntut. Soal pergi ke masjid atau tidak itu bukan isunya, apa yang penting pihak pemerintah termasuk majikan telah melaksanakan tanggungjawab dengan menyediakan ruang seluas-luasnya untuk solat sehingga ramai yang dapat melakukannya dengan sempurna. Umat Islam juga dilihat sudah jauh menyimpang daripada mencontohi akhlak Nabi SAW. Terdapat sebilangan masyarakat yang sengaja merosakkan peribadi dengan bersikap menyombong diri, enggan menerima nasihat dan tunjuk ajar yang baik, keras hati selain selalu bertindak tanpa mengikut pertimbangan akal yang waras dan ajaran Islam yang suci. Pergaulan bebas tanpa sempadan, berpeleseran ke sana ke mari, berdua-duaan, bercumbu-cumbuan di tempat sunyi semuanya bakal mengundang padah apabila terjebak melakukan perbuatan dosa yang terkutuk. Segelintir muslimah pula sudah benar-benar terkesima dengan trend pakaian masa kini, lalu seluar dan baju ketat yang menampakkan susuk badan menjadi pembalut diri. Ada pula yang sengaja berskirt pendek, menampakkan bahagian dada seolah-olah begitu anggun dan bergaya dipandang oleh orang di sekeliling mereka. Oleh sebab jauhnya umat Islam daripada ajaran Nabi Muhammad, diikuti dengan sikap buruk dan terlibat melakukan pelbagai perkara dosa, Islam terus dihina, kalimah Allah yang mulia menjadi rebutan, Nabi Muhammad menjadi bahan ejekan dan lawak jenaka, umat Islam hilang kehebatan dan nilai ketinggian sehingga kemuliaan Islam semakin tercabar. Justeru bersempena sambutan Maulud Nabi pada kali ini, umat Islam diseru untuk bangkit mempertahankan kesucian Islam dan umatnya dengan kembali berpegang dengan ajaran al-Quran dan sunah Rasul. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk masuk ke syurga dan berjaya sebagai ummah yang dihormati dan disegani melainkan mengikut segala ketetapan agama dan peraturan syariat. Usah hanya berseronok merayakan hari kelahiran baginda Nabi SAW yang tak ubah seperti sebuah pesta hari jadi lalu segala macam juadah seperti nasi beriani dan kuih-muih menjadi habuan sedangkan hati terus kosong daripada diisi dengan makanan rohani yang sangat diperlukan masa kini. Atau hanya bergelak ketawa mendengarkan ceramah agama yang tak ubah seperti menyaksikan rancangan lawak jenaka di kaca televisyen. Apa yang lebih penting ialah bagaimana setiap individu muslim dapat mempraktikkan ajaran Nabi SAW dalam kehidupan seharian. Tunjukkanlah juga rasa kasih sayang dan kecintaan yang tidak berbelah-bahagi dengan memperbanyak mengucapkan selawat dan salam sebagai tanda ingatan yang tidak putus-putus buat selama-lamanya. Kesucian Islam dipertahankan Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 13 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan kerajaan akan terus komited mempertahankan kesucian agama Islam daripada dicemari dan diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu. Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah negara Islam yang meletakkan Maqasid Syariah sebagai paksi pentadbiran negara, kerajaan mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan menobatkan syiar dan syariat Islam sebagai acuan pemerintahan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Menurut beliau, kejayaan Malaysia dalam usaha mengembangkan Islam dan mengamalkan demokrasi mendapat pengiktirafan pemimpin-pemimpin dunia, termasuk daripada pemimpin Turki yang melawat Malaysia baru-baru ini. "Saya menyeru kepada rakyat, keharmonian dan kesefahaman antara agama yang telah lama kita bina bersama harus dikekalkan. Yakinlah bahawa sikap persefahaman dan toleransi adalah tunjang kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara kita," katanya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1435H di sini hari ini. Memetik firman Allah S.W.T dalam surah al-Kahfi ayat 6, Najib berkata, al-Quran telah merakamkan betapa kerisauan, kesungguhan dan gelora kasih sayang baginda Rasulullah SAW untuk melihat setiap umat manusia dapat bernaung di bawah rahmat keimanan dan agama Islam yang suci. "Makanya, rahmat iman dan Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW ini, perlulah diteruskan dan disebarkan," kata beliau. Najib juga mengajak seluruh rakyat supaya mengamalkan pendekatan sederhana bagi memastikan keharmonian dan perpaduan yang terbina selama ini terus kekal sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. "Hakikatnya, wasatiyyah berpaksikan keadilan sosial, keunggulan atau kecemerlangan dan keseimbangan serta kesederhanaan. Wasatiyyah bukanlah bererti mundur, ambil mudah dan pendekatan ekstrem yang boleh menggugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi kepada sesebuah negara. "Justeru, wasatiyyah adalah tonggak kepada segalanya, yang merupakan penentu kemakmuran, keharmonian dan kesatuan sesebuah bangsa atau ummah," katanya. KUALA LUMPUR 13 Jan. - Cabaran yang dihadapi umat Islam untuk mengekalkan kemuliaan agama suci itu yang kini diancam pelbagai dugaan daripada pihak tidak bertanggungjawab hanya dapat diatasi dengan perpaduan, keimanan serta ketakwaan kepada Allah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, banyak kekeliruan mengenai Islam termasuk dalam hal-hal berkaitan akidah yang tercetus sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam kini perlu menjadi iktibar semua pihak. Beliau berkata, jika mahu berjaya dan dihormati, umat Islam khususnya di Malaysia mesti memiliki kekuatan iman, takwa, ekonomi, teknologi, sosial dan politik selain perlu mencontohi semua sikap terpuji Rasulullah SAW ketika baginda berhadapan dengan cabaran. “Usaha ini tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasulullah sendiri pernah berjaya membimbing masyarakat jahiliah sehingga menjadi umat yang terbaik," katanya dalam kenyataan sempena perutusan sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, beliau berkeyakinan usaha mengekalkan kemuliaan agama dan mengangkat martabat umat Islam itu akan berjaya kerana resipinya sudah diturunkan oleh Allah menerusi wahyunya kepada Nabi Muhammad yang sentiasa menepati kehendak zaman. Dalam pada itu, sempena Maulidur Rasul, Timbalan Perdana Menteri mengajak semua umat Islam di negara ini menjadikan Nabi Muhammad sebagai panduan hidup terutamanya dalam memelihara perpaduan dan memastikan Islam menjadi agama yang dihormati. “Jika kita sedar tanggungjawab sebagai umat Nabi Muhammad, maka tentu sekali sambutan Maulidur Rasul akan menjadi lebih bermakna dan untuk itu, marilah kita melipatgandakan usaha menjadi umat yang terbaik dan adil dalam apa jua urusan kita laksanakan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140114/dn_01/Iman-takwa-kekalkan-kemuliaan-Islam---TPM#ixzz2qKajk2JR © Utusan Melayu (M) Bhd Iman, takwa kekalkan kemuliaan Islam - TPM KUALA LUMPUR 13 Jan. - Cabaran yang dihadapi umat Islam untuk mengekalkan kemuliaan agama suci itu yang kini diancam pelbagai dugaan daripada pihak tidak bertanggungjawab hanya dapat diatasi dengan perpaduan, keimanan serta ketakwaan kepada Allah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, banyak kekeliruan mengenai Islam termasuk dalam hal-hal berkaitan akidah yang tercetus sehingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam kini perlu menjadi iktibar semua pihak. Beliau berkata, jika mahu berjaya dan dihormati, umat Islam khususnya di Malaysia mesti memiliki kekuatan iman, takwa, ekonomi, teknologi, sosial dan politik selain perlu mencontohi semua sikap terpuji Rasulullah SAW ketika baginda berhadapan dengan cabaran. “Usaha ini tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasulullah sendiri pernah berjaya membimbing masyarakat jahiliah sehingga menjadi umat yang terbaik," katanya dalam kenyataan sempena perutusan sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, beliau berkeyakinan usaha mengekalkan kemuliaan agama dan mengangkat martabat umat Islam itu akan berjaya kerana resipinya sudah diturunkan oleh Allah menerusi wahyunya kepada Nabi Muhammad yang sentiasa menepati kehendak zaman. Dalam pada itu, sempena Maulidur Rasul, Timbalan Perdana Menteri mengajak semua umat Islam di negara ini menjadikan Nabi Muhammad sebagai panduan hidup terutamanya dalam memelihara perpaduan dan memastikan Islam menjadi agama yang dihormati. “Jika kita sedar tanggungjawab sebagai umat Nabi Muhammad, maka tentu sekali sambutan Maulidur Rasul akan menjadi lebih bermakna dan untuk itu, marilah kita melipatgandakan usaha menjadi umat yang terbaik dan adil dalam apa jua urusan kita laksanakan," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140114/dn_01/Iman-takwa-kekalkan-kemuliaan-Islam---TPM#ixzz2qKajk2JR © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.