Pages

Subscribe:

12 Februari, 2011

[hang nadim] Selesaikan kemelut dalaman.....

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my












NAJIB Tun Razak semasa sidang media di majlis Perjumpaan Khas Presiden UMNO dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. Bersamanya ialah Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua bahagian yang menghadapi masalah dalaman khususnya membabitkan perselisihan antara pemimpin supaya mengatasi kemelut yang berlaku itu dengan segera.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan kepimpinan di peringkat bahagian menjadi lebih padu.

Sambil mengakui ia tidak boleh diselesaikan 100 peratus, beliau berkata, sekurang-kurangnya usahanya memberi nasihat kepada bahagian terlibat boleh meredakan keadaan sekali gus tidak menjejaskan kekuatan serta kemampuan terutama dalam konteks kepimpinan.

“Kita telah mendengar masalah dalaman yang dihadapi dan kita telah memberi nasihat apa yang patut mereka lakukan supaya kekuatan kita lebih padu khususnya dari segi kepimpinan di peringkat bahagian

“Masalah seperti ini di mana-manapun berlaku tetapi tidaklah sampai parti kita rapuh seperti mana sesetengah parti lain. Tidak pernah ada orang meninggalkan UMNO. Oleh itu, sekiranya timbul masalah atau perselisihan antara pemimpin peringkat bahagian, kita akan cuba betulkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 118 ketua UMNO bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Kesemua 118 ketua UMNO bahagian yang hadir itu adalah terdiri daripada mereka yang bukan menteri, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri atau ahli Parlimen

Mengulas lanjut, Najib berkata, secara realitinya dalam sistem demokrasi, persaingan tidak dapat dielakkan, namun ia perlu diuruskan dengan baik supaya setiap masalah yang timbul berjaya diminimumkan.

“Paling tidak melalui langkah yang kita ambil ini sekurang-kurangnya tidak menjejaskan kelicinan pentadbiran dan pengurusan peringkat bahagian,” katanya lagi.

Mengenai isu lain yang turut ditimbulkan di dalam pertemuan itu beliau berkata, kebanyakan ketua UMNO bahagian menyentuh masalah rakyat khususnya projek-projek melibatkan kesejahteraan.

Beliau berkata, mereka meminta kerajaan mengambil berat tentang isu tersebut supaya kehidupan rakyat tidak terjejas.

“Saya telah mengambil maklum tentang perkara itu dan saya telah meneliti kesemua permintaan mereka. Ada di antaranya yang membawa memorandum. Dalam hal ini saya beritahu mereka mana yang boleh diselesaikan masa pendek, kita akan selesaikan.

“Mana yang memakan masa lebih panjang, kita akan selesaikan ikut kemampuan kita. Bukan semua masalah dan tuntutan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat sebab kita tidak ada kemampuan kewangan untuk selesaikan semua masalah sekali gus,” katanya.

Sungguhpun begitu beliau berkata, segala masalah dan kehendak rakyat tetap menjadi keutamaan kepada kerajaan untuk diselesaikan supaya kepuasan mereka dapat dipenuhi.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menjelaskan, program hari ini merupakan salah satu daripada proses Program Transformasi Politik (PTP).

“Sebelum ini saya telah bertemu dengan Ahli Parlimen BN dan kemudian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak dan kali ini dengan ketua-ketua UMNO bahagian. Saya dapati sesi seperti ini sangat berguna walaupun memakan masa yang sangat panjang” ujarnya.

Melayu dalam dilema besar – Dr. M
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
dan MUHAMAD ZAID ADNAN

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Orang Melayu hari ini berada dalam dilema besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang lagi orang Melayu tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan mengundur diri kononnya dengan cara itu mudah untuk mendapatkan keamanan.

Malah katanya, sehingga pada satu tahap mereka tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu.

Menurutnya, beliau sendiri menjadi sasaran kritikan termasuk oleh akhbar-akhbar bahasa ibunda walaupun apa yang dinyatakannya mengenai orang Melayu adalah benar.

“Kita selalunya malu alah kepada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

“Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Aspirasi, Mohd. Shahar Abdullah.

Dr. Mahathir berkata, dilema yang dihadapi itu berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang tidak menggunakan peluang yang ada untuk mencapai kemajuan.

Beliau memberi contoh, sekiranya orang Melayu benar-benar menggunakan peluang daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), kedudukan ekonomi mereka sebenarnya boleh melebihi 30 peratus seperti yang diperuntukkan.

Tambahnya, orang Melayu juga terlalu mengikut nafsu sehingga ada yang sanggup memecahbelahkan kaum sendiri dan menggadai maruah bangsa semata-mata sikap tamak dan gila untuk berkuasa.

Keadaan itu kata beliau, menyebabkan orang Melayu menjadi lemah dan terpaksa bergantung kepada kaum minoriti walaupun pada hakikatnya Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini.

“Apabila orang Melayu mula bergantung kepada kaum minoriti, maka kita terpaksa menyerahkan apa yang sepatutnya menjadi hak orang Melayu. Inilah sebenarnya dilema kita,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, sekiranya orang Melayu tidak sanggup menukar nilai hidup yang dipegang ketika ini, mereka tidak mungkin mencapai apa jua matlamat dan menjadi bangsa termundur di negara ini.

Kerana itu kata beliau, untuk menjadi ‘tuan’ dalam erti kata sebenar, orang Melayu perlu menukar nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan, menguasai ilmu dan kemahiran serta berkuasa dari sudut ekonomi.

'Dilema Melayu belum berakhir'
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2011/02/13
Kedudukan, hak istimewa terhakis jika tidak berani bersuara: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Orang Melayu kini berada dalam dilema apabila mereka tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan dan hak Melayu kerana boleh dianggap sebagai rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih malang lagi, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur demi keamanan. “Kita selalunya berdiam diri dan malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar. Ini merugikan kerana kita bukan merampas hak orang lain.

“Jika kita terus berpegang kepada nilai itu, maka semakin lama kedudukan kita akan terhakis. Selalunya hendak cakap malu, tidak cakap kalah.

“Akan tiba pada satu tahap nanti kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah adalah pendatang sama seperti pendatang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (ASPIRASI) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Dr Mahathir turut mengingatkan, masa depan orang Melayu di negara ini boleh menjadi buruk sekiranya masalah perpecahan berikutan perbezaan fahaman politik tidak dapat diselesaikan.

“Hakikatnya perpecahan orang Melayu kepada tiga kumpulan hanya akan menjadikan kaum itu kian lemah sehinggakan ada pada satu peringkat kaum Melayu sanggup memberi apa saja sama ada hak atau tidak kepada pihak lain bagi meraih sokongan.

“Lebih malang lagi, orang Melayu terpaksa berhadapan dengan risiko kehilangan kuasa mereka kerana pada masa itu pihak lain akan menguasai negara walaupun jawatan Perdana Menteri serta menteri masih berada di tangan kaum itu,” katanya.

Dr Mahathir turut mengakui ada orang Melayu yang sengaja menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mendapatkan kekayaan dan kemewahan segera tetapi mahu supaya dasar itu tetap diteruskan.

Beliau berkata, tindak tanduk golongan itu menyebabkan sasaran Bumiputera mendapat 30 peratus daripada hasil kekayaan negara tidak akan tercapai sebaliknya memusnahkan segala usaha kerajaan memajukan Melayu.

“Saya malu...saya sering mempertahankan DEB tetapi jika Melayu menggunakan segala peluang yang diwujudkan dalam DEB, hari ini kita bukan saja mendapat 30 peratus kekayaan negara, malah, lebih dari itu.

“Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. Sepatutnya jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi,” katanya.

Pemimpin Pas sanggup gadai akidah

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tindakan segelintir pemimpin Pas mengkritik Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang bersedia membantu pihak berkuasa membanteras maksiat pada Hari Kekasih, 14 Februari ini memperlihatkan bahawa mereka sanggup menggadai akidah kerana gilakan kuasa.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, suara-suara 'dajal kecil' itu senada dengan golongan bukan Islam termasuk sekutu Pas iaitu DAP yang turut lantang mengkritik pendirian Nasrudin.

Menurut beliau, tidak ketinggalan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan Gerakan yang turut menghentam Nasrudin malah kumpulan 'nyamuk' seperti SiS Forum Sdn. Bhd.

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan siri penerangan tentang maksiat pada Hari Kekasih dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri telah diarah menjalankan operasi mencegah maksiat.

"Saranan sama disuarakan oleh Nasrudin yang menyeru supaya penerangan dan pencegahan maksiat diadakan pada hari tersebut. Bahkan beliau menyatakan Dewan Pemuda Pas sanggup membantu pihak berkuasa negeri-negeri untuk laksanakan tugas tersebut.

"Namun malangnya, ada antara kita yang menjadi kelkatu dan buta terhadap agamanya sendiri. Pendirian Nasrudin dikritik oleh segelintir pemimpin Pas sendiri, malah ada yang mengherdik kerana tindakannya dikatakan merugikan Pas dalam usaha mendapat undian bukan Islam pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Khutbah: Al-Valantino menerusi blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.

Jelas Zulkifli, ada juga suara sumbang yang mendakwa Nasrudin terlalu jumud dan buta politik selain meminta beliau menumpukan kepada soal politik kepartian serta menjaga kepentingan parti untuk pilihan raya akan datang.

"Begitu ghairah mereka gilakan kuasa sehingga akidah digadaikan," ujarnya.

Katanya, tahun ini sambutan Hari Kekasih jatuh sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari ini.

"Jadi, janganlah kita benarkan maksiat mencemari sambutan memperingati kelahiran Rasulullah. Kita mesti tetap dan berpegang kepada syariat Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan, celaan dan kutukan," tambahnya



Harapan melihat penyatuan antara UMNO-Pas sukar - Mohd. Isa












DUA pemimpin politik yang berbeza, Isa Samad bersalaman dengan Mustafa Ali sambil diperhatikan oleh Mohd. Shahar Abdullah (kiri) dan Nordin Kardi (kanan) di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Hasrat untuk melihat UMNO dan Pas bersatu adalah sesuatu yang sukar kerana realiti politik yang didepani oleh kedua-dua parti itu dalam suasana politik negara ketika ini.

Begitu pun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, UMNO dan Pas masih boleh bekerjasama serta senada dalam mempertahankan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam seperti terkandung dalam Perlembagaan.

''Jika itu dapat dilakukan, ia sudah cukup untuk menjamin kepentingan dan masa depan orang Melayu dan Islam serta dalam masa sama kita juga tidak mengetepikan hak kaum lain yang juga dijamin oleh Perlembagaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi diskusi politik bertajuk 'Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan' pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Diskusi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi itu turut membariskan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Johan Jaaffar sebagai ahli panel.

Sementara itu, Mustafa berkata, Pas juga melihat adalah sesuatu yang sukar untuk bergabung dengan UMNO mengambil kira sejarah hubungan kedua-dua parti itu terutama dalam kerjasama di Kelantan pada penghujung 70-an.

Begitu pun kata beliau, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam itu masih boleh dipertahankan dari sudut kapasiti parti masing-masing.

''Malah sekiranya dasar mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Islam itu dibuat oleh UMNO sekali pun, kami akan menyokongnya,'' katanya.

Halang Anwar ke luar negara

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.

Ummi Hafilda Ali berkata, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada Anwar untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah untuk mendapatkan simpati daripada negara lain.

"Kenapa wujud pilih kasih? Anwar dibiarkan sesuka hati keluar masuk negara ini dan memberi ceramah sedangkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dihalang daripada membuat sebarang kenyataan?

"Anwar juga terikat dalam proses perbicaraan liwat namun dibiarkan bebas. Anwar diberikan peluang untuk berceramah mengutuk individu, memutar belit dan mengadakan cerita untuk menghuru-harakan rakyat," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ummi Hafilda, setiap pergerakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu harus dipantau dan pasport antarabangsanya perlu dirampas.

"Kerajaan perlu tegas dan tidak membenarkan beliau mendapat permit untuk berceramah tanpa ada sekatan. Sedangkan apa yang dikatakan olehnya hanya pembohongan dan fitnah melampau yang hanya akan meracuni pemikiran rakyat dan menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kita tak mahu negara ini menjadi seperti Mesir yang porak-peranda disebabkan mainan politik kotor Anwar," katanya.

Sementara itu, Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com bertajuk 14 Februari: Anwar Rancang Insiden, percaya beliau pasti berusaha meloloskan diri daripada perbicaraan kes liwat yang akan bersambung pada 14 Februari ini.

Blog itu juga mendakwa Anwar merancang sesuatu untuk mendapat simpati rakyat.

Anwar juga, kata blog itu, memecahkan rekod dunia apabila berjaya menangguhkan kes pendakwaan liwatnya sebanyak 50 kali sepanjang tempoh tiga tahun lalu.



Nukilan hati hang nadim
Pernah di anggap orang luar ketika memohon pindah dari bahagian kebahagian lain
2 tahun berlarutan apakah terlalu susah pindah kerana saya mohon untuk balik
kekampung kelahiran saya sendiri inilah kelemahan Politik Melayu takut orang
yang di anggap akan menjatuhkan mereka dan Alhamdulilah saya pindah ketempat
atau cawangan berhampiran......Sikap inilah Politik dalam kotak dikeluarkan
perkara ini akan merobohkan Politik Melayu.....Takut kepada bayang bayang
sendiri kerana mereka bagai katak bawah tempurung mencari kepentingan diri
tanpa memikirkan kemajuan Bangsa dan Negara mereka tahu mereka lemah dalam
kepimpinan kurang Ilmu Politik.....kalau saya bukan bersifat Patriotik Sudah
lama saya jadi Calun Pembangkang atau bebas.....kikiskan sifat kebudak-budakan
dalam Parti perjuangan bukan mencari kepentingan diri tidak pernah menentang
mana mana ADUN atau pemimpin Parti.....inilah yang berlaku dalam Politik
Melayu.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.