Pages

Subscribe:

23 Februari, 2011

[hang nadim] Tindakan tegas jika sengaja reka cerita - UM.....




Tindakan tegas jika sengaja reka cerita - UM

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Pihak pengurusan Universiti Malaya (UM) tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas calon promahasiswa, Masturah Abu Bakar sekiranya dakwaan dia diculik sengaja direka-reka bagi meraih undi pada pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), baru-baru ini.

Naib Canselor universiti itu, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, buat masa ini, beliau ingin bertemu dengan Masturah bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya cuba mendapatkan Masturah dan keluarganya namun gagal dihubungi.

"Jika terbukti calon itu mereka-reka berita kehilangannya itu, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib kerana ia memalukan pihak universiti.

"Apa yang kita mahu sekarang adalah pelajar itu perlu mengemukakan jawapan berhubung kejadian tersebut untuk dibawa ke jawatankuasa tatatertib UM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Masturah, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM dilaporkan hilang Jumaat lalu selepas membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam ketika berkempen untuk pilihan raya itu.

Selepas 30 jam dikatakan hilang, pelajar itu ditemui semula di Masjid Teras Hernang, Bangi tengah malam Ahad lalu.

Masturah kemudian muncul antara calon promahasiswa yang menang dalam pemilihan kelmarin.

Ibu Masturah, Mariam Abdul Rashid, 50, yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut mengadakan solat hajat yang diikuti dengan ceramah berbau kempen di Dewan Tunku Canselor ketika proses pemilihan MPPUM berlangsung di universiti berkenaan.

Ditanya sama ada pihaknya akan menggugurkan kemenangan Masturah kelmarin, Ghauth tidak menolak berbuat demikian jika terbukti calon itu mereka-reka kejadian kehilangan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, ia hanya akan dilaksanakan selepas beliau bertemu sendiri dengan Masturah untuk mengetahui kejadian sebenar selain merujuk kepada pegawai undang-undang UM.

Pelajar demonstrasi 17 jam
Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kekecohan berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini apabila sekumpulan 200 pelajar promahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) membatalkan kemenangan 11 calon.

Kumpulan pelajar itu dianggotai gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UPM.

Mereka mula berkumpul seawal pukul 10.30 malam tadi bertujuan meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM mengenai pembatalan kemenangan calon terbabit.

Namun, ia kemudian menjadi tidak terkawal pada pukul 3 petang ini apabila pengawal keselamatan dan kakitangan HEP cuba menghalang mereka memasuki pejabat pentadbiran sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan mahasiswa tersebut.

Keadaan bertambah gawat apabila berlaku tolak-menolak sehingga tercetus sedikit pergelutan dengan pengawal keselamatan.

Akibatnya pintu kaca untuk ke bangunan pentadbiran HEP itu pecah dirempuh dalam keadaan kelam-kabut dan berasak-asak itu.

Tiga kakitangan UPM termasuk dua pengawal keselamatannya cedera parah di tangan manakala beberapa pelajar mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamarudi mendakwa demonstrasi itu diadakan berikutan tindakan universiti membatalkan kemenangan 11 calon mereka.

"Kami berkumpul sejak 10.30 malam semalam selepas dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut di hadapan bangunan HEP.

"Bagaimanapun kami kecewa apabila Timbalan Naib Canselor tidak mahu memberikan penjelasan mengenai pembatalan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias ketika dihubungi malam ini mengesahkan pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.30 petang ini oleh dua pegawai keselamatan UPM.

Menurutnya, polis belum membuat tangkapan dan akan menyiasat kumpulan pelajar yang menyertai demonstrasi itu.

Pencabulan demokrasi pada pilihan MPP

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia mendakwa terdapat pencabulan demokrasi dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Pilihan Raya Kampus 2010/2011.

Presidennya, Mohd. Shahar Abdullah, 30, berkata, pencabulan itu berlaku khususnya di Universiti Malaya (UM) kerana terdapat campur tangan daripada parti politik ketika kempen pilihan raya kampus berjalan baru-baru ini.

"Pas misalnya terang-terangan campur tangan dalam proses pilihan raya di UM dalam isu kehilangan calon wanita daripada Kumpulan promahasiwa, Masturah Abu Bakar.

"Ibunya, Mariam Abdul Rashid yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Selangor mengadakan solat hajat diikuti ceramah berbau kempen di Dewan Tunku Canselor ketika proses pemilihan berlangsung di universiti itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Masturah dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, namun ditemui 30 jam kemudian dalam keadaan selamat tetapi lemah dan enggan bercakap.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang, Sabtu lalu sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 12.20 tengah malam hari yang sama.

Sehubungan itu, persatuan tersebut yang terdiri daripada bekas-bekas MPP sejak 2000 hingga 2010, mendesak Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan keputusan dan mengadakan semula pilihan raya kampus di semua IPT.

"Ini bukan pilihan raya umum, seharusnya tidak perlu wujud sebarang campur tangan daripada mana-mana parti politik dan sepatutnya mahasiswa diberi kebebasan bagi menggerakkan agenda dan masa depan mereka sendiri," katanya.

Shahar turut menggesa pihak polis menyiasat laporan kehilangan Masturah secara terperinci.

"Walaupun Masturah telah ditemui, kami mahukan kebenaran, adakah benar-benar dia diculik?" katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM, Mohd. Asri Zulkifli meminta tindakan tegas dikenakan terhadap Masturah Abu Bakar dan kumpulan promahasiswa kerana membelakangkan peraturan universiti.

UPM campus elections: Students, security personnel trade blows
By RICHARD LIM and PRIYA KULASAGARAN

SERDANG: Universiti Putra Malaysia students and security personnel traded blows at the campus grounds about 3.45pm on Wednesday.

The altercation came about after the Pro-Mahasiswa group continued to insist that the university's Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni) Prof Dr Fauzi Ramlan apologise to them for disqualifying 10 of the 11 Pro-Mahasiswa candidates, who had won in the UPM campus elections.

A glass door at the main administrative building was smashed in the incident.

About 20 minutes later, a scuffle broke out between a group of Pro-Mahasiswa students and their Pro-Aspirasi counterparts.

Serdang OCPD Supt Abdul Razak, who confirmed the incident, said two security guards suffered minor injuries when the glass door was smashed.

"The guards were sent to the Serdang Hospital for treatment while a police report on the incident was lodged by UPM administrative staff.

"We will be going through the video captured by the university’s CCTV to identify the people involved in the scuffle," he said when contacted.

The 10 Pro-Mahasiswa candidates were disqualified on Tuesday night for allegedly campaigning as a group but were reinstated on Wednesday morning.

At 7am on Wednesday, five representatives from the Pro-Mahasiswa group had a meeting with UPM Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi and then with Prof Dr Fauzi.

At about 12.30pm, the four representatives who met with Prof Dr Fauzi emerged from the building and said the objections against the 10 candidates had been overruled and they had been reinstated.

But the students did not disperse and more students from other public universities started arriving to join their UPM counterparts.

These students took turns to speak out against UPM’s student affairs department.

Pemilihan MPP UPM kecoh
Oleh Norakmah Mat Youb, Nik Sukry Ramli dan Safeek Affendy Razali

2011/02/24
SERDANG: Tiga pelajar dan tiga kakitangan keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) keselamatan cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011, di universiti itu semalam.

Insiden bermula jam 3.30 petang selepas bekas pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M), Mohd Lukman Al Hakim mendakwa dikasari selepas perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang juga Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Pro Dr Mohd Fauzi Ramlan. Dalam kejadian itu, lebih 60 pelajar Pro-M dilaporkan merempuh pintu kaca di bangunan pentadbiran universiti itu hingga pecah selepas Mohd Lukman mendakwa dikasari ketika mengadakan perbincangan bersama Dr Mohd Fauzi

Lukman dikatakan dikerumuni tiga hingga empat kakitangan keselamatan universiti ketika cuba membawa keluar fail yang dipercayai mengandungi bukti penyelewengan yang berlaku pada proses bantahan yang dikemukakan oleh kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A).

Melihat Lukman ditolak, penyokong Pro-M mula bertindak agresif, namun keadaan dilaporkan berjaya dikawal selepas kehadiran polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Razak Elias, berkata polis berjaya mengarahkan penyokong Pro-M agar bersabar dan mengikut saluran betul untuk membuat bantahan.

“Tiada tangkapan dilakukan, namun polis terpaksa meminta bantuan Unit Forensik Polis bagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian, Namun, kami berpuas-hati dengan tindakan penyokong Pro-M dan Pro-A yang mematuhi arahan polis supaya bersurai,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata pihaknya tidak menghalang pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan mengadakan demonstrasi asalkan tidak melampaui batas.

“Sepatutnya semua yang menjadi calon menghormati keputusan dan boleh membuat rayuan atau bantahan menggunakan saluran disediakan. Mereka memang berhak mengadakan demonstrasi jika mahu, tapi kena ada batasan. Kami tidak berniat menghalang pelajar meluahkan pendapat dan suara mereka sentiasa diambil kira. Bagi saya, apa yang berlaku membuktikan proses demokrasi berjalan lancar,” katanya.

Polis larang HINDRAF berhimpun Ahad ini

2011/02/24
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran tegas kepada pertubuhan haram HINDRAF supaya tidak meneruskan rancangannya mengadakan perhimpunan dinamakan Solidarity Membantah Perkauman UMNO di sini, Ahad ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata tindakan tegas akan dikenakan ke atas pemimpin dan penyokong pertubuhan itu sekiranya mereka berdegil dengan meneruskan perhimpunan berkenaan. “Saya menasihatkan penganjur hentikan rancangan mereka mengadakan perhimpunan itu yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan orang ramai terutama penyokong pertubuhan berkenaan juga diingatkan tidak menyertainya.
“Jika mereka teruskan juga, polis akan mengambil tindakan mengarah mereka bersurai dan jika enggan berbuat demikian, kita akan menahan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat laporan polis terhadap HINDRAF kerana cuba memburukkan negara dengan menuduh kerajaan merancang mengguna keganasan, termasuk samseng upahan bagi menggagalkan perhimpunan kumpulan itu.

Laporan itu dibuat Presidennya, Datuk Ibrahim Ali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Mengulas perkembangan terbaru siasatan ke atas lebih 50 pemimpin dan penyokong Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan ketika cuba mengadakan perhimpunan di beberapa negeri bagi membantah penggunaan novel Interlok, minggu lalu, Khalid berkata siasatan masih diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.