Pages

Subscribe:

02 Mac, 2011

[hang nadim] Interlok dan kasta - Kasta 1.....

ARKIB : 16/01/2011
Oleh AWANG SELAMAT
Awang tersentuh membaca laporan eksklusif Utusan Malaysia terbitan Selasa lalu dengan memaparkan gambar Sasterawan Negara, Abdullah Hussain mengesat air mata.

Abdullah, 91 yang kini uzur tidak dapat menahan kesedihan apabila bercakap tentang novel Interlok, karya beliau yang mencetuskan kontroversi. Interlok telah diterbitkan 40 tahun lalu dan novel itu dijadikan buku teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia bermula tahun lalu. Bagaimanapun ia menerima bantahan daripada pihak-pihak tertentu kaum India kerana penggunaan perkataan paria.

Kemuncaknya novel itu turut dibakar oleh sekumpulan penduduk kaum India di Kelang baru-baru ini. Perbuatan tersebut mengundang kemarahan banyak pihak yang menyifatkannya sebagai biadap. Awang tidak berminat untuk memanaskan isu ini kerana dua faktor.

Pertama, bantahan terhadap Interlok bukan mencerminkan sikap, pendirian dan pemikiran keseluruhan masyarakat India. Ramai juga tokoh, ahli akademik dan pemimpin NGO India tidak melihat Interlok menyentuh sensiviti kaum itu. Di antara mereka ialah Persatuan Penaja Dinamik India 1Malaysia, S. Kumaravel; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kemasyarakatan USM, Prof. Madya Dr. Siva Murugan Pandian; Umapagan Ampikaipan dan Baradan Kuppusamy. Beberapa tokoh kaum Cina antaranya Presiden MCA,

Chua Soi Lek dan penulis terkemuka, Lim Swee Tin turut mempertahankan Interlok kerana ia bukan suatu penghinaan kaum. Interlok adalah novel yang memperihalkan pancaroba dan persepaduan sesama kaum di Tanah Melayu ketika zaman penjajahan British pada separuh awal abad ke-20 dan sumbangan mereka kepada negara Malaysia yang merdeka. Ia mengisahkan kehidupan kaum Melayu, Cina dan India yang diceritakan dalam bentuk mozaik budaya tetapi akhirnya menjurus kepada penyatuan.

Kedua, Awang yakin kerajaan terutama Kementerian Pelajaran tidak akan tunduk dengan provokasi dan ugutan segelintir pihak. Gelombang sokongan pelbagai pihak terutama NGO terhadap Interlok, jangan diambil mudah. Ia adalah isyarat jelas mahukan karya Sasterawan Negara itu dipertahankan. Awang percaya isu tersebut mampu diselesaikan menerusi dialog pihak tertentu dengan Kementerian Pelajaran seperti yang diputuskan. Namun semua pihak perlu berlapang dada dan menerima realiti tanpa dibuai sentimen perkauman sempit. Janganlah korbankan karya sastera yang murni hanya kerana politik.

Kasta 1

Kontroversi novel Interlok mempunyai hikmah tersendiri. Selepas isu itu panas, karya kesusasteraan Melayu bagaikan mendapat perhatian baru. Apatah lagi Interlok. Lagi dibakar, dipijak dan dibantah, lagi ramai kini mencari novel tersebut sehingga khabarnya ia terpaksa dicetak semula.

Tetapi hikmah lebih besar ialah perlunya renungan semula terhadap isu kasta di kalangan masyarakat India di negara ini. Awang menerima SMS daripada seorang sahabat kaum India yang menulis: ‘‘Mungkin istilah paria itu sensitif bagi kebanyakan orang India. Baguslah begitu jika kita (kaum India) sensitif tetapi sedarkah betapa masyarakat India secara realitinya dipisahkan oleh sistem kasta.”

Rupa-rupanya isu kasta dalam diam membelenggu ramai penduduk kaum India. Harapan mereka agar sistem itu akan terhapus, dan usaha ke arah itu perlu bermula daripada sekarang.

Menurut sahabat Awang itu, kini terdapat banyak pertubuhan kasta yang didaftarkan di negara ini. Malah segala aktiviti pertubuhan kasta dilaporkan dengan terbuka oleh akhbar Tamil saban hari. Peliknya akhbar Tamil yang sama kelihatan ‘memperjuangkan’ kepentingan kasta menerusi kemelut Interlok sedangkan mereka sendiri yang memberi ruang untuk memisahkan jurang antara masyarakat India melalui penyebaran berita pertubuhan kasta-kasta tertentu. Dalam politik, kasta masih menjadi percaturan utama di kalangan pemimpin politik. Selepas pemecatan mendiang Tan Sri M.G Pandithan, berapa ramai pemimpin kasta bawahan yang berjaya diberi peluang dalam kepimpinan tertinggi MIC?

Ini semua disebabkan ketaksuban kepada amalan kasta. Berapa ramai pula pemimpin yang menggunakan nama kasta di belakang nama mereka? Kalau mahu menghapuskan secara menyeluruh - bangkitlah untuk menghapuskan semua pertubuhan kasta di negara ini. Jangan hanya pandai menuding jari kepada Interlok.

Wednesday, 12 January 2011
Fahami makna `pariah' menerusi blog A.Kadir Jasin
Saya cukup teroja membaca catatan Datuk A. Kadir Jasin dalam entri terbarunya blognya hari ini yang bertajuk "Jangan Sauberungkan Interlok Kerana Jahil".

Huraiannya yang saya kira cukup mendalam itu perlu dibaca oleh pihak-pihak yang membantah novel itu dijadikan komponen teks sasatera Melayu tingkatan lima atau untuk peperiksaan sijil pelajaran malaysia (SPM). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Murugiah pun saya kira elok juga membacanya.

Saya percaya ramai yang belum tahu atau langsung tidak tahu mengenai sejarah atau susur galur lahirnya istilah `pariah' yang dikatakan sangat sensitif kepada orang India beragama hindu itu.

Terima kasih Datuk kerana menyebarkan `info' yang berfaedah kepada rakyat dan sebahagian pemimpin parti politik Malaysia.

Saturday, 29 January 2011
Akhirnya INTERLOK.......
Akhirnya kerajaan mengambil keputusan mengekalkan penggunaan novel INTERLOK hasil karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain , dengan beberapa pindaan.

Apakah keputusan kerajaan itu kerana berdasarkan nilai sebenar mutu penulisannya sebagai `hasil sastera Melayu' atau kerana ingin menjaga hati Abdullah sendiri yang sudah pun kini berusia lebih 80 tahun.

Atau kerana kerajaan nak jaga hati pihak-pihak lain yang mendesak supaya novel itu disingkirkan dari penggunaan sebagai teks sastera bahasa Melayu tingkatan lima sekolah menengah atau dengan pilihan jika nak guna juga, pinda pada mana-mana yang `tak sesuai'.

Jadi tindakan yang dipilih ialah supaya dapat diwujudkan suasana `menang - menang' kepada semua pihak. Namun tindakan itu mungkin sesuai dari segi kepentingan politik semasa . Tapi dari segi lain seperti kemanusiaan termasuk menjaga hati Abdullah sebagai seseorang sasterawan dan telah lanjut usia pula bagaimana ?

Isu INTERLOK ini apabila ia dicetuskan kelihatan seolah-olah cuba meletakkan kerajaan , terutama kepimpinan kementerian pelajaran di persimpangan `sukar' antara kepentingan politik dan sastera negara / bangsa.

Bornbaby posted at 5-10-2010 09:51

AZMIN ALI Panggil Kaum India Pariah
[url=http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/pakatan-rakyat/11108-youre-a-racist-jenapala-tells-azmin]You're a racist, Jenapala tells Azmin[/url]
[youtube]G6OZ2a7JBx0[/youtube]

PETALING JAYA: PKR deputy presidency hopeful PS Jenapala today called vice-president Azmin Ali a "racist" who is unfit to be elected as the party's deputy president.

[b]"A few years ago, he (Azmin) called N Gopalakrishnan a 'pariah' at a supreme council meeting at the party headquarters here," Jenapala told a press conference here.[/b]

He demanded Azmin publicly apologise to all Malaysian Indians for what he said.

"We will never forget what he said,” said Jenapala, a former PKR deputy secretary-general.

He said those present at the supreme council meeting who heard what Azmin said were blogger Raja Petra Kamaruddin, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, former secretary-general Mohd Anuar Mohd Tahir and human rights activist Irene Fernandez.

However, Jenapala said he was not in the room when Azmin made the derogatory remark.

When contacted, Gopalakrishnan refused to comment. Fernandez said she could not remember but doubted that Azmin had uttered such a remark as he was a "credible" leader.

"What he said was something very disgraceful for a leader, especially one that aspires to be deputy president, and possibly a deputy prime minister later," said Jenapala.

On his purported sacking, he said the party has not provided any proof until today.

He also said he has received two nominations from two divisions in Sabah, which qualifies him to contest the deputy presidential post.

"Now that I qualify, what is PKR's stand? The party should do what's right... apologise, withdraw my 'sacking' and send me a consent letter for me to contest. If not, I will go to every member and explain what the party did to me," he said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.