Pages

Subscribe:

09 Mac, 2011

[hang nadim] Interlok..... kenapa kebenaran di pertikai.....?????

4 sasterawan pertahan Interlok
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/03/09
Teks sastera bukan dokumen rasmi pemerintah perlu dirapi atau diperindah
KUALA LUMPUR: Empat Sasterawan Negara mempertahankan novel Interlok yang menerima bantahan terutama oleh kaum India sehingga dijadikan isu politik dengan menegaskan teks sastera tidak boleh disamakan dengan teks politik, sejarah atau geografi. Mereka berpendapat, ini kerana hasil sastera adalah mengenai jiwa, perasaan, nilai serta kepentingan dalam konteks zaman dan sejarah.

Selain itu, teks sastera bukan dokumen rasmi pemerintah yang perlu dirapikan atau diperindahkan sebelum disebar kepada orang ramai kerana ia dihasilkan berdasarkan hakikat kehidupan yang tidak semuanya rapi dan cantik.

Perkara itu ditegaskan Profesor Dr Tan Sri Muhammad Salleh, Datuk Dr Anwar Ridhwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Tan Sri Noordin Hassan dalam kenyataan media bersama yang diedarkan semalam.

“Marilah kita rakyat Malaysia, membaca sastera dari pendekatan sastera dan menghormatinya secara wajar dan pintar, supaya dapat kita kutip pemikiran dan kearifan sasterawan kita.

“Benarkan penulis kita melukis kenyataan Malaysia, walau betapa pun tidak manis kerana mereka juga berfikir bagi pihak kita dengan sudut pandangan mereka sendiri, yang walau pun berlainan, masih diperlukan di negara yang demokratis, yang memberi kebebasan kepada sasterawan untuk menulis, berfikir dan berpendirian,” kata kenyataan itu yang mempertahankan karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein.
Kontroversi timbul selepas Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) Tingkatan Lima bermula tahun ini kerana didakwa mempunyai perkataan yang menyinggung perasaan kaum India.

Beberapa pertubuhan mewakili masyarakat India termasuk MIC menggesa supaya buku itu ditarik balik dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran bagi mencari penyelesaian.

Januari lalu, kerajaan memutuskan membuat pindaan pada kandungan novel berkenaan dan akan terus digunakan sebagai teks KOMSAS. Bagaimanapun, masih ada pihak cuba membangkitkan isu itu apabila pertubuhan tidak sah, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) mengadakan de-monstrasi di ibu negara bagi membantah penggunaan Interlok di sekolah.

Kumpulan Sasterawan Negara itu juga berkata, jika pengarang terus didesak mengubah karya asal mereka , selain perubahan hanya membabitkan satu kaum dan tidak pada kaum lain, karya berkenaan tidak lagi seimbang dan benar.

“Kami tidak melihat masalah pada istilah dan lukisan yang digambarkan pengarang dan kami tidak mengesan tujuan menghina mana-mana kaum,” katanya.

Mereka juga berpendapat ramai yang menganggap pelajar kurang mampu menilai apa yang dibaca, sedangkan mereka sudah dituntut dan dilatih untuk membuat pertimbangan, memilih dan membuat kesimpulan sendiri. Sasterawan Negara turut kesal kerana parti politik Melayu tidak memberi sokongan kepada Abdullah dalam isu

Manusia yang dilukiskan juga cukup mulia terutama watak Maniam yang besar hati dan jiwanya yang masih ingin membantu orang lain walaupun dia pernah menjadi mangsa,'' kata mereka dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mereka berkata, pindaan pada beberapa perkataan yang ingin dibuat terutama istilah yang ditujukan kepada kaum tertentu bakal memberikan gambaran tidak seimbang kepada kaum lain.

Kata mereka, sekiranya perubahan dibuat kepada satu kaum, maka akan wujud lukisan tidak benar yang hanya cantik pada suatu kaum.

"Kami berasa sangat prihatin sekiranya pengarang terus didesak untuk merubah karya mereka sehingga gagasan awal mereka dicairkan,'' katanya.

Justeru itu, kumpulan Sasterawan Negara itu menyeru semua pihak untuk memberi kebebasan kepada sasterawan untuk menulis, berfikir dan berpendirian.

"Benarkan penulis negara melukis kenyataan Malaysia walaupun kenyataan itu tidak manis.

"Penulis juga berfikir bagi pihak kita dengan sudut pandangan mereka sendiri. Walaupun berlainan tetapi ia masih diperlukan di negara yang demokratis,'' katanya.

Dalam pada itu, mereka menegaskan bahawa teks sastera bukan sebuah teks politik, sejarah atau geografi sebaliknya sebuah teks yang melukis jiwa manusia, perasaan nilai dan kepentingan dalam konteks zaman dan sejarahnya.

"Sastera bukan dokumen rasmi pemerintah atau maklumat yang dirapikan dan dicantikkan untuk disebarkan.

"Sastera adalah lukisan kehidupan dan sudah pasti, kehidupan tidak selalu rapi dan cantik,'' kata mereka.
Malah, mereka berpendapat bahawa tujuan sebenar penceritaan dalam novel itu merupakan sebuah harapan tanpa melihat masalah pada istilah yang digambarkan oleh penulis.

Sasterawan Negara yang terdiri daripada Profesor Dr. Muhammad Salleh, Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan, Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk Noordin Hassan turut bersetuju Interlok adalah sebuah novel yang melukis suatu deretan waktu, watak dan latar sejak 1910 hingga sebelum merdeka.

"Tujuan penulis cukup mulia iaitu melukis gambaran kaum-kaum yang terdapat di negara ini dengan masalah dalamannya sendiri dan akhirnya bersatu untuk menerima negara dan harapan baru.

Helah PAS nafi Anwar liabiliti’
2011/03/09
TAN SRI Muhyiddin Yassin berkata, penafian pembangkang bahawa mereka menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti, adalah bertujuan mengaburi mata rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hakikat sebenar banyak perkara parti pembangkang berbeza dalam hubungan mereka, malah ramai pihak mendakwa mereka sudah tidak intim seperti dulu. Katanya, PAS mahu menjauhkan diri daripada Ketua Pembangkang itu, malah berasa tidak selesa jika Anwar turun ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau, baru-baru ini.

Ketua pembangkang tuduh Dr M pendusta

2011/03/09
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan buku Tun Dr Mahathir, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyentuh dirinya dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pendusta.

Dalam emel yang dihantar kepada portal berita, Malaysia Insider, semalam, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 mendakwa Dr Mahathir mengalami hilang ingatan (amnesia) yang selektif. “Dr Mahathir pembohong besar, (dengan) amnesia yang selektif,” kata Anwar bagi menjawab perkara yang ditulis Mahathir dalam buku berkenaan.
Mereka tidak mahu mengaku tetapi kita tahu daripada beberapa sumber bahawa mereka berasa Anwar sudah menjadi satu liabiliti. Imej Anwar banyak tercalar dengan perkara yang sudah berlaku pada dirinya.

“Bagaimanapun, Anwar fikir beliau ada hak kerana beliau adalah Ketua Pembangkang Sebab itu beliau turun ke bawah (kempen). Namun yang kita lihat ialah PAS mendapat satu tamparan yang hebat.

“Apakah itu disebabkan dasar PAS atau kenyataan Anwar dalam kempen atau anggota pembangkang lain yang berkempen tetapi tidak menyumbang kepada undi yang dikehendaki PAS,” katanya.

Anwar berkata, dakwaan Dr Mahathir beliau dibekalkan dengan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks pada 1998 bukan sesuatu yang baru dan secara konsisten sudah menjawab isu itu sebelum dipecat.

“Saya telah menafikan dakwaan ini secara terbuka sejak 1997. Rujukan beliau kepada empat wanita, saya nafikan,” katanya.

Anwar berkata, beliau tidak mengulas dakwaan berhubung aktiviti homoseksual kerana dari segi konteks yang sebenar beliau sudah pun menafikan dakwaan berkaitan hubungan seks membabitkan empat wanita.

“Dalam konteks berkenaan, saya tidak menyebut mengenai (dakwaan) liwat,” katanya.
Anwar berkata, keputusan Dr Mahathir untuk memecatnya bukan disebabkan isu moral, tetapi berhubung keputusannya supaya Price Waterhouse Coopers menyiasat penyelewengan kewangan Perwaja membabitkan Tan Sri Eric Chia.
Sementara itu, isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, mendakwa Dr Mahathir sengaja melemparkan tuduhan liar terhadap Anwar untuk melariskan bukunya.

“Percayalah, jika Anwar dibelit dengan isu moral, tidak mungkin Dr Mahathir menyimpan beliau selama 18 tahun dalam barisan penyokong politiknya. ‘Berita’ dan ‘bukti’ keterlanjuran Anwar, jika benar, sudah tentu sampai lebih awal kepada Dr Mahathir untuk diambil tindakan,” kata beliau dalam laman blognya. http://wanazizahblog.com.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.