Pages

Subscribe:

15 Mac, 2011

[hang nadim] It may be time for Chong Wei to end Lin Dan’s reign.....




Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my













AKSI Lee Chong Wei (kanan) ketika menentang Lin Dan pada perlawanan akhir All England di Birmingham, kelmarin. – AFP

KUALA LUMPUR – Biarpun telah membuktikan dia mampu mempertahankan kejuaraan All England tanpa kehadiran Datuk Misbun Sidek, namun Datuk Lee Chong Wei tetap menganggap mentornya itu sebagai sebahagian daripada kejayaannya di Birmingham.

Malah, Chong Wei sedikit sebak ketika ditanya mengenai status jurulatihnya itu sejurus melakar kemenangan 21-17, 21-17 ke atas seteru utama, Lin Dan pada babak akhir, kelmarin.

Jaguh No. 1 dunia itu memperagakan aksi terbaik untuk membawa pulang gelaran All England kedua berturut-turut dengan dibimbing Tey Seu Bock. Chong Wei menjadi pemain Malaysia pertama berjaya mempertahankan kejuaraan selepas Datuk Eddy Choong melakukannya pada 1956 dan 1957.

Kemenangan ini menguatkan keyakinan jaguh perseorangan itu untuk memburu dua lagi kejuaraan besar yang tidak pernah dimenangi - Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

Sama ada misi ke London 2012 akan diteruskan tanpa atau dengan Misbun, yang meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu, bagi Chong Wei yang penting ketika ini, dia mahu berkongsi detik indah All England bersama jurulatihnya itu.

“Saya tujukan kemenangan ini buat Perdana Menteri dan isteri. Ia juga adalah hadiah buat jurulatih saya, Misbun Sidek. Saya tidak tahu apa masalah beliau (Misbun) dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) tetapi saya harap beliau boleh balik.

“Kejayaan ini juga buat semua peminat yang menyokong saya, baik di Malaysia mahu pun Birmingham,” katanya.

Malah, Chong Wei turut menerima hadiah istimewa sejurus tamat perlawanan apabila mendapat ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Beliau (Najib) menelefon saya dan berkata, kamu melakukan tugas yang bagus,’’ katanya.

Biarpun ramai yang melihat kejayaan menjuarai All England tahun lalu lebih istimewa kerana dipahat pada ulang tahun ke-100 kejohanan, namun Chong Wei melihat kemenangan kali ini lebih bermakna.

Apa yang menjadikan ia istimewa adalah kerana dia menumpaskan Lin Dan dalam final kejohanan utama buat kali pertama.

“Kemenangan ini sangat bermakna kerana Lin Dan bukan pemain yang mudah dikalahkan, ia meningkatkan keyakinan saya untuk menghadapi Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik,” akui Chong Wei.

Chong Wei memiliki pengalaman kalah dalam tiga final kejohanan utama kepada Lin Dan, bermula dengan Sukan Olimpik 2008, All England 2009 dan Sukan Asia 2010.

Dia juga diaibkan dengan kekalahan mudah 17-21, 8-21 pada

It may be time for Chong Wei to end Lin Dan’s reign
By RAJES PAUL

PETALING JAYA: Lee Chong Wei has never beaten Lin Dan of China more than twice in a year.

But one can expect a change in statistics this season if Chong Wei’s strong performances in the just concluded All-England in Birmingham are anything to go by.

Chong Wei put up a solid show to take down Lin Dan of China 21-17, 21-17 to become the first Malaysian in 54 years to successfully defend the title after Eddy Choong’s achievement in 1957.

The win meant a lot to Chong Wei after having been made to look small by Lin Dan in all the previous major tournaments, especially in the 2008 Beijing Olympics, 2009 world championships and the Asian Games last year, for the Chinese to emerge as the most celebrated player of the era.

But in an invigorating 52-minute All-England final last Sunday, there were contrasting differences in the games of both Chong Wei and Lin Dan.

Chong Wei entered the court with a big smile and it spoke of his confidence. And he showed it by dictating the pace for most of the match and displayed great ease in pulling off some powerful and unexpected shots to outmanoeuvre Lin Dan.

Four-time All-England champion Lin Dan, on the other hand, was more guarded and did not show much of his brilliance in smashes. Surprisingly, Chong Wei won 16 smash winners against 11 for Lin Dan.

A back injury that saw Lin Dan conceding walkovers in several tournaments over the last three months, may have slowed him down.

Is this the transition year for Chong Wei to take over the reign from Lin Dan?

A beaming national coach Tey Seu Bock said that Chong Wei’s exploits in Birmingham were a promising start, especially when he is expected to put the brakes on competitive tournaments after the London Olympics next year.

“I am confident that Chong Wei will be giving Lin Dan a better run for his money after this breakthrough at the All-England. This could be the best year for Chong Wei to end Lin Dan’s domination,” said Seu Bock.

“A lot of hard work is behind Chong Wei’s success and he knows that he has to do more if he hopes to win at the world championships (in August) and at the Olympics (next August).

“I am happy to see his strong determination to fulfil a dream.”

Chong Wei, who has hung on to the top of the Super Series rankings, said that he hoped that he would continue to enjoy good fortunes on English soil.

Both the world championship and Olympic competitions will be held at the Wembley Arena in London.

“It’s always nice to beat Lin Dan in any tournament.

“And it is extra special to me to beat him for a second All-England title here,” said Chong Wei during the post-match conference after his straight-game victory.

“The world championships and Olympic Games will be held in this country and hopefully, I will be able to do well again. My immediate goal is now to win at the world championships.”

Malaysia have yet to win a world championship title and hopes are high on Chong Wei to nail it. And he has to maintain his form and show the same passion to excel to achieve it.

Today, Chong Wei and his team-mates will receive a warm welcome at the KLIA and they will have breakfast at Sri Perdana with the Badminton Association of Malaysia (BAM) patron, Datin Seri Rosmah Mansor.

Koo-Tan tidak harus ‘patah hati’

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky mengakui kekalahan kepada pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen pada perlawanan akhir All England kelmarin begitu melukakan anak didiknya, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beliau kini memikul tanggungjawab berat memastikan pasangan itu tidak terus ‘patah hati’.

Jelas Rexy, apa yang membimbangkannya ketika ini adalah kesan psikologi daripada kekalahan 21-15, 18-21, 18-21 yang mungkin dialami Kien Keat-Boon Heong kerana mereka kelihatan cukup kecewa sebaik melepaskan peluang terbaik untuk merampas kejuaraan All England yang pernah dimenangi pada 2007.

“Kien Keat an Boon Heong melakukan kesilapan dengan terlalu mengikut perasaan hingga gagal mengawal tekanan biarpun berada dalam keadaan yang amat baik untuk merangkul kejuaraan. Saya bimbang, kesilapan itu akan terus membayangi mereka dan menjejaskan moral mereka selepas ini.

“Ketika ini, bukan permainan mereka yang saya bimbangkan tetapi kesan kekalahan ini terhadap psikologi dan mental mereka. Saya harus memastikan Kien Keat dan Boon Heong tidak terus terbawa-bawa dengan kekecewaan ini, sebaliknya bangkit untuk menghadapi cabaran seterusnya.

“Cabaran saya selepas ini adalah untuk memulihkan semangat mereka sebelum tiba Kejohanan Dunia, ia nyata lebih sukar daripada hendak memperbaiki prestasi mereka kerana pada saya secara keseluruhan Kien Keat dan Boon Heong menunjukkan permainan yang baik pada kejohanan ini,” ujar Rexy ketika dihubungi di Birmingham.

Menurut Rexy, biarpun kecewa pemainnya gagal membawa pulang salah satu daripada kejuaraan yang menjadi sasaran mereka tahun ini, namun beliau tetap lega dengan prestasi cemerlang yang dipamer pasangan No. 5 dunia itu sepanjang kempen All England, apatah lagi mereka mengharungi laluan yang getir sebelum mara ke final.

Bekas beregu No. 1 dunia itu berjaya mengetepikan juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 23-25, 21-11 di suku akhir, sebelum menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China 21-11, 23-21 pada separuh akhir.

Malah, mereka juga memberi tentangan sengit kepada Boe-Mogensen, pasangan No. 1 dunia, sebelum akhirnya akur dengan kekalahan 21-15, 18-21, 18-21 dalam pertarungan yang berlarutan selama 1 jam, 2 minit.

“Sudah tentu mereka telah menunjukkan satu persembahan yang jauh lebih baik daripada apa yang ditunjukkan pada awal tahun, sebenarnya banyak peningkatan yang telah dipamerkan Kien Keat dan Boon Heong sejak kekalahannya pada Siri Super Masters Akhir (Januari) dan Terbuka Malaysia (Januari).

“Mereka lebih konsisten pada dua kejohanan berikutnya, kalah kepada pasangan utama di peringkat separuh akhir pada Terbuka Korea dan Jerman. Saya percaya mereka sudah hampir menemui sentuhan terbaik, dan ini adalah petanda yang bagus menjelang Kejohanan Dunia,” ujar Rexy.

Kien Keat-Boon Heong tersingkir daripada peringkat kumpulan pada kejohanan Siri Super Masters Akhir di Taiwan, sebelum disingkirkan pula oleh beregu tidak ternama China, pada pusingan pembukaan Terbuka Malaysia.

Pasangan ini masih tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan dalam siri kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak kemenangan terakhir pada Terbuka Malaysia 2010, Januari tahun lalu, dan Rexy percaya, anak buahnya hanya memerlukan satu kemenangan untuk benar-benar pulih daripada krisis keyakinan.















Kenang jasa Misbun
Aksi beregu negara, Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong ketika perlawanan akhir kejohanan All England menentang pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen di Birmingham, kelmarin. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.