Pages

Subscribe:

18 Mac, 2011

[hang nadim] Jangan ceroboh hak kami - Batin Malam

Do not be sloppy our rights
不要马虎我们的权利
لا تكون قذرة حقوقنا







Kerajaan PKR Selangor ‘punggah’ hasil Orang Asli

KUALA LANGAT 18 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini melaung-laungkan mahu membela hak dan nasib Orang Asli ternyata hanya bermain ‘wayang kulit’.

Ini kerana mereka kini didakwa sedang ‘memunggah’ hasil milik Orang Asli di kawasan seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 dekat sini dengan sebahagian besarnya terletak dalam tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mukim Tanjung 12 membabitkan tujuh buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara iaitu Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Bukit Cheeding, Bukit Kecil, Bukit Perah, Busut Baru, Tanjung Rabok dan Bukit Kamandol.

Tanah tersebut merupakan tanah warisan, tanah adat dan tanah rayau kepada kira-kira 4,000 penduduk Orang Asli Temuan sejak ratusan tahun lalu dan telah diwartakan sebagai tanah simpanan Sakai sejak 1927.

Ia juga menjadi rebutan pelbagai syarikat kerajaan negeri dan ada antaranya didakwa diserahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan masyarakat Orang Asli. Ini termasuk bekas lombong Petaling Tin Bhd. yang dikatakan sudah diberi milik kepada sebuah syarikat kerajaan negeri tetapi telah dijual pula kepada pihak ketiga.

Dipercayai Mukim Tanjung 12 adalah satu-satunya kawasan segi tiga berhampiran Putrajaya dan Cyberjaya yang begitu kaya dengan hasil galian termasuk logam berharga sehingga menyebabkan ia menjadi rebutan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, tindakan membelakangkan hak Orang Asli telah menyebabkan masyarakat tersebut tidak boleh bersabar, apatah lagi menyedari latar belakang kawasan tersebut adalah penempatan utama suku Temuan di negara ini.

Sedangkan menurut mereka, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) pada 25 Januari tahun lalu telah mengeluarkan pengesahan bahawa Mukim Tanjung 12 adalah kawasan Orang Asli berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 November 1965.

NGO plans events on Sunday to seek Interlok withdrawal

KUALA LUMPUR: The National Interlok Action Team (Niat) will launch a nationwide campaign on Sunday to seek the withdrawal of the controversial novel.

Its spokesman Arun Dorasamy said 220 NGOs would be organising nationwide awareness prayers, seminars, forums, meetings and hunger strike on the day.

“The objective is to create awareness among concerned Malaysians and seek the Government’s intervention to drop the novel from the school syllabus,” he said.

Two Indian members of an independent panel looking into the controversial book written by national laureate Datuk Abdullah Hussain have submitted their report to MIC president Datuk G. Palanivel.

Both Uthaya Sankar and G. Krishnabahawan had an hour-long meeting to explain the developments before submitting the report.

When contacted, Uthaya said they had prepared a report on the emergency meeting chaired by Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin on Wednesday.

The duo and a third member, Prof Dr N.S. Rajendran, had walked out after over 100 amendments, which were agreed to at a March 4 meeting, were later questioned by other panel members.

In his blog, Uthaya said Muhyiddin had expressed his gratitude that the panel had unanimously agreed to drop the word “pariah” — the main bone of contention — at Wednesday’s meeting.

He said after Muhyiddin left the meeting, Assoc Prof Lim Swee Tin of Universiti Putra Malaysia, who took over the chair, requested the Indian representatives list details which affected the sensitivities of the community in the novel.

He said the Indian representatives had wanted changes agreed to in the March 4 meeting to be made.

“We gave several examples but Dewan Bahasa dan Pustaka director-general Datuk Termuzi Abdul Aziz and Dr Lim shot them down as being not insensitive,” he said.

Uthaya said the three members left the meeting and had a discussion before returning to inform the other members of the decision to withdraw from the panel.

Jangan ceroboh hak kami - Batin Malam

KUALA LANGAT 18 Mac - Batin Malam Gerchang sudah semakin tua dengan pinggangnya kerap sakit tetapi kesakitan itu semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.

Ini apabila melihatkan tindak-tanduk Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang semakin tidak mengendahkan kedudukan Orang Asli di Mukim Tanjung 12 dekat sini.

Batin Malam, 77, berkata, tanah simpanan Orang Asli yang masih kekal itu sebenarnya adalah hasil peninggalan nenek moyang mereka yang dahulu diketuai oleh Batin Pelangi.

"Tanah tersebut dikurniakan oleh Almarhum Sultan Sir Abdul Samad iaitu Sultan Selangor keempat kepada kaum Temuan.

"Baginda telah mengurniakan sebilah keris, golok dan tombak kepada Batin bagi menjaga dan mempertahankan tanah-tanah Orang Asli sekiranya berlaku kekacauan atau pencerobohan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Batin Malam berkata, sebenarnya Orang Asli bukan mahu membolot semua tanah tersebut sebaliknya hanya ingin berkongsi hasil mahsulnya untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat pribumi itu.

"Mana tanah yang sudah diletakkan di bawah rezab Melayu biarlah ia kekal begitu kerana mereka juga adalah masyarakat pribumi tetapi baki tanah yang masih ada di sini sepatutnya diserahkan kembali kepada Orang Asli.

Beliau yang kesal dengan sikap tamak segelintir pihak berkata, sekiranya apa yang diluahkan oleh masyarakat Orang Asli itu tidak diendahkan, lebih baik berlaku 'gempa bumi' di Mukim Tanjung 12.

"Tengok apa yang berlaku di Jepun, bila gempa bumi semuanya hancur. Samalah di sini kalau sudah hancur, saya hendak tengok pihak yang tamak itu, apa yang mereka dapat.

"Kami tidak pernah kacau hak orang lain, tetapi mengapa hak kami hendak diceroboh," katanya

DEWI Malam menunjukkan peta kawasan Orang Asli yang dipercayai diceroboh di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat, Selangor.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

JAS digesa bertindak
KUALA LANGAT 18 Mac - Jabatan Alam Sekitar (JAS) digesa bertindak ke atas kegiatan perlombongan pasir secara besar-besaran oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) milik kerajaan negeri di Olak Lempik yang boleh mengancam alam sekitar.

Kedudukan operasi perlombongan pasir di dalam kawasan penduduk Orang Asli Mukim Tanjung 12 itu dilihat sudah menjejaskan kualiti alam sekitar dan pada bila-bila masa boleh mencemarkan kawasan Paya Indah Wetland dekat sini.

Tinjauan Utusan Malaysia kelmarin ke tapak perlombongan tersebut mendapati pendedahan media sebelum ini berkenaan aktiviti mengorek pasir lombong hingga menyebabkan keadaan muka bumi dipenuhi lubang besar, masih berterusan.

Meskipun kerajaan negeri mempertahankan aktiviti perlombongan pasir di kawasan itu sebagai sah kerana telah diberikan permit, sejauh mana pemantauan terhadap kualiti alam sekitar masih boleh dipertikaikan.

Penduduk Orang Asli Mukim Tanjong 12 mahu laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dikeluarkan bagi kawasan perlombongan pasir tersebut kerana operasi itu didapati boleh menjejaskan keselamatan penduduk sekitar terutama masyarakat Orang Asli.

Akhbar ini dalam tinjauan bersama wakil Orang Asli, Dewi Malam dan Jafrin Malam mendapati dua kawasan lubang sedalam bangunan 10 tingkat mempunyai risiko pecah sekiranya hujan lebat.

Kawasan sekitar tapak pengorekan pasir itu jelas didapati berkeladak manakala banyak pokok mati. Persekitaran kawasan tasik juga ditambak dengan tanah buangan yang dikorek dari lombong itu.

Dewi berkata, kawasan operasi mereka sebenarnya bersambung dengan kolam Paya Indah Wetland yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja.

"Operasi mereka dalam kolam yang sama tetapi mereka mendakwa ia tidak mencemarkan alam sekitar memandangkan arus air datang dari tasik Paya Indah ke kawasan tasik lombong Petaling Tin di Mukim Tanjung 12," katanya.

"Bagaimanapun, jika ban pecah maka arus deras sudah pasti akan melimpah dan menyebabkan kawasan Olak Lempik dan kampung Orang Asli mengalami banjir. Begitu juga dengan paras air tasik Paya Indah pasti akan terjejas," katanya.

Sedangkan selama ini, katanya, kawasan tersebut menjadi tempat masyarakat Orang Asli mencari rezeki di tasik berkenaan.


nukilan hati hangnadim
masa kempen macam macam janji.....nak tegak keadilan.....nak bela rakyat
nak basmi rasuah.....tak ada beza semua bangsa,,,,,nak membetulkan macam
macam fikir dan sedar.....
هذا النوع من الوعود الانتخابية..... نوع من تريد العدالة..... الناس مباشرة تريد الدعوة
تريد إبادة الفساد..... لا فرق في جميع أنواع،،،،، الناس يريدون تصحيح
أنواع الفكر وتحقيق لدينا.....

竞选承诺的一种.....种要绳之以法.....直人想宣扬
要消灭腐败.....没有人,,,,,各种差异要更正
各种思想,实现我们.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.