Pages

Subscribe:

17 Mac, 2011

[hang nadim] 'Sheares guru saya, tidak mungkin saya lupa'

'Sheares my teacher, I would not be forgotten'
'Sheares أستاذي، وأود أن لا يغيب عن البال'
'希尔斯我的老师,我也不会忘记'
'シアーズ先生、私は忘れてはならないだろう'
"Sheares моим учителем, я бы не забыл"
'मेरे शिक्षक Sheares, मैं भूल नहीं होगा'















TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) menyampaikan Ijazah Kehormat Ulung Doktor Kejuruteraan kepada Dr. Mahathir Mohamad pada Istiadat Konvokesyen Khas Unimap di Kangar, semalam.

PUTRAJAYA 17 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia, dan beliau (Dr. Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr. Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.

Satu lagi kandungan dalam memoir itu yang menyatakan Dr. Mahathir diberi sambutan dingin semasa melawat Singapura semasa baru menjadi Perdana Menteri turut dipersoal oleh wartawan berkenaan yang berkata, rekod akhbarnya mencatatkan Kuan Yew sendiri menyambut Dr. Mahathir di lapangan terbang bukan seperti catatan bukunya yang mengatakan beliau hanya disambut pegawai protokol dan Kuan Yew hanya muncul selepas 15 minit.

"Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew, dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

"Yang pasti, saya bertemu Encik Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr. Mahathir.

Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata: "Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu.

Manusia kadangkala terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?"

Wartawan itu menjawab: "Saya belum pun dilahirkan." "Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan," kata Dr. Mahathir. - BERNAMA


Contohi kepimpinan Dr. M

Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 17 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta semua pemimpin di segenap peringkat mencontohi ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Baginda menyifatkan, bekas Perdana Menteri itu, sebagai negarawan berjiwa besar yang sentiasa mahu melihat masyarakat terus hidup dalam aman, bekerjasama, bersatu dan seimbang dalam semua aspek kehidupan.

Titah baginda, ciri-ciri tersebut dapat memastikan rakyat negara ini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, setanding dengan masyarakat lain di dunia.

‘‘Dr. Mahathir juga bukan seperti kebanyakan kita kerana beliau melihat sesuatu dari perspektif yang lebih luas dahulu sebelum melihatnya dari perspektif kecil,” titah baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada Istiadat Konvokesyen Khas Unimap di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada istiadat tersebut, baginda berkenaan mengurniakan Ijazah Kehormat Ulung Doktor Kejuruteraan Unimap kepada Dr. Mahathir manakala Ijazah Kehormat Ulung Doktor Sains pula diberikan kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Berangkat sama ke istiadat tersebut Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor Unimap.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid; Pengerusi Lembaga Pengarah Unimap, Tan Sri Zainul Ariff Hussain dan Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Kamarudin Hussin.

Menurut baginda, bagi memiliki ciri-ciri tersebut, rakyat hendaklah terlebih dahulu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, berkemahiran intelektual dan berkeyakinan.

‘‘Pada masa sama rakyat perlu sanggup mengambil risiko dan berubah, berwawasan dan sensitif kepada kehendak masyarakat dan alam sekitar,” titah baginda.

Baginda bertitah, rakyat juga hendaklah sentiasa bersiap siaga menghadapi cabaran dalam persekitaran yang sering berubah.

'Tak mungkin lupa Sheares guru saya'

2011/03/18
Dr M tolak tanggapan memoir tersilap fakta

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

Saya berjumpa dengan Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya ketika saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya,” katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan pada masa itu, Sheares sudah meninggal dunia dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan presiden lain iaitu Devan Nair pada satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan minggu lalu dan mendapat sambutan hangat.

“Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

“Yang pasti, saya bertemu Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak,” kata Dr Mahathir. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.