Pages

Subscribe:

21 Mac, 2011

[hang nadim] Siapa pemimpin itu?.....Who are the leaders?.....











Anwar nafi bukan dirinya

ANWAR Ibrahim ditemani Wan Azizah Wan Ismail bercakap pada sidang akhbar berhubung dakwaan video lucah mengaitkan dirinya di Ibu pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor, semalam. – AFP

PETALING JAYA 21 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata: “Saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan”.

Anwar juga berkata, pada 21 Februari lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan Facebook.

“Pada waktu itu, saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena “hack”. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya, tetapi perutnya lebih buncit daripada saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata: “Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya.”

Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita terbabit semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau belum lagi melihat video berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, beliau terkejut dengan permintaan yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden PKR.

“Apa yang saya dah buat? Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya hairan kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada parti itu. – Bernama

Video seks pemimpin pembangkang didedah

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mac - Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.

Buat laporan polis jika merasa dianiayai - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 21 Mac - Pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai 'aktor' dalam rakaman video seks bersama seorang pelacur dipercayai dari China, perlu tampil membuat laporan polis jika merasa dianiaya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi laporan polis bukan sahaja kebenaran dapat dicari, malah pihak yang bertanggungjawab memasang kamera litar tertutup (CCTV) juga boleh dikenal pasti.

Beliau menafikan rakaman video tersebut dilakukan oleh pihak polis dan hanya mengetahui mengenai penyebaran video seks tersebut selepas membaca laporan media hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman sosial Facebook beliau hari ini turut mengesahkan kenyataan Hishammuddin itu yang polis tidak terlibat merakamkan aksi seks berkenaan.

"Saya belum melihat video itu lagi dan sehingga sekarang tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya. Jadi, kita tidak dapat mengesahkan sejauh mana ketulenan video yang tersebar itu.

"Apa yang penting rakyat perlu jelas bahawa polis tidak terlibat langsung dalam isu ini. Kita sedar pihak di luar sana tentu akan menjadikan polis sebagai 'kambing hitam' selepas ini," kata Hishammuddin.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran video seks yang dikatakan 90 peratus menyerupai seorang pemimpin kanan pembangkang selepas ia didedahkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Yakin aksi pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa beliau yakin lelaki yang terlibat di dalam video seks dengan pelacur dipercayai dari China yang didedahkan ‘Datuk T’ sebagai pemimpin pembangkang yang terlibat dengan banyak kontroversi sebelum ini.

Meskipun enggan memberi jawapan sama ada sudah menonton video itu, beliau berkata, adalah 110 peratus jelas bahawa pemimpin pembangkang itu merupakan lelaki yang terlibat dalam video berkenaan.

“Orangnya jelas dan kita semua tahu siapa dia. Tiada dolak-dalih lagi dan saya berani mengesahkan bahawa itu memang dia.

“Saya percaya dia ada penyakit dan ini perlu diubati segera. Kalau tidak ia bukan saja merosakkan diri, malah keluarga dan negara kerana dia selalu menonjolkan diri sebagai orang yang warak dengan memetik ayat-ayat al-Quran membuatkan ramai pihak termasuk yang ‘kuat agama’ terpedaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

MB Selangor anggap serius jika benar

SHAH ALAM 21 Mac - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan terbaru ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung video lucah yang dikatakan membabitkan dirinya sangat serius kecuali jika ia dibuktikan tidak benar.

Beliau yang belum menonton video terbabit berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, ia adalah satu hari yang sedih untuk negara kerana 'politik kotor' telah digunakan untuk mencemarkan imej ketua pembangkang itu.

"Pada pendapat saya, politik kotor memalukan. Berilah kami ruang mencukupi untuk melakukan tugas kami kerana iauntuk kebaikan semua pihak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

Siapa pemimpin itu?

KUALA LUMPUR - Seorang individu yang menggelar dirinya Datuk T mendedahkan kepada media apa yang didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit adakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Menurutnya, rakaman itu disedarinya selepas ahli politik itu arahkan jam tangannya yang tertinggal di bilik hotel itu diambil balik.

Katanya terdapat wayar disambungkan ke rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan hubungan seks itu.

Datuk T mendakwa, rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur dan seorang lelaki tidak dikenali.

Bahagian kedua menunjukkan ia diambil pelbagai sudut dan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita itu dan adakan hubungan seks dalam beberapa posisi yang berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin itu bergerak, dipercayai ke bilik air.

Kemudiannya wanita berkenaan dilihat selepas membersihkan dirinya dengan tisu, sambil menggeledah barang milik pemimpin itu dipercayai mengambil jam tangan Omega yang dicari Datuk T sebelum itu.

Datuk T berkata, dia akan hantar rakaman berkenaan kepada pemimpin itu dan isterinya bagi pengecaman dalam masa seminggu.

"Jika dia mengenal pasti rakaman itu adalah dirinya, saya cabar dia dan isterinya meletakkan jawatan.

“Kami tidak mahu pembabitan kerajaan dalam isu ini. Jika beliau dan isterinya tidak meletak jawatan, kami akan minta diadakan panel bebas yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan untuk jalankan siasatan forensik bagi menunjukkan kesahihan (rakaman) video ini,” katanya.

Dia mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan yang bermoral tinggi dan tidak layak jadi pemimpin.

Sebelum itu, rakaman berkenaan ditayangkan secara berkumpulan dan berperingkat kepada media pada sidang akhbar di ibu negara semalam.

Katanya, dunia akan tahu kebenaran perkara ini.

Sex video: Anwar lodges police report

KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim lodged a police report Tuesday over the release of a sex video implicating a senior opposition politician.

He made the report at the Dang Wangi police station here.

The video was shown Monday to a select group of media representatives at Carcosa Seri Negara.

He arrived at the police station at 10.35am accompanied by his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and left at about 12.05pm.

Present were PKR leaders R Sivarasa, Tian Chua and M Manickavasagam, PKR vice-president N Surendran and PKR Youth chief Shamsul Iskandar Md Akin.

In the report, copies of which were distributed to the media, Anwar denied that he was the man in the video.

"This is a humiliating, excessive and politically-motivated attack against my character and reputation and my family," he said in the report.

An unidentified group had claimed that it had a black-and-white video clip of a sexual act between an opposition leader and a woman said to be a prostitute at a hotel.

The group, led by a man who had introduced himself only as Datuk T, had said that it would hand over the video clip to the particular opposition leader and his wife in about a week

Zaid: It is standard PKR reaction

KUALA LUMPUR: The Opposition’s claims that the sex video was doctored was typical of PKR’s “standard operating procedure (SOP)”, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) president Datuk Zaid Ibrahim said.

“Have they seen the video to say that it was doctored? I’m sure they haven’t seen it. I’m sure no one, except the holder of the tape and the few pressmen have seen the contents of the video.

“Nevertheless, PKR claims it was doctored. It is their instinct (to make such an allegation). It is their typical SOP,” he said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.