Pages

Subscribe:

19 April, 2011

[hang nadim] Abdul Rahman dilantik semula Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.....Tahniah.....
















Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada Abdul Rahman Abas di Istana Negara, semalam. - Bernama
20/4/2011
TUANKU Mizan berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada Abdul Rahman pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Negara, semalam.
KUALA LUMPUR: Tun Abdul Rahman Abbas semalam dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi tempoh dua tahun lagi.

Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.
Upacara pelantikan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketujuh pada 17 April 2001 sebelum dilantik semula untuk jawatan sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan Universiti Malaya pada 1972 kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat anak.
Abdul Rahman memangku jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula 1982 dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, selama empat penggal pada Pilihan Raya Umum 1978, 1982, 1986 dan 1990. – BERNAMA

Abdul Rahman dilantik semula

KUALA LUMPUR 19 April - Tun Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.

Abdul Rahman, yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990. - BERNAMA

Abdul Rahman pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga
1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Tahniah dari Persatuan Bekas Polis Malaysia dan
Skuad 69 Pulau Pinang





























Samad Yasin (Singapura)Sahabat TYT
















Sekolah Melayu Penaga Tahun 1952













Hang nadim Bersama Yang Berbahagia Tun Abdul Rahman














Jasin Man

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.