Pages

Subscribe:

15 April, 2011

[hang nadim] Bertaubatlah golongan perasuah.....

Oleh IBRAHIM ABDULLAH












harta yang diperolehi hasil rasuah adalah haram dan tidak berkat.

SERINGKALI terjadi perbuatan rasuah atau tumbuk rusuk di kalangan masyarakat kita yang melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta. Seolah-olah perbuatan rasuah menjadi budaya dan permainan oleh mereka yang terlibat.

Jika perbuatan ini tidak dibedung segera oleh pihak-pihak berwajib, besar kemungkinan ia menjadi penyakit yang merbahaya bagi bangsa dan negara. Apa lagi negara kita Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang berdaulat dan masyhur di kalangan antarabangsa.

Adapun dosa yang dilakukan oleh perasuah atau koruptor termasuk ke dalam kategori dosa besar kerana berkaitan dengan Tuhan dan juga manusia. Justeru itu taubat yang mereka lakukan hendaklah serius dan bersungguh-sungguh (nasuha), jangan taubat daun keladi, taubat nak buat lagi.

Jika demikian, taubat mereka akan ditolak. Kes ini kerana perbuatan korupsi atau rasuah yang mereka perbuat melibatkan kebesaran Tuhan dan nasib manusia serta negara.

Kaitan dengan Tuhan, kerana mereka mempermainkan nama kebesaran-Nya dengan berikrar janji dan sumpah setia ketika melaksanakan solat, di mana hidup dan mati mereka adalah untuk Allah.

Sedangkan yang dimaksud dengan sumpah palsu ialah menggunakan nama Allah untuk tidak mengambil yang bukan hak milik mereka. Inilah perasuah yang dikatakan sebagai musuh Tuhan, musuh negara, dan musuh manusia.

Adapun kaitannya dengan manusia, kerana justeru mereka merampas hak-hak orang lain dengan mengambil yang bukan hak mereka secara sebenarnya.

Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu memakan harta benda di antara kamu dengan cara yang batal (salah), dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (pemerintah) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian harta orang lain dengan dosa, pada hal kamu mengetahui. (al-Baqarah: 188).

Di antara memakan harta dengan cara yang tidak halal itu ialah rasuah. Dalam konteks ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum."(riwayat Ahmad, Termizi, Ibnu Hiban).

Melihat kes ini, maka taubat para pelaku rasuah perlu dilakukan secara serius melebihi taubat orang-orang yang melakukan dosa biasa. Hal ini perlu dilakukan, kerana mereka dianggap sebagai orang-orang yang tidak pernah mengerjakan ibadat.

Kosongnya ibadat yang dilakukan oleh para perasuah kerana diri mereka masih berlumuran dengan dosa dan sebagai penghisap darah ummah.

Mekanisme taubat para perasuah yang berkaitan dengan Tuhan, pastilah dengan penyesalan yang sungguh-sungguh dan tulus. Hal ini kerana para perasuah pernah mempermainkan nama kebesaran dan keagungan Tuhan.

Maka mereka mesti mengembalikan reputasi kebesaran Tuhan dengan melakukan ibadat-ibadat secara berterusan dan melakukan dengan cara yang bersih zahir dan batin.

Dalam konteks kebersihan ini, Rasulullah SAW memberikan isyarat dalam hadis yang digambarkan tentang seseorang yang sibuk mengerjakan ibadat sehingga rambutnya tidak sempat disisir.

Orang itu setiap saat menadahkan tangannya ke langit memohon kepada Tuhan hal-hal yang diinginkannya. Tetapi setelah diperiksa ternyata makanan, minuman, dan pakaiannya didapati dari sesuatu yang haram. Bagaimana mungkin Tuhan menerima ibadat orang-orang yang berwatak seperti itu.

Ada pun, taubat para perasuah yang berkaitan dengan manusia, hendaklah mengembalikan harta-harta mereka yang telah dirasuah. Jika hal ini diteruskan rasuah, bererti dosa perasuah mesti dipertanggungjawabkan kepada semua orang yang terlibat dan juga termasuk harta negara jika kes itu termasuk di dalamnya.

Selama harta yang yang dirasuah itu tidak dikembalikan kepada pihak berkenaan, maka selama itu pula taubat para perasuah akan ditolak.

Islam haramkan rasuah kerana cetus kezaliman

AMALAN rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa atau mengambil manfaat yang bercanggah dengan undang-undang dan moral manusia. Amalan rasuah adalah penyakit tertua manusia seperti juga pelacuran.

Menurut statistik Badan Pencegah Rasuah (BPR), pada 2007 sebanyak 590 tangkapan dibuat manakala pada Januari lalu saja 80 kes dilakukan. Apa yang membimbangkan ialah jika rasuah terus berleluasa, dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

Berdasarkan pemerhatian, antara faktor utama menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar dalam perbelanjaan tetapi sumber kewangan sedikit, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan cepat, sifat tamak haloba dan amat meyakini mengamalkan rasuah dapat dielakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Hakikatnya mereka yang mengamalkan rasuah mempunyai kualiti moral rendah, tidak mempunyai harga diri dan sanggup menggadai integriti sebagai manusia demi untuk mencapai matlamat salah.

Dalam sesebuah organisasi, kadang kala pengamal rasuah mempamerkan penampilan diri yang hebat hingga mampu menenggelamkan sifat tersembunyi dirinya yang bercanggah dengan budaya pengurusan.

Langkah awal untuk mengesan pengamal rasuah ialah memantau gaya hidup dan memerhatikan laporan perisytiharan harta. Jika nyata ada keraguan yang munasabah, maka aduan perlu dibuat kepada pihak berkuasa supaya siasatan dilakukan.

Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.

Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan.” � (Hadis riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka.” � (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Sebagai ibu bapa beriman apakah kita rela mewariskan dan menanamkan kesinambungan sifat keji dalam diri keluarga kita.

Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.” Hakikatnya Islam adalah agama pembawa rahmat kepada manusia sejagat kerana mengajar umatnya berzakat dan bersedekah tetapi melarang umatnya mengamal rasuah dan menjadi peminta sedekah.

Bagaimanapun setiap pekerjaan itu hendaklah mengikut standard piawaian ditetapkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Setiap pekerjaan dianggap sebagai ibadat jika memenuhi standard piawaian etika kerja Islam seperti hukum haram, wajib, harus, makruh dan sunat. Standard piawaian ini akan menjadi panduan dan menentukan pekerja bersifat amanah terhadap akauntabiliti bidang tugas yang ditetapkan.

Apa yang nyata, dasar Islam dalam pekerjaan bertujuan membawa rahmat kepada manusia sejagat iaitu memberi perkhidmatan memuaskan kepada pelanggan dan masyarakat. Jika semangat berzakat dan bersedekah diamalkan serta menjauhi tabiat meminta-minta dan rasuah maka warga organisasi mampu mewujudkan organisasi hebat dan cemerlang kepada pelanggan serta masyarakat.

Hanya manusia yang kuat berpegang kepada nilai agama dan mempunyai integriti tinggi mampu menolak amalan rasuah. Dengan demikian mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:

Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan beriman dan berintegriti;
Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi najis rasuah;
Membuktikan bahawa amalan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan berjaya mencegah dirinya terbabit dengan najis rasuah.
Dalam usaha mewujudkan kesinambungan keluarga yang beriman dan berfungsi sebagai pembawa rahmat kepada organisasi serta pelanggan, maka renungilah peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji.” � (Hadis riwayat Ahmad)Sumber : Ghafani Awang Teh http://www.bharian.com.my/ Penulis ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (Kesuma) Jakim

MELAYU OH MELAYU
By Dr. Mahathir Mohamad on March 22, 2011 11:31 AM | Permalink | Comments (195) | TrackBacks (0)
1.Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2.Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3.Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

Continue reading MELAYU OH MELAYU.

SEMENANJUNG TANAH MELAYU 2
By Dr. Mahathir Mohamad on March 10, 2011 9:30 AM | Permalink | Comments (200) | TrackBacks (0)
1. Someone asked what about the "Orang Asli" literally the "Original People". Weren't they in the peninsular before the Malays?

2. They could be. So are the Red Indians, the Maoris, the aborigines of Australia, the many tribal people in many countries of the world.

3. If we consider that the Orang Asli have more rights to claim Malaysia as their own then we should acknowledge and respect the rights of the Red Indians, the Maoris, the Australian aborigines and all the other aborigines to be given back the land we now call America, Australia, New Zealand etc.

Continue reading SEMENANJUNG TANAH MELAYU 2.
http://chedet.co.cc/chedetblog/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.