Pages

Subscribe:

27 April, 2011

[hang nadim] Polis sedia dedah pelaku sek.....



Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 April – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia mendedahkan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum jika siasatan memerlukannya berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun sekiranya tidak perlu, pihaknya tidak akan mendedahkannya.

“Begitu juga dengan apa-apa benda yang tidak boleh didedahkan maka ia tidak akan didedah,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di Kelab Golf Saujana, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Timbalannya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Khalid seterusnya meminta semua pihak supaya bersabar kerana kes itu masih di peringkat siasatan dan adalah tidak wajar jika pihaknya mengulas perkembangannya setiap hari.

“Apabila tiba masanya nanti kita akan beritahu hasil siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

Khalid menjangkakan dapat menyerahkan semula kertas siasatan kes video seks berkenaan kepada pejabat Peguam Negara (AG) pada minggu ini.

Difahamkan, kertas siasatan kes itu sudah dua kali dipulangkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan siasatan.

“Prosedur memulangkan semula kertas siasatan adalah prosedur biasa kerana ia mesti jelas sebelum boleh dibawa ke pendakwaan.

“Sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas memang ia dipulangkan kepada kita,” katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mengesahkan laporan akhbar tempatan berhubung analisis video seks tersebut yang dikatakan sepadan Anwar.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak polis mendedahkan identiti pelaku video aksi seks tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

PUTRAJAYA 26 April - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keterangan Raja Petra Kamaruddin adalah penting bagi melengkapkan siasatan berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Menurutnya, ini kerana dakwaan itu dibuat terhadap Raja Petra yang kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

''Bagaimanapun orang ramai perlu memberikan polis ruang yang secukupnya untuk melakukan siasatan ke atas Raja Petra bagi mengelakkan wujudnya sebarang kesimpulan awal berhubung siasatan itu.

''Setakat ini saya belum dimaklumkan berhubung siasatan tersebut tetapi bila polis sudah serahkan kertas siasatan kes itu, barulah boleh saya bagi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis pelancaran e-Warta Persekutuan yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya belum merakam keterangan Raja Petra berhubung akuan bersumpahnya itu.

Ini berikutan Raja Petra mahu ia dilakukan di luar Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand dan kemahuan Raja Petra itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa polis terbatas di dalam kawasan Kedutaan Malaysia.

Keterangan RPK belum dirakam

KUALA LUMPUR 26 April - Polis masih belum merakam keterangan Raja Petra Kamaruddin berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu, berikutan pengendali blog Malaysia Today itu mahu ia dilakukan di luar Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, kemahuan Raja Petra itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa polis terbatas di dalam kawasan Kedutaan Malaysia.

Jelasnya, kes tersebut sama seperti kes-kes lain dan tiada keistimewaan diberi.

"Pada awalnya Raja Petra mahu memberi kerjasama bagaimanapun mungkin atas sebab-sebab tertentu dia ubah fikiran.

"Prosedur ambil keterangan itu bukan paksaan tetapi mesti atas kerelaan sendiri. Sehubungan itu, dia boleh memberi keterangan pada bila-bila masa yang terdekat ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat dengan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di Kelab Golf Saujana, Subang Saujana, dekat sini hari ini.

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.

Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.


Published: Wednesday April 27, 2011 MYT 6:15:00 PM
Updated: Wednesday April 27, 2011 MYT 6:46:08 PM

Sex video: Another snippet on YouTube

PETALING JAYA: A second snippet of the controversial sex video featuring a man allegedly resembling an Opposition leader has been posted on YouTube.

The video clip, date-stamped Feb 21 and lasting one minute and 47 seconds, was uploaded on Tuesday.

It was removed Wednesday evening for violating YouTube's policy on nudity or sexual content.

Another clip of the video was also uploaded on the Internet on April 4.

The second clip is believed to be the ending of the 22-minute video screened to journalists at Carcosa Seri Negara on March 21.

Three men subsequently came forward to identify themselves as the "Datuk T" behind the screening of the video.

They were former Malacca Chief Minister Tan Sri Rahim Tamby Chik, businessman Datuk Eskay Abdullah and former Perkasa treasurer Datuk Shuaib Lazim.

Sex video: Eskay gives cops his DNA sample
By AUSTIN CAMOENS


KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah, one of the Datuk T trio responsible for screening a controversial sex video, has given the police a sample of his DNA to facilitate the investigation into the case.

When met by pressmen outside Bukit Aman Wednesday, Eskay said police had request his DNA sample and also wanted him to answer a few more questions.

Eskay added that he would hold a press conference on Thursday and declined to comment further.

The screening of a 22-minute video, featuring a man resembling an Opposition leader having sex with a woman, has caused a stir and was even discussed in Parliament.

The video, time stamped Feb 21, was screened to journalists on March 21.

Three men subsequently came forward to identify themselves as Datuk T. They were Shazryl Eskay, former Malacca chief minister Tan Sri Rahim Tamby Chik and former Perkasa treasurer Datuk Shuib Lazim.

More to come

Related Stories:
Sex video: Eskay gives cops his DNA sample
Sex video: Police won't hesitate to expose 'performer', if necessary
Datuk T trio willing to face music over video
Woman in video quizzed
Police have identified man in sex video, says IGP (Update)

Ummi fail semula saman RM100 juta

KUALA LUMPUR 25 April - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan semula saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, yang telah dibatalkan Mahkamah Tinggi, 13 April lepas.

Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Pada 13 April lepas, Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof membatalkan saman Ummi Hafilda berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya. - BERNAMA

Keputusan panggil Anwar bela diri kes liwat 16 Mei
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
ajohari@bharian.com.my
2011/04/27

Mahkamah tak tolak air mani dalam dubur Saiful milik tertuduh

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan diketahui pada 16 Mei depan.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaan dan peguam Anwar, Karpal Singh, Ram Karpal serta S N Nair di akhir kes pendakwaan.
Beliau turut memerintahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis masing-masing pada Jumaat ini.

Terdahulu, Mohd Yusof berhujah peguam tertuduh sering memotong keterangan lisan saksi pakar pendakwaan yang didakwa berat sebelah dan tidak memberikan jawapan memuaskan ketika ditanya berhubung analisis DNA.

Katanya, saksi pakar berkenaan bukan saja berkelayakan, malah mereka menghuraikan proses mengambil sampel dan analisis DNA dilakukan, memberikan pendapat serta alasan keputusan akhir diperoleh.

“Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah melihat kepada keseluruhan bukti dan keterangan yang dikemukakan oleh saksi pakar berkenaan sebelum membuat keputusan,” katanya mengemukakan hujah di akhir kes pendakwaan.
Selain itu, katanya, bukti yang mengesahkan air mani yang ditemui dalam dubur Mohd Saiful adalah milik Anwar, tidak ditolak mahkamah dalam perbicaraan kes liwat itu.

Berhubung persoalan doktor pertama ditemui Mohd Saiful selepas kejadian liwat iaitu Dr Muhammad Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawai Kuala Lumpur tidak dipanggil memberikan keterangan, Mohd Yusof berkata doktor itu tidak menjalankan pemeriksaan forensik ke atas pengadu.

Malah katanya, ketika pengadu memberitahu beliau diliwat, Dr Muhammad Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan menyuruhnya menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.

Sementara itu, Karpal berhujah bukti dan keterangan saksi pakar di mahkamah tidak membuktikan bahawa ‘Lelaki Y’ yang air mani ditemui dalam dubur Mohd Saiful adalah Anwar.

Beliau berkata, keterangan Saintis Forensik, Dr Seah Lay Hong berhubung profil DNA ‘Lelaki Y’ tidak boleh dipercayai kerana bersifat menyokong semata-mata, malah pihaknya berjaya menimbulkan keraguan dalam penemuan pakar itu.

Nair berkata, proses analisis DNA dilakukan Dr Lay Hong tidak disokong oleh nota atau dokumen bagaimana ia dijalankan.

“Dalam hal ini pihak pendakwaan sepatutnya mengemukakan semua dokumen dan nota berkenaan walaupun ia tidak diminta oleh pihak kami... tanpa bukti dokumen yang kukuh pihak pendakwaan kemudian mengesahkan ia milik tertuduh,” katanya.

Satu lagi sedutan klip video seks dimuat naik dalam internet

KUALA LUMPUR - Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik hari ini di dalam laman 'Youtube' dan laman web blogger Papagomo, kira-kira 1.30 tengah hari, hari ini.

Usaha menghubungi pihak pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan komen gagal.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.