Pages

Subscribe:

18 April, 2011

[hang nadim] Renung sejenak Pengorbanan Ayah dan Ibu.....

لحظة الاستغراق التضحية أبي وأمي
沉思了片刻的牺牲我的父亲和母亲
एक पल के लिए सोच मेरे पिता और मां बलिदान
ちょっと物思いにふけっている私の父と母を犠牲にする


Remaja berkorban jaga ibu

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my















AHLIRIDZUAN Othman menyuap makanan kepada ibunya, Mashitah Khamis yang terlantar lumpuh ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia, Pendang, Kedah, semalam.

PENDANG 18 April - Kehidupan seorang wanita di Taman Setia di sini amat menyayat hati kerana hanya mampu terbaring akibat lumpuh sejak empat tahun lalu.

Namun wanita ini, Mashitah Khamis, 51, amat beruntung kerana mempunyai seorang anak bertanggungjawab dan berhati mulia, Ahliridzuan Othman, 18, yang cekal menjaganya setiap hari.

Menurut Ahliridzuan, bekas pelajar Sekolah Menengah Tanah Merah di sini, dia reda dengan apa yang menimpa ibunya dan sanggup berkorban apa saja untuknya.

"Saya tidak boleh jadi seperti remaja lain keluar bermain atau melepak kerana bila keluar sekejap pun saya sudah merisaukan emak.

"Tetapi saya tega dengan ketentuan Allah ini dan akan menjaganya tanpa mengharap balasan," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika ditemui Utusan Malaysia dalam program Singgah Sayang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob, di sini hari ini.

Dalam lawatannya, Suraya menyampaikan bantuan tilam kepada wanita tersebut.

Ahliridzuan memberitahu, rutin hariannya bermula pukul 6 pagi apabila dia bangun memandikan ibunya itu seterusnya menyediakan makan pagi sebelum ke sekolah setiap hari.

Tambahnya, tanggungjawab menjaga ibunya itu terpikul di bahunya memandangkan abang dan kakaknya tinggal berjauhan.

"Saya tidak salahkan mereka kerana mereka keluar untuk mencari rezeki untuk kami juga. Abang bekerja di Sungai Petani sementara kakak pula masih belajar jururawat," katanya.

Katanya, abang dan kakaknya tabah menyara keluarga dan menanggung perbelanjaan harian serta kos perubatan ibunya yang turut mendapat bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bercerita lanjut, kata Ahliridzuan, ibunya lumpuh seluruh badan sejak diserang strok empat tahun lalu.

Katanya, keadaan keluarga menjadi lebih teruk apabila dia kehilangan bapa dua tahun lalu yang meninggal dunia akibat sakit tua.

Di sebalik kesusahan tersebut, Ahliridzuan yang baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berharap dapat memasuki pusat latihan kemahiran.

"Saya ada memohon, namun pada masa yang sama risau juga bila masuk ke pusat latihan. Apa akan jadi dengan nasib ibu saya," katanya.

Prihatin dengan nasib remaja itu, Suraya berjanji akan mendapatkan tempat di pusat latihan berhampiran dengan rumahnya.

"Kita simpati dengan nasib adik Ahliridzuan. Namun inilah remaja yang boleh menjadi contoh kepada remaja lain, yang bersemangat waja, sanggup berkorban dan berhati mulia," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun BSN Ahliridzuan di nombor 0211229000160794 atau menelefon beliau di 012-5516395.

Ibu 5 anak berjaya kayuh basikal sejauh 108km

SUNGAI PETANI 18 April - Seorang ibu kepada lima orang anak ialah antara peserta Jelajah Kayuhan Cinta Negara 2011 yang berjaya menamatkan perjalanan sejauh lebih 100 kilometer (km) yang berakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang, di sini semalam.

Siti Turiah Samirin, 46, bersama 130 peserta jelajah memulakan kayuhan di Pendang dan singgah di Felda Lubuk Merbau sebelum mengakhiri kayuhan di sekolah berkenaan dengan jarak keseluruhan kira-kira 108km.

Menurutnya, kejayaan menamatkan kayuhan tanpa sebarang halangan atau masalah memberikan semangat baru kepadanya dalam meneruskan sukan itu pada masa hadapan.

Surirumah itu yang lega dan bersyukur dengan pencapaiannya setakat ini, bertekad untuk meneruskan lagi usaha dengan menyertai beberapa lagi siri jelajah seluruh Malaysia.

"Saya sangat teruja untuk meneruskan lagi kayuhan pada siri jelajah akan datang," katanya berasal dari Shah Alam, Selangor ketika ditemui selepas menamatkan kayuhan berkenaan di sekolah itu di sini semalam.

Kesemua peserta yang menamatkan kayuhan itu disambut oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Siti Turiah berkata, pengalaman yang dilalui sepanjang siri jelajah itu memberikan pengalaman baru kepadanya sebagai anak Malaysia yang cintakan tanah air sendiri.

Penyertaan beliau turut ditemani suaminya, Mohd. Daud Idris, 49, yang sedikit sebanyak memberi galakan untuknya berkecimpung dalam sukan itu.


Korban rehat demi RM1,000


UALA LUMPUR 18 Mac – Setiap malam, masa rehatnya terpaksa dikorbankan semata-mata bagi memperoleh wang tambahan sekitar RM1,000.

Itulah yang terpaksa dilakukan oleh seorang kakitangan sokongan kerajaan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup di kota raya.

Apa yang dialami oleh Harun Ismail, 38, mungkin hanya secebis daripada banyak lagi kisah survival masyarakat berpendapatan sederhana yang menetap di bandar-bandar besar di negara ini.

Paling ketara ialah, dia perlu melatih diri melupakan rasa penat bekerja di sebelah pagi semata-mata perlu meneruskan usaha mencari wang tambahan bagi menampung keluarganya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

MASALAH mempunyai pendapatan yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup di bandar menjadi antara punca mengapa sesetengah ibu bapa terpaksa mengabaikan anak-anak mereka.
Bagi ibu atau bapa ini, mereka kadang-kala terpaksa melakukan dua kerja dalam sehari bagi mendapatkan pendapatan mencukupi yang sudah tentu mengurangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Keadaan itu boleh menimbulkan kesan psikologi yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan kes-kes penderaan terhadap anak-anak, masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja.

Dalam laporan khas miskin bandar, wartawan Utusan Malaysia, TERMIZI CHE ANUAR dan jurugambar, ASMARUDDIN JAMALUDDIN dan ABDUL NAZIR MOHAMED cuba mengupas isu ini.

Anak dajal
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Mohd Haiqal Bokhari
am@hmetro.com.my

KAJANG: Nasihat diberikan seorang bapa kepada anaknya yang berkelakuan liar dibalas si anak dengan balingan topi keledar dan satu tumbukan di muka menyebabkan lelaki berusia 49 tahun itu cedera di kening dan terpaksa menerima rawatan di hospital.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi semalam di rumah mereka di Taman Bukit Mewah di sini dan sumber polis berkata, perbalahan antara dua beranak itu bermula dengan pertengkaran akibat salah faham.

Menurutnya, selepas si ayah menasihati anak lelakinya yang berusia 20-an itu, berlaku pertengkaran di antara mereka selama kita-kira 10 minit.

“Kemuncaknya, si anak naik berang lalu membaling topi keledar ke arah ayahnya, namun ayahnya sempat mengelak. Tidak puas hati dengan keadaan itu, anak terbabit bertindak lebih ganas dengan menumbuk muka bapanya hingga cedera di kening,” katanya di sini, semalam.

LUAHAN HATI ANAK YANG BAIK

Terima kasih buat ayah dn ibu,walaupun aku cuma ank angkat tp kasihmu itu melebihi segalanya, kerna mereka aku kini disini , kerna mereka juga aku melihat keindahan bulan dn matahari, takdir tuhan aku kehilangan ayah ketika usiaku 12tahun dn diusia 16tahun ibu pula pergi, kini aku keseorgnya menyambut ramadhan, semoga roh mereka di tptkan dlm golongn beriman disisi yg MAHA ESA.sesungguhnya aku amat merindui mereka,rindu yg teramat sgt..AL-FATIHAH BUAT AYAH DN IBU

awektocar216 1 year ago 23

pejamkan mata, kosongkan fikiran dan dengarkan lagu ini.......pasti akan mengalir titisan air mata mengenang jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang tersayang
Mr14940 1 year ago 11

AKU MASIH LAGI TERTUNGGU - TUNGGU KEPULANGAN AYAH DAN IBU YANG TELAH PERGI TINGGALKAN AKU DAN ADIK - ADIK......AYAH ...MAK....IEDA RINDUKAN AYAH DAN MAK.....

mira88033 1 month ago

AKU MASIH LAGI TERTUNGGU - TUNGGU KEPULANGAN AYAH DAN IBU YANG TELAH PERGI TINGGALKAN AKU DAN ADIK - ADIK......AYAH ...MAK....IEDA RINDUKAN AYAH DAN MAK.....

mira88033 1 month ago
dulu wktu kecil ibu dpt melihat aku,skrg aku dah 36 tahun,tp ibu x dpt melihat.cuma ibu dpt dengar bila aku buat joke ngan dia...........aku x snggup kehilangan

kmohdtipoli 1 month ago
pejamkan mata, kosongkan fikiran dan dengarkan lagu ini.......pasti akan mengalir titisan air mata mengenang jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang tersayang
Mr14940 1 year ago 11



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.