Pages

Subscribe:

13 April, 2011

[hang nadim] Selamat Hari Vaisakhi.......




PM ucap Selamat Hari Vaisakhi

KUALA LUMPUR 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia meraikan dan memahami kekayaan serta kepelbagaian tradisi dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perutusan sempena sambutan tahun baru bagi masyarakat India dan sambutan Vaisakhi bagi komuniti Sikh, Perdana Menteri berkata, hanya dengan persefahaman dan kebersamaan membolehkan rakyat negara ini membina semangat empati antara satu sama lain.

"Ia merupakan semangat yang sentiasa memerlukan kita untuk saling memahami pandangan orang lain dan merupakan usaha yang besar untuk mencapai keadilan buat semua," katanya dalam blog 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my/ hari ini.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh masyarakat India dan selamat menyambut Vaisakhi kepada komuniti Sikh," kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.