Pages

Subscribe:

04 April, 2011

[hang nadim]Polis siasat jika ada aduan siaran di internet.....


Rakaman video seks di YouTube

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 April – Sebahagian daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang telah dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Video yang diberi judul VTS 01 1 itu dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘thepowerman’.

Rakaman video seks selama 1 minit 47 saat itu dipercayai sebahagian daripada rakaman selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di hotel Seri Carcosa baru-baru ini.

Rakaman video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton oleh lebih 300 orang.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan dengan jelas tiga individu iaitu dua lelaki dan seorang wanita dipercayai pelacur dari China sedang mundar-mandir di dalam bilik dipercayai di sebuah hotel.

Salah seorang lelaki itu hanya bertuala sehingga ke paras lutut tanpa memakai baju manakala seorang lagi berpakaian kemas.

Pada akhir rakaman video itu, lelaki yang hanya bertuala kelihatan mendekati wanita tersebut dan memeluknya sebelum rakaman video tersebut berakhir.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional

Tuesday April 5, 2011
Sex video on YouTube removed due to ‘violation of rules’
إزالة الجنس الفيديو على موقع يوتيوب بسبب 'يشكل انتهاكا للقواعد'
By SHAUN HO
shaunh@thestar.com.my

PETALING JAYA: The sex video implicating Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim surfaced on YouTube, but was removed close to midnight.

The one-minute and 47-second clip was uploaded on YouTube on Sunday and was also discovered on Facebook yesterday.

A notice on YouTube at about 11.35pm yesterday stated that the video “was removed as a violation of YouTube's policy on nudity or sexual content”.

Media editors who had viewed the 22-minute video on March 21 confirmed that the footage was the same.

Since then, three men have claimed responsibility for the screening of the sex video.

Calling themselves Datuk T, the three were former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa treasurer Datuk Shuaib Lazim. Eskay admitted to the media then that he was also in the video.

In his reaction from Sibu yesterday, Anwar was quoted by an online portal as saying: “Now, the video has been distributed. And whether the person looks like me or not, I don't care. It wasn't me.”

Anwar has already lodged a police report stating that he is not the man in the video.

The clip does not show any sex act as it is only the beginning of the original 22-minute recording, and did not have a time stamp.

It shows a man clad in a towel walking around in a room in the presence of another man dressed in slacks and a short-sleeved shirt. A woman with Chinese features, who was wearing a tube dress when sitting on the bed, went into the bathroom and emerged only in a towel.

The camera is located on what looks like a dressing table. It has an unobstructed view of the bed.

The face of the towel-clad, pudgy-looking man in short hair can be seen several times.

He, however, does not stand in place long enough for his face to be clearly identified.

The video was also posted on a pro-Umno blog at 4.33pm yesterday. However, the clip was found to have been removed.

The blogger, Papagomo, has promised to reveal other sections of the video soon.

A sentence in Thai language could be seen across the screen, raising speculation that the video was uploaded in Thailand.

Penyebaran video tak jejas siasatan
Oleh Meor Hisham Zulkifli, Nazura Ngah dan Norakmah Youb
bhnews@bharian.com.my
2011/04/05
Polis siasat jika ada aduan siaran di internet

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung rakaman video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang di negara ini tidak terjejas meskipun sedutan daripada klip berkenaan sudah tersebar menerusi blog dan laman sosial termasuk Facebook.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata penyebaran klip video berkenaan tidak menjejaskan sebarang proses siasatan, sama juga jika dibentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kesahihan video itu. “Setahu saya polis sudah menyelesaikan siasatan mereka berhubung video ini dan akan memanjangkan perkara ini kepada Peguam Negara. Ia adalah proses biasa dan perkembangan terbaru ini, tidak menjejaskan proses terbabit.

“Bagaimanapun, polis hanya akan menyiasat penyiaran internet itu jika ada laporan polis,” katanya.

Sedutan rakaman video klip yang didakwa memaparkan pemimpin pembangkang itu mula tersiar menerusi satu laman blog menggunakan pautan YouTube.com sebelum ia dipaut dengan beberapa laman sosial dan blog lain. Klip selama 1 minit 47 saat itu disiarkan dengan tajuk XKLUSIF ! KLIP VIDEO SEKS ANWAR DIDEDAHKAN !?

Klip berkenaan bermula dengan memaparkan dua lelaki sedang berbincang dengan seorang daripadanya hanya memakai tuala diikuti gambar wanita duduk di atas katil sebelum diakhiri gambar lelaki bertuala itu memeluk gadis berkenaan yang sudah berkemban.
Pada 22 Mac lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis berhubung video berkenaan selain menafikan orang yang disiarkan dalam video itu adalah dirinya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan, mempertahankan pemimpin tertinggi parti itu dan mendakwa susuk dan lenggok badan termasuk perut individu yang berada dalam rakaman itu bukan susuk badan Anwar.

“Selepas menontonnya kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan susuk dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol, jelas sekali bukan susuk badan Anwar,” katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan pihak yang memuat turun klip video berkenaan di laman web adalah cubaan menjatuhkan reputasi dan nama baik Anwar.










警方调查是否有在互联网上广播的投诉


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.