Pages

Subscribe:

30 Jun, 2011

[hang nadim] Pencegahan bukan untuk menakutkan rakyat'.....



Polls date still in the air

SIPITANG: Datuk Seri Najib Tun Razak is keeping an open mind on when he would call for a general election.

The Prime Minister said what mattered most was to ensure that Barisan Nasional was fully prepared to win the hearts and minds of the people.

“Before we can determine the date, we have to work hard and strengthen Barisan and solve problems faced by the grassroots,” he said after launching the Pesta Gasing dan Tamu (Gata) 2011 here yesterday.

Najib also reminded Sabah Barisan to put the people first in whatever they do.

The Prime Minister arrived in Sabah on Wednesday and met with leaders of eight Barisan component parties in a closed-door meeting.

He told them that “this could be his last visit” prior to a general election.

However, when asked to elaborate yesterday, Najib laughed it off, saying he wanted the state leaders to be prepared for the polls at any time.

In Kota Kinabalu, Najib went on a memorable trip when he dropped by a house at Kampung Likas just outside the city.

His visit came 46 years after his father Tun Abdul Razak Hussein toured the area and met the then village chief OT (Orang Tua) Bakar Busu.

Najib met Bakar's only offspring Tijah, her husband Yahya NC Asai, 71, and their eight children and 15 grandchildren.

Yahya got engaged to Tijah when Tun Razak visited the village in 1965.

“It was just after the formation of Malaysia, and Tun Razak wanted to see for himself ordinary Malaysians in Sabah,” said Yahya, a retired Sabah Railway technician.

Earlier in the day, Najib took a stroll around Murut traditional houses at the interior township of Kemabong, some 250km from the city after launching the Juara Rakyat programme there.

He also savoured the renowned Tenom coffee and had lunch with local community leaders before flying to Sipitang to launch the RM2.7mil Esplanade there.

Najib also went for a walkabout at Inanam town market, about 10km from here.

He later announced a RM2mil allocation to build a new community hall in Inanam, adding that he was also studying a proposal to improve the roads in the town.








Sebahagian daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan dan Pemuda UMNO berhimpun secara aman membawa kain rentang membantah perhimpunan Bersih di Kota Bharu, semalam.

SIPITANG 30 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan polis menyoal individu yang dipercayai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini.

Sambil menegaskan ia langsung tidak tergelincir daripada landasan demokrasi, beliau sebaliknya berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah dipilih secara sah dalam pilihan raya dan diberikan mandat untuk menjaga keselamatan negara daripada menjadi kucar-kacir.

"Mandat yang diterima ialah untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman negara. Ini salah satu tanggungjawab kerajaan dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Apa yang kita lakukan ialah melaksanakan amanah rakyat supaya tidak berlaku sesuatu kejadian yang boleh menjerumuskan negara kepada keadaan huru-hara, kehilangan dan kerosakan nyawa serta harta benda," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang 2011 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keperluan menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang perhimpunan haram itu, Najib menegaskan, ia terpulang kepada polis untuk melakukan yang terbaik demi keamanan dan ketenteraman awam.

"Ia terpulang sepenuhnya kepada polis untuk menimbangkan keadaannya kerana telah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan negara," katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sebenarnya dalam sistem demokrasi yang diamalkan sekarang sudah mempunyai jaminan bahawa sesebuah kerajaan itu tidak boleh melampaui batas.

"Jika kerajaan BN melakukan sesuatu bersifat kejam dan zalim, maka rakyat akan bertindak dan mengajar kita. Dalam sistem ini kita tidak boleh langsung bersifat kuku besi kerana rakyat akan marah.

"Langkah pencegahan (halang demonstrasi jalanan) langsung tidak bermaksud kita jauh daripada amalan demokrasi kerana kerajaan akan tetap mengadakan pilihan raya dan ia sudah menjadi lumrah akan ada pihak yang menang dan kalah," katanya.

Tambah Najib, rakyat kena faham bahawa semua yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat dan langsung tidak bertujuan menzalimi serta membangkitkan kemarahan rakyat.

Tidak tunduk desakan Bersih

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my
SIPITANG 30 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat.

“Jadi, mereka kena cetuskan sesuatu dan berharap akan berlaku sesuatu supaya boleh menuduh kerajaan zalim kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang 2011 dan Esplanad Sipitang di sini, hari ini.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata, kumpulan Bersih bukannya mewakili suara majoriti, tetapi sebaliknya membawa agenda peribadi pemimpin tertentu pembangkang.

“Kalau diikutkan UMNO mempunyai tiga juta ahli, tidak ditambah dengan ahli parti-parti komponen BN lain.

“Mereka ini hanya menunggu isyarat sahaja untuk turut turun membanjiri Kuala Lumpur. Tetapi ini bukan cara kita untuk menyelesaikan masalah kerana kita mempunyai saluran terbaik lain,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan minimum sebanyak RM30 juta bagi membina Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang bagi menggantikan bangunan lama yang uzur.

Beliau juga meluluskan peruntukan segera sebanyak RM2.7 juta bagi menggantikan bumbung esplanad yang lebih berkualiti bagi menggantikan bumbung lama yang rosak dan mudah diterbangkan angin apabila angin ribut.

Ditanya mengenai gurauannya semasa pertemuan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen BN Sabah semalam bahawa lawatannya itu merupakan yang kali terakhir sebelum pilihan raya umum, Najib berkata, semua pihak tidak perlu mengambilnya dengan serius.

Beliau berkata, sesuatu pilihan raya bukannya perkara senang kerana ia amat perlu dibuat pertimbangan yang semasak-masaknya sebelum keputusan dibuat.

“Ia hanya gurauan, apa yang saya tekankan semalam adalah supaya semua pihak menguatkan persiapan jentera masing-masing termasuk menyelesaikan segala masalah dalaman yang berlaku dalam bahagian.

“Saya juga mengingatkan para pemimpin supaya mengutamakan kepentingan parti melebihi keperluan agenda atau lebih tepat lagi mendahulukan rakyat dalam segala perkara,” katanya.

Beri imuniti kepada saksi – Gobala

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Jun – Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan meminta kerajaan menjanjikan imuniti terhadap beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, imuniti itu diminta sendiri oleh ‘saksi’ tersebut bagi menambah keyakinan mereka daripada pelbagai aspek termasuk keselamatan untuk tampil bagi mendedahkan kebenaran.

“Jika itu boleh dilaksanakan, saya bersedia menjadi orang tengah antara pihak berkuasa dengan saksi-saksi terlibat. Saya percaya kerajaan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana mereka juga pastinya tahu kegiatan Anwar.

“Saya tiada masalah jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu bertemu selepas ini. Malah sebenarnya, saya telah pun bercakap dengan SPRM tentang perkara ini.

“Disebabkan itu rasanya tidak perlu lagi untuk saya ke balai polis atau pejabat SPRM untuk membuat laporan. Lagi pun dakwaan itu telah saya buat di Dewan Rakyat dan pihak berkuasa boleh terus mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menguar-uarkan penubuhan Pertubuhan Kebajikan Dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) yang dipengerusikannya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, beliau mendakwa, Anwar merupakan ‘raja’ kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Sementara itu, Gobalakrishnan terus mengingatkan masyarakat tidak dipergunakan Anwar untuk memenuhi agenda peribadinya dengan menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai depan.

“Saya, 12 tahun berjuang di jalanan tetapi akhirnya sedar ia tidak membawa apa-apa kebaikan. Kalau pilihan raya negara ini tidak adil, saya tidak akan menang dengan majoriti lebih 11,000 di Padang Serai dan Anwar juga tidak akan berada di Parlimen hari ini.

“Anwar nak suruh anak emasnya, Azmin Ali minta maaf pun tak berani macam mana mahu jadi Perdana Menteri. Pernah Azmin panggil saya ‘bloody hell pariah’ di depannya tetapi Anwar cuma anggap itu perkara kecil dan tidak berani minta Azmin mohon maaf,’’ jelasnya.

Nik Aziz 'larikan diri', tidak restu Bersih?

KOTA BHARU 30 Jun - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah 'melarikan diri' keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut merupakan satu program yang amat besar kepada pembangkang dan cuba menarik penglibatan ratusan ribu rakyat di negara ini.

"Saya nampak Nik Abdul Aziz cuba untuk melarikan diri daripada terlibat dengan Bersih, dia tidak setuju dengan Bersih, kalau dia setuju dia menafikan hak untuk memerintah Kelantan kerana Pas dipilih melalui pilihan raya.

"Kelantan diperintah oleh Pas selama 20 tahun, kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, kita tidak akan biar Pas memerintah selama 20 tahun kerana kita mampu boleh beri lebih baik kepada rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan SPR telus kita menerima keputusan pilihan raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak telah berlepas ke Uzbekistan dan mengerjakan umrah di Mekah, Selasa lalu. Turut serta Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan berada di luar negara selama dua minggu dan tugasnya dilakukan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.

Terdahulu, kira-kira 100 pemuda yang berpakaian serba merah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat Pas Kelantan di sini kira-kira pukul 3 petang ini bagi mendesak Pas tidak terlibat dengan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Mereka berkumpul selama 30 minit dengan membawa bendera 'patriot' dan sepanduk yang di antaranya tertulis: 'Tok Guru gi buat umrah sebab tak sir terlibat dengan Bersih, takkan puak-puak Pas tak sedar lagi', 'Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar Ibrahim' dan 'Perhimpunan Bersih yang kotor'.

Sementara itu, Anuar berkata, perhimpunan secara aman 'patriot' dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi mendesak Pas supaya tidak melibatkan diri dengan Bersih kerana ia jelas mengganggu ketenteraman awam.

"Pas harus sedar siapa Ambiga Sreenevasan, seorang pejuang untuk kesamarataan agama malah dalam kes Lina Joy, beliau yang mempertahankan kebebasan agama. Apakah perjuangan Ambiga selaras dengan perjuangan Pas," katanya.

Suara Keamanan Mahasiswa sebar risalah Anti-BERSIH

2011/07/01

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) yang diwakili oleh 167 penuntut dari 16 institut pengajian tinggi (IPT) sebulat suara membantah penganjuran perhimpunan haram 9 Julai ini dengan mengedarkan 50,000 risalah Anti-BERSIH 2.0 kepada orang ramai menerusi kempen lima hari yang diadakannya.

Ketua Sekretariatnya, Muhamad Mukhlis Maghribi, berkata 20 penuntut akan bergerak dalam satu kumpulan untuk mengedarkan risalah berkenaan mengikut lima fasa merangkumi keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur dan Klang bagi menyampaikan mesej keamanan itu.
Kempen inisiatif SKM itu disertai Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Management & Science University (MSU), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Selain Sogo, fasa pertama lokasi lain adalah di Kompleks Pertama, Medan Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar bandar Klang sebelum ke kawasan lain di ibu kota hari ini,” katanya selepas mengedarkan risalah itu bersama 20 penuntut di pekarangan pusat beli-belah Sogo di sini, semalam.

Konsep syura saluran terbaik selesaikan isu demi kepentingan ummah

KUALA TERENGGANU: Pembabitan umat Islam dalam perhimpunan haram atau sebarang perhimpunan yang boleh memudaratkan keselamatan rakyat, negara, merosakkan harta benda dan seumpamanya, adalah ditegah Islam.
Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata perbuatan dan tindakan yang boleh membawa kepada merosakkan kebaikan sedia ada, adalah satu dosa besar dalam Islam dan menyertai perhimpunan haram jelas tidak membawa kebaikan, melainkan menimbulkan masalah kepada pelbagai pihak.
“Perhimpunan ini (BERSIH) bukan soal fatwa... sekarang ia jelas membuat perkara merosakkan atau tidak mendatangkan manfaat, ia dilarang Islam dan saya fikir ini satu perkara tidak harus dilakukan.

“Jadi, saya menasihatkan umat Islam khususnya dan bukan Islam supaya menjaga keamanan yang kita nikmati hari ini, sekali gus menjadi negara contoh oleh dunia luar,” katanya selepas majlis Wacana Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu 2011 anjuran Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Islam berhubung perhimpunan haram BERSIH yang mahu mengadakan perhimpunan 9 Julai ini.

Bagaimanapun, Dr Abdul Shukor mengaku, Islam tidak menghalang perbezaan pendapat dan membenarkan memberi pandangan, tetapi perlu mengikut saluran yang betul kerana Islam amat mementingkan konsep ‘syura’ sebagai saluran perbincangan dalam mencari sesuatu jalan penyelesaian.
“Soalnya, apakah yang sudah ada dan berjalan dengan baik (kerajaan sekarang) kita perlu runtuhkan dan nak bina yang baru pula dan dikatakan satu tamadun... tidak, sebaliknya kita (rakyat) kena pertingkatkan lagi dan sokong supaya menjadi lebih baik.

“Secara peribadi, tak perlu fatwa kerana sudah jelas Islam melarang kita terbabit dengan perkara tidak mendatangkan kebaikan,” katanya.

Cuba ambil pengalaman PKM

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Jun – Lima pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang (Muhibah), iaitu kawasan penempatan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Selatan Thailand, baru-baru ini.

Ia sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa parti tersebut cuba menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini walaupun dinafikan pemimpin parti itu.

Pertemuan sulit tersebut yang dibuat kononnya bagi bertukar-tukar pandangan antara bekas ahli PKM dengan kepimpinan PSM, berlangsung selama seminggu.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, sebahagian daripada lima pemimpin PSM tersebut telah ditahan dalam satu operasi di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

“Semua mereka yang dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang adalah pemimpin PSM. Kita percaya mereka ini cuba mengambil pengalaman PKM semasa zaman darurat dahulu.

“Dakwaan mereka kononnya pertemuan tersebut sekadar untuk bertukar pandangan, tidak lebih hanya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kalau bertukar pandangan tiada keperluan untuk mereka tinggal di sana selama seminggu.

“Apatah lagi segala bukti yang diperoleh pihak berkuasa hasil tangkapan ke atas beberapa pemimpin PSM jelas menunjukkan keinginan mereka untuk menghidupkan kembali ideologi komunis,” kata sumber itu.

Sabtu lalu, polis mendedahkan, PSM cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Nukilan hati hang nadim
Kumpulan Bersih,Ambiga.....Macam anak anak kecik yang masih menyusu tidak tahu apa yang dia mahu.....dia mahu orang mengikut telunjuknya.....sipat budak hingusan ujud pada pemimpin dalam hati berkata kalau aku berjaya tentu aku akan jadi PM wanita Pertama Malaysia.....pengikut kalau ambiga menang aku dapat jadi pemimpin kalau anuar jadi PM.....hentam sajalah belakang depan sama saja.....Dulu perjuangan Islam tetapi sekarang Perjuangan mengalih pandangan Rakyat perilaku buruknya.....Seruan kepada pemuda-pemuda Melayu Negara ini Asalnya Tanah Melayu kenapa kita yang hendak memusnahkan keamanannya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.