Pages

Subscribe:

04 Julai, 2011

[hang nadim] Jangan bermusuh sesama sendiri.....














Saad Hashim (kiri) dan Abdul Rani Che Lah

Peringatan Seri Paduka
2011/07/04

Berunding selesai masalah
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyubur demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara. Baginda bertitah, rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak.

“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikannya secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’,” titah baginda dalam Titah Khas mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.
Titah khas Yang di-Pertuan Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

Sebut nama menyirap darah kami'
Oleh Nahar Tajri dan D J Dolasoh
bhnews@bharian.com.my
2011/07/04
Bekas perajurit mahu kerajaan tegas halang usaha hidupkan komunis

KODIANG: "Jangan guris hati kami dengan mengangkat idealisme komunis... anda tidak tahu betapa peritnya ranjau yang kami lalui untuk mewujudkan Malaysia yang aman seperti hari ini," kata bekas tentera berpangkat koperal yang pernah menentang keganasan komunis tahun 70-an, Saad Hashim, 60, ketika ditemui di Kampung Pida 12 di sini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) memakai baju berlambangkan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) ketika ditahan di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Katanya, cubaan menghidupkan kembali komunisme seperti sengaja menyalakan api yang sudah lama terpadam dalam diri perajurit negara dan tidak sepatutnya dibenarkan.

“Golongan ini tidak tahu erti perjuangan dan apa akan jadi kepada negara ini jika komunis menang dan memerintah negara ini. Saya tidak fikir mereka juga akan menikmati kehidupan yang baik seperti hari ini,” katanya kepada Berita Harian.

Saad yang mula berkhidmat dalam Unit 5 Rejimen Renjer sebelum bersara 13 tahun kemudian, berkata hingga hari ini beliau masih mengingati detik cemas ketika bertempur dengan komunis di kawasan Bentong dan Karak, Pahang sekitar tahun 70-an.

“Ramai rakan saya terkorban dalam pertempuran dan kami kenal benar siapa itu komunis... mereka terlalu kejam. Hari ini saya kesal kerana pengaruh yang kami padam dengan darah perjuangan masih berbenih di bumi ini,” katanya.
Mejar (B) Mahamad Basri Din, 60, berkata perasaan bekas perajurit seluruh negara terguris dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang tidak memahami sensitiviti orang lain.

Katanya, cubaan mengembalikan idealisme komunisme terlalu sensitif kepada bekas perajurit yang menyaksikan sendiri kekejaman komunis, selain kehilangan ramai rakan seperjuangan di medan peperangan.

"Kami adalah saksi yang masih hidup untuk menceritakan kekejaman komunis dan kami juga melihat sendiri pengorbanan anak bangsa menegakkan sebuah negara berdaulat,” katanya.

Di LENGGONG, bekas Konstabel Khas (SC) yang pernah berjuang menentang komunis di Hulu Perak, Abdul Rani Che Lah, 73, berkata beliau tidak rela jika ada pihak cuba menghidupkan kembali fahaman komunis di negara ini.

“Saya masih ingat, antara kekejaman komunis diketuai Chin Peng, termasuk mengikat tangan penduduk ke tiang seri rumah sebelum membakar rumah itu di Kampung Chepor dan Bukit Sapi di Lenggong.

“Jadi, bukan saja melihatnya, sebut nama pun menyirap darah kami kerana dendam hutang darah selepas mereka membunuh kira-kira 10,000 ahli SC selain penduduk tidak berdosa,” katanya.

Abdul Rani yang kini menetap di Kampung Padang, Grik, berkata kerajaan perlu bertindak tegas terhadap pihak yang cuba menghidupkan anasir subversif itu dan pada masa sama memberi penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai kekejaman komunis.

Seorang lagi bekas SC, Wan Nik Wan Ngah, 87, berkata: "Selagi hidup, saya tidak rela melihat komunis bertapak di bumi aman dan makmur ini.

“Jangan sekali-kali cuba bermain api dengan menghidupkan semula fahaman komunis kerana padahnya akan menyesal tiada kesudahan hingga ke anak cucu menderita jika komunis berkuasa,” katanya.

Ambiga sedia batal perhimpunan haram
04/07/2011 4:24pm

PETALING JAYA - Pengerusi penganjur perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini, Datuk S. Ambiga berkata, beliau bersedia membatalkan perhimpunan haram itu sekiranya dititahkan demikian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar di sini sama ada perhimpunan haram itu akan dibatalkan sekiranya baginda menitahkan demikian, Ambiga berkata: “Ya”.

Bagaimanapun katanya, apa juga keputusan akan dibuat selepas mereka diberi perkenan menghadap Seri Paduka dan beliau berharap ia akan dapat diadakan secepat mungkin.

"Kami akan buat pengumuman selepas kami mempersembahkan keputusan kami kepada Yang di-Pertuan Agong. Kami akan akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong..

"Pihak kami memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan isu-isu yang diambil berat oleh rakyat jelata serta aspirasi bagi reformasi pilihan raya dan proses pembangunan demokrasi untuk dilaksanakan dengan segera selaras dengan kehendak baginda untuk rekonsiliasi (keamanan) nasional,” katanya. - Bernama
Kemeja Bersih: Suami isteri ditahan polis
04/07/2011 3:31pm

ALOR SETAR - Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-T Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd. Jan berkata, ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam Sabtu lepas, kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.

"Saya difahamkan mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sabtu lepas, seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram itu Sabtu ini. - Bernama

APA KATA DEPA.....
QAZAF AL JUBURI!
Salam 2 all.

Kalau PAS benar-benar ikhlas dan istiqomah dalam prinsip mengenai qazaf, maka PAS wajib menghukum pemimpin-pemimpin mereka dahulu dengan 80 kali sebatan. Kerana mereka terang-terang melakukan fitnah dan tuduhan liar terhadap manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Para pimpinan, penceramah, termasuk ustad-ustad PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai AL-JUBURI, tanpa bukti, tanpa 4 saksi, hanya dengan dakwaan daripada seorang punjabi tak berturban!

Buktinya. Pada 22.10.1997, mursyidul am Pakatan pembangkang, Karpal Singh, mendedahkan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim pengamal homoseks, terlibat dengan kegiatan meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Tidak cukup dengan itu, Karpal mengulangi tuduhan itu semasa berceramah di Hotel Federal, Kuala Lumpur. YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), bekas Ketua Penerangan dan pimpinan kanan DAP pada masa itu mengakui beliau mendengar sendiri ucapan Karpal tersebut.

Karpal juga telah menemui beberapa orang pimpinan PAS. Karpal memberikan taklimat mengenai kegiatan homoseks dan liwat Anwar Ibrahim, yang pada masa itu adalah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Kepimpinan PAS, termasuk para ustad dan agamawan PAS pada masa itu terus menghukum dan mengisytiharkan Anwar Ibrahim dengan pertuduhan Al Juburi. Satu dunia menjadi saksi melihat gelagat penceramah dan ustad-ustad PAS pada masa itu, tanpa segan-silu tanpa malu, membelasah Anwar Ibrahim dan menghukumnya sebagai Al Juburi. Dalam ceramah, dalam kuliah, dalam tazkirah, dalam himpunan dan dibanyak tempat..label Anwar Al Juburi bergema disegala pelosok negara pada masa itu, diiringi dengan lolongan takbeer dan derma jihad.

Teman tak pernah dengar masa itu kepimpinan, ulamak dan ustad-ustad PAS berkata tentang qazaf. Teman tak dengar langsung ustad-ustad PAS bercakap tentang fitnah. Teman tak dengar langsung pada masa itu ulamak-ulamak PAS berpatwa mengenai hudud qazaf dan lain-lain. Teman tak dengar langsung pemimpin PAS mendakwa kenyataan Karpal tidak cukup 4 persaksian. Teman tak dengar langsung muktamar PAS membuat resolusi dakwaan Karpal hanya sekadar "besi buruk" yang tidak boleh menjadi bahan pembuktian syariah. Teman tak dengar langsung usul untuk membahaskan dakwaan Karpal itu.

Malah PAS langsung tidak menyiasat, bertanya atau mendapatkan bukti. Hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, mereka secara membabi buta terus menghukum dan melabel Anwar Ibrahim sebagai Al Juburi!!! Mereka tiada 4 saksi, mereka tidak ada bukti, mereka tidak ada apa-apa langsung!!!

Sekarang, berdepan dengan videoklip, berdepan dengan saksi mata iaitu Datuk Eskay yang ada ditempat kejadian, berdepan dengan pembuktian pakar dalam dan luarnegara akan kesahihan videoklip tersebut, berdepan dengan pengesahan DNA, berdepan dengan kengganan Wan Azizah dan Anwar menunjukkan jam Omega, dan terlalu banyak bukti dan keterangan; para ulama, ustad dan kepimpinan PAS bukan sahaja menolak secara membabi buta (sebab mereka tengok videoklip tu pun tak), malah mereka menjatuhkan hukuman qazaf dan mengisytiharkan ianya fitnah. Dalam kuliah, tazkirah, ceramah, sampai kerabat tangga mimbar Jumaat mereka menghukum qazaf semua orang; demi membela seorang manusia yang mereka sendiri isytihar sebagai Al Juburi beberapa tahun lepas!


Jadi, kalau hanya berdasarkan dakwaan Karpal Singh, seorang kafir harbi yang bersedia mati daripada membenarkan PAS menubuhkan Negara Islam, ulamak, ustad dan kepimpinan PAS boleh menerimanya dan terus menghukum Anwar dengan label Al-Juburi tanpa sebarang keraguan, tanpa sebarang siasatan, tanpa sebarang bukti, malah tanpa sebarang saksi syarie', mengapa bukti persaksian Datuk Eskay, videoklip, jam Omega, DNA, keterangan pakar dan lain-lain tidak boleh diterima?

Persoalannya sekarang, mengapa dengan bukti saksi mata, videoklip, keterangan pakar, DNA, jam Omega dan lain-lain, tetiba keluar pulak patwa qazaf, hukum fitnah?!

Kesimpulannya mudah. Ini semua adalah retorik dan sandiwara politik semata-mata; dengan memperkudakan ayat Al Quran dan hukum-hakam agama. Begitulah tahap pelacuran politik yang boleh dilakukan manusia bila sudah menjadi politikus kalkatus yang rakus kerana ketaksuban dan ketamakan duniawi. Hingga kalimah ALLAH pun dijual, anak bini menjadi gadaian politik, perjuangan negara Islam pun ditongsampahkan hanya kerana takutkan seorang punjabi yang tak berturban! Mereka berubah makhluk menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Rumusannya, kalau PAS beriya-iya nak hukum qazaf dan fitnah dalam isu videoklip, jadi wajib PAS menghukum para kepimpinan, penceramah dan para ustad mereka yang menuduh Anwar dengan label Al Juburi tanpa 4 saksi, tanpa qarinah dan tanpa bukti menurut hukum syara'. Jika tidak, PAS akan dilihat sebagai tidak konsisten, tidak istiqomah; dan lebih bahaya, PAS akan dilihat sebagai pengamal politik double standard, hipokrit, dan memperkudakan agama hanya kerana habuan politik kepartian.

Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
26 Rejab 1432
28 Jun 2011

Kenapa Anwar berada di kandang tertuduh?
Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari kini adalah kerana beliau sedang berusaha untuk membuat perubahan asas dalam sistem pentadbiran negara ini, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Surendran yang juga seorang peguam dalam kenyataannya berkata, perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan BN dari kekuasaan.

Atas dasar itulah, katanya, Umno dan BN akan berusaha untuk menyekat usaha yang dibuat Anwar itu dengan pelbagai cara termasuk mendakwanya dengan pelbagai kes.

Bagi beliau, pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara," kata beliau dalam kenyataan itu.

Bagi Surendran, reformasi yang dibawa oleh Anwar akan menghapuskan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan pembaziran yang diakibatkan dari gejala rasuah dan kronisme; bebas dari kawalan institusi politik yang sepatutnya bersifat bebas; dan mengembalikan kebebasan politik kepada rakyat yang dirampas oleh kerajaan BN selama lebih 50 tahun.

Struktur, imperatif dan para personaliti BN membuatkan ianya mustahil bagi mereka untuk melaksanakan perubahan dan memulihkan diri mereka.

Maka mereka mengetatkan cengkaman ke atas negara yang sedang bergelut untuk bergerak ke depan menuju kebebasan dan kemakmuran untuk semua, dan menggunakan cara tertentu untuk melumpuhkan sesiapa yang berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

"Maka setiap hari Anwar didudukkan di dalam kandang tertuduh, dan nasib negara digantung tanpa taliti," tegas beliau.

Bagi Surendran, adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat rejim yang zalim untuk merencana pendakwaan fitnah terhadap musuh-musuh politik mereka.

Dalam tahun 1930-an, Stalin merancang beberapa siri perbicaraan yang menyaksikan penyingkiran semua yang mengancam kekuasaan beliau.

Pada 1995, Ken Saro Wiwa, seorang tokoh pengkritik yang dihormati di dalam kerajaan Nigeria telah didakwa dengan pertuduhan rekaan oleh tribunal tentera dan dijatuhi hukuman mati walaupun dikecam masyarakat antarabangsa.

Pada 2009, ikon demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dengan kerja berat selepas didakwa dalam perbicaraan palsu atas pertuduhan tidak masuk akal iaitu mengingkari perintah tahanan rumah.

Dengan mencontohi tindakan-tindakan ini, Kerajaan BN mendakwa Anwar Ibrahim, katanya.

Rakyat pula, kata belkiau, cuba diperbodohkan dengan perbicaraan ini yang dibalut dan disamarkan secara formal dengan perendahan undang-undang.

"Sebagai ketua pendakwaan, Pejabat Peguam Negara mestilah berubah secara komprehensif, dan kuasanya yang besar mesti dikaji," tambahnya.

Pihak tertinggi polis dan kerajaan mestilah bertanggungjawab terhadap pencabulan perundangan awam dan pembaziran wang rakyat akibat dari perbicaraan ini.

Bagi beliau, tiada negara yang bergelut atas nama Kebebasan boleh ditekan sebegitu lama.

"Jalannya mungkin panjang dan sukar, namun saya menyeru setiap rakyat negara bertuah ini agar melihat semua ini. Kita berhutang dengan diri sendiri dan generasi akan datang," tambah beliau.

ANWAR DISESAH DI KERDAU DIDEPAN PENYOKONG TEGARNYA, BERUCAP HANYA 20 MINIT, PANAS SEPERTI CACING KEPANASAN

Assalammualaikum,sudah lama tidak menulis, al maklum sibuk berceramah disana sini tiap malam samaada di merlimau mahupun di kerdau.Apa pun pandangan penyokong tegarnya terhadap saya, namun nawaitu saya amat jelas bagi mematikan segala dakyah pembohongan al juburin dan azmin selama 13 tahun di talqinkan dan dikuburkan sama sekali.Kesian orang melayu tertipu, sampai berpecah 3, mereka peduli apa, janji dapat kuasa mengkayakan keluarga dan kroni-kroni mereka, yg menjadi mangsa adalah rakyat jelata.

Maka sebab itu saya terpanggil membenamkan segala hipokrasi mereka, bagi mereka yg masih taksub kepada juburin, perbanyakkan lah solat dan istiharah dan berdoa allah tunjukkan kebenaran dan beri anda jawapan, benci saya pun tak pe, yg penting anda tidak terus BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YG NABI TAK MENGAKU UMAT DAN AGEN YAHUDI YG BERHAJAT BESAR UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA.

Bukti apa lagi, segala sijil saham yg dah ditonjolkan bernilai puluhan juta sebagai imbuhan perkhidmatan seks oleh samsidar kepada anwar yg saya buktikan pun anda tak percaya, kronologi cerita dari tarikh setahun sebelum anu war di pecat pun anda tak percaya, warkah keramat perihal salah laku tpm bertarikh 5 ogos 1997 pun anda tak percaya, tapi bagaimana nak memadamkan sejarah bukti penangkapan saya oleh 50 polis dan penderaan saya tanpa henti selama 48 jam, tahanan rumah selama hampir setahun ,pemaksaan surat akaun bersumpah yg mengaitkan saya dengan teori konspirasi yg didraf oleh sijuburin, apa kah sejarah itu boleh direka reka atau dipadamkan sahaja dari rekod polis bukit aman, semuanya adalah realiti dan benar-benar telah terjadi, so di manakah otak biol dan samdul anda wahai penyokong-penyokong tegar parti kencing rakyat.

Bukti yg nyata terbaru, pertembungan saya dengan sijuburin di kerdau , berdepan lagi, kenapa LARI SELEPAS 20 MINIT, APA PUNGGUNG KAU PANAS KE NUAR, ATAU TELINGA KAU TERBAKAR TAK TAHAN DENGAR SEGALA KEKEJIAN DOSA KAU YG DITELANJANGKAN DIDEPAN UMUM,SERTA PENIPUAN DAN LAKUNAN KAU SELAMA INI. Tak pernah sijuburin berceramah hanya 20 minit dengan nada yg lemah tak bermaya, selalunya berapi-rapi memaki hamun najib, rosmah, dan kerajaan tapi hari tu mcm orang yg menunggu nak dihukum gantung. Ha ha baru kau tau, langit tak selalu cerah,buku bertemu ruas, kalau pemimpin umno kecut perut dengan kau nak berlawan, tapi dengan aku kau lari lintang pukang.KALAU TAK BENAR, KENAPA AKU BEGITU BERANI MENYESAH KAU DENGAN BERAPI RAPI TEMPOH HARI DIDEPAN RIBUAN PENYOKONG KAU.KENAPA, KENAPA????????

Itu belum lagi PELURU BERPANDU KU YG AKAN DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI, KECUALI KAU DAN AZMIN BERTAUBAT, MASA TU AKU RASA HAH, BARU KAU MENYESAL MEMBOHONGI RAKYAT SELAMA INI DENGAN IMEJ ISLAMIK KAU ANAK BERANAK, TAPI SEMUA MUNAFIK, PELAKUN HANDALAN, GUNAKAN ISLAM NAK SILAP MATA DENGAN RAKYAT YG BIOL DAN SAMDUL,TAPI INGAT WAHAI ANWAR DAN KELUARGA, AZMIN DAN SAMSIDAR, KAU BOLEH TIPU BERBILLION MANUSIA DIDUNIA, TAPI ALLAH YG SATU KAU TAK BOLEH TIPU, TUNGGU HUKUM KARMA BUAT KAMU SEMUA.Sekarang pun dah nampak orang-orang kanan, kawan-kawan baik mula menjadi musuhmu.

Apa pun wahai penyokong setiaku terimaksih lah diatas segala sokongan dan doa, serta sudi-sudikan lah tengok video saya berentap dengan anu war dlm blog parpukari atau gambar-ganbar dlm blog gap dan minaq jinggo,SERTA JANGAN LUPA BELI PAPER THE STAR HARI INI PAGE F22.

Assalammualaikum, ketemu lagi, moga kemenangan buat calun BN di kerdau dan merlimau, amin.

Nukilan hati hang nadim
Anuar.....Azizah.....Azmin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.