Pages

Subscribe:

22 Ogos, 2011

[hang nadim] Kompas mohon maaf kepada Najib......

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita

Akhbar Indonesia akui fitnah PM, isteri beli cincin AS$24j, isu beli kapal selam, keluarga menantu ada hubungan mafia

Kompas mohon maaf

2011/08/22

KUALA LUMPUR: Akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan pada 4 Ogos lalu.

Permohonan maaf itu berkaitan tulisan yang mengaitkan Rosmah dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membeli kapal selam Scorpene, membelanjakan AS$24 (RM72 juta) untuk membeli cincin berlian serta bakal menantu Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Russia.
Ia disampaikan secara peribadi oleh sidang redaksi Kompas, diketuai Pengarang Berita Antarabangsa, Jimmy S Harianto, dalam pertemuan di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis lalu. Akhbar itu juga menyiarkan ucapan maaf pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bagu pada Sabtu lalu.
Dalam pertemuan khas dengan wartawan politik, Iwan Santosa yang diterbitkan secara elektronik dan cetak akhbar itu, Najib menyatakan perasaan terperanjat beliau apabila membaca artikel itu yang disifatkannya sebagai tidak benar.

“Saya terperanjat dengan kandungan tulisan itu, sebab faktanya saya tahu tidak benar sama sekali. Tambahan pula ia mengaitkan nama ketua kerajaan negara jiran yang hubungan kita itu amat penting sekali,” kata Najib.

Laporan fitnah mengaitkan Perimekar Sdn Bhd dengan Rosmah adalah tidak benar. Selain itu, laporan kononnya Rosmah menghabiskan AS$24 juta untuk sebentuk cincin juga tidak benar dan cincin itu tidak pernah dipesan sama ada untuk dibeli atau sebagai bahan pameran. Tulisan yang mengaitkan keluarga atau calon keluarganya sebagai mafia Russia juga disifatkan Najib sebagai tidak berasas.

“Atas laporan itu, pemimpin redaksi Kompas di Jakarta, Rikard Bagun, secara khusus menyatakan permohonan maaf kepada ‘ketua negara dan keluarga’,” kata laporan itu.
Harianto yang dihubungi Bernama, berkata beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf kepada Perdana Menteri ketika pertemuan itu dan Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan itu.

Pada pertemuan itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Perdana Menteri yang ditanya mengenai harapan Malaysia terhadap Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat dari segi sejarah.

“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan unik. Kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini dan saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa,” kata Najib.

Perdana Menteri juga yakin isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara dapat diselesaikan, namun kedua-dua pihak harus berkompromi jika mahu mencari penyelesaian politik.

Apa kata Mereka.....

ZORRO
Katanya atas arahan dan maklumat diterima dari Saudara Anwar, apa lagi pihak PKR sekiranya betul tidak benar samanlah KOMPAS kalau anda tak proceed saman atas KOMPAS ternyata anda suka membawa keburukkan daripada kesejahteraan dibumi MALAYSIA yang sentiasa aman damai. HIDUP MALAYSIA. BIla disemak salsilah keluarga ku ternyata aku juga dari keturunan JAWA (Indonesia). Kita memang serumpun. Cuma di MALAYSIA lebih baik/bagus dibandingkan dengan Negara moyang2 ku.

Kompas mohon maaf

2011/08/22

NAJIB menerima kunjungan Harianto yang menyampaikan permohonan maaf secara lisan, di Putrajaya, Khamis lalu.
Akhbar Indonesia akui fitnah PM, isteri beli cincin AS$24j, isu beli kapal selam, keluarga menantu ada hubungan mafia

KUALA LUMPUR: Akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarga berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan pada 4 Ogos lalu.

Permohonan maaf itu berkaitan tulisan yang mengaitkan Rosmah dengan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membeli kapal selam Scorpene, membelanjakan AS$24 (RM72 juta) untuk membeli cincin berlian serta bakal menantu Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Russia.
Ia disampaikan secara peribadi oleh sidang redaksi Kompas, diketuai Pengarang Berita Antarabangsa, Jimmy S Harianto, dalam pertemuan di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis lalu. Akhbar itu juga menyiarkan ucapan maaf pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bagu pada Sabtu lalu.
Dalam pertemuan khas dengan wartawan politik, Iwan Santosa yang diterbitkan secara elektronik dan cetak akhbar itu, Najib menyatakan perasaan terperanjat beliau apabila membaca artikel itu yang disifatkannya sebagai tidak benar.

“Saya terperanjat dengan kandungan tulisan itu, sebab faktanya saya tahu tidak benar sama sekali. Tambahan pula ia mengaitkan nama ketua kerajaan negara jiran yang hubungan kita itu amat penting sekali,” kata Najib.

Laporan fitnah mengaitkan Perimekar Sdn Bhd dengan Rosmah adalah tidak benar. Selain itu, laporan kononnya Rosmah menghabiskan AS$24 juta untuk sebentuk cincin juga tidak benar dan cincin itu tidak pernah dipesan sama ada untuk dibeli atau sebagai bahan pameran. Tulisan yang mengaitkan keluarga atau calon keluarganya sebagai mafia Russia juga disifatkan Najib sebagai tidak berasas.

“Atas laporan itu, pemimpin redaksi Kompas di Jakarta, Rikard Bagun, secara khusus menyatakan permohonan maaf kepada ‘ketua negara dan keluarga’,” kata laporan itu.
Harianto yang dihubungi Bernama, berkata beliau sendiri menyampaikan permohonan maaf kepada Perdana Menteri ketika pertemuan itu dan Najib menyatakan rasa terperanjat dengan laporan itu.

Pada pertemuan itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Perdana Menteri yang ditanya mengenai harapan Malaysia terhadap Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat dari segi sejarah.

“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan). Sudah tentu hubungan Malaysia dan Indonesia ini diasaskan atas faktor yang lebih istimewa dan unik. Kita harus menterjemahkan apa yang kita warisi ini sebagai legasi dalam bentuk hubungan pada konteks masa kini dan saling memberi manfaat kepada kedua-dua bangsa,” kata Najib.

Perdana Menteri juga yakin isu pertikaian sempadan maritim kedua-dua negara dapat diselesaikan, namun kedua-dua pihak harus berkompromi jika mahu mencari penyelesaian politik.

Farissya BETUL X3
aku anak malaysia-emanmarilah kita bersatu,bersama-sama menjaga keamanan negara kita yang berbilang kaum,berbilang agama..jagalah negara kita sebagai satu saudara di negara kita yang tercinta..kita ada adalah satu, 1Malaysia.
Sweetalahai..jgn kata negara jiran kite yg fitnah,orang dalam negara sendiri lagi dahsyat tebaran fitnah keatas PM & isteri.kepada PM & keluarga,tak mengapalah,lagi besar fitnah di tabur,lagi besar balasan yang akan diterima kelak.
wahimin jatihai..hai...Kompas jangan mudah percayakan c anuar tu,,,, sana sini buat fitnah..
aidilkepada mereka yang menyebarkan berita fitnah dalam ceramah kepada orang ramai tanpa mengetahui perkara sebenar dosanya amatlah berat.
Tilpoojangan salahkan akhbar Indon, ia berpunca dari pihak pembangkang juga,..diorang ceduk aje fitnah2 dr pembangkang nie tanpa soal selidik,...
rashidmemang ramai yang berniat jahat terhadap pemimpin kita bukan sahaja dari luar negara tetapi tak kurang juga yang berada dalam negara.

zmieHai.. Indon, Indon...belajarlah jadi manusia yang bijak lagi berakal mulia.
ZORROKatanya atas arahan dan maklumat diterima dari Saudara Anwar, apa lagi pihak PKR sekiranya betul tidak benar samanlah KOMPAS kalau anda tak proceed saman atas KOMPAS ternyata anda suka membawa keburukkan daripada kesejahteraan dibumi MALAYSIA yang sentiasa aman damai. HIDUP MALAYSIA. BIla disemak salsilah keluarga ku ternyata aku juga dari keturunan JAWA (Indonesia). Kita memang serumpun. Cuma di MALAYSIA lebih baik/bagus dibandingkan dengan Negara moyang2 ku.
1malaysiabanyak betul yang dengki dgn pn rosmah kita,kenapa ye?

luqman
Akhirnya kebebasan media Indonesia memakan diri sendiri. DS Najib perlu memberikan nasihat tegas kepada mereka dalam usaha menjalinkan hubungan diplomatik yg lbh baik kerana media merupakan medium pergerakan dan pemikiran sesuatu bangsa. Media Indonesia seperti tidak menyedari kelemahan bangsanya sendiri dan selalu menyiarkan ssuat berita hanya untuk meraihkan propaganda murahan.

Putra Islam
Pembangkang bila nak minta maaf. Mereka selalu hentam DS Rosmah tak bertudung. Tapi rupanya dosa fitnah mereka lebih berganda besarnya. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.