Pages

Subscribe:

12 Oktober, 2011

[hang nadim] Penyanyi Ahmad Jais meninggal dunia Oleh HASNURUL MOHAMED pengarang@utusan.com.my

Oleh HASNURUL MOHAMED pengarang@utusan.com.my
Sebahagian rakan artis Allahyarham Ahmad Jais (gambar kecil) membacakan surah Yasin sebelum jenazahnya disembahyangkan di Masjid Negeri, Shah Alam, semalam. SHAH ALAM 11 Okt. – Penyanyi yang popular dengan lagu Lembaran Terakhir, Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Hospital Pakar Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) di sini kira-kira pukul 9.20 pagi ini. Ahmad Jais atau nama sebenarnya, Mohamad Jais Ahmad, 75, meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru setelah dimasukkan ke hospital berkenaan selama dua minggu. Allahyarham yang dilahirkan di Kapar, Klang, meninggalkan lima anak dan 13 cucu. Menurut anak keempat Allahyarham, Maimun, 31, sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar DEMC, arwah bapanya dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ. “Hari ini merupakan hari yang ke-15 ayah dimasukkan ke DEMC dan ayah meninggal dunia pagi ini. “Sebenarnya, sejak semalam lagi doktor memaklumkan kepada saya keadaan ayah tidak begitu baik. “Jadi, sejak petang semalam lagi saya mula membacakan surah Yasin,” katanya ketika ditemui selepas jenazah Allahyarham yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 dekat sini selepas solat zuhur. Menurut Maimun, selain masalah paru-paru, Allahyarham bapanya menghidap asma dan selama berada di DEMC, arwah berada dalam keadaan koma. Sebelum dikebumikan, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negeri untuk disembahyangkan. Lagu-lagu hit Allahyarham Ahmad Jais termasuk Takwa dan Iman, Kucupan Azimat, Umpan Jinak di Air Tenang, Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka, Azizah, Gelisah, Lembaran Terakhir dan Mengharap Sinar Menelan Kabus. Allahyarham sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi telah melahirkan 15 album berkonsepkan langgam dan asli. Kali terakhir Allahyarham mengadakan persembahan ialah di Istana Budaya, Kuala Lumpur dalam Konsert Semalam Di Malaysia bersama kumpulan D’llyod pada Mei lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.