Pages

Subscribe:

11 November, 2011

[hang nadim] Penarik beca bantah Guan Eng.....

SEKUMPULAN peserta demonstrasi bersama penarik beca berarak bagi menyerahkan bantahan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang dari Jalan Penang ke Komtar, semalam. PULAU PINANG 11 Nov. - Jika sebelum ini kumpulan belia bermotosikal mengadakan demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini, penarik beca pula berbuat demikian. Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu. Mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri. Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang di sini yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari. Diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer. Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'. Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'. Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku. Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka. Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca. Takutkan Ambiga, Anwar tidak layak jadi pemimpin negara KUALA LUMPUR 11 Nov. - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara kerana tidak mempunyai kredibiliti dan takut memberi teguran kepada sekutu-sekutunya, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Beliau berkata, sikap penakut itu dapat dilihat apabila Ketua Pembangkang berkenaan terkial-kial dan tidak berani menegur Datuk S. Ambiga yang dijadualkan merasmikan program Seksualiti Merdeka yang mendapat bantahan pelbagai pihak. "Seorang pemimpin mesti berani menegur tetapi kalau tidak mampu berbuat demikian kerana pernah terhutang budi, maka orang itu tidak layak memimpin. "Inilah yang berlaku kepada Anwar kerana beliau terhutang budi kepada Ambiga yang menjadi Pengerusi Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dahulu, yang berjuang untuk pihak pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas sikap Anwar yang dilihat tidak menegur Ambiga walaupun menyatakan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menyokong program mempromosikan dan memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) di negara ini. Abdul Latif yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, Anwar dan Ambiga boleh disimpulkan sebagai sama tetapi tidak serupa. "Keduanya mempunyai ideologi yang sama tetapi mereka ini ibarat air dan minyak yang tidak boleh bercampur. "Bagaimanapun, mereka bekerjasama atas kepentingan masing-masing iaitu Anwar akan sedaya upaya menyokong pihak yang boleh memberi keuntungan politik kepadanya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.