Pages

Subscribe:

03 Mac, 2012

[hang nadim] Announcement of decision on Kedah crisis meeting to be made on Sunday.....

















DATUK Seri Najib Razak melihat cenderahati berupa gambar beliau bersama ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein semasa perasmian Sekolah Kebangsaan Weng, Baling pada 1962, yang disampaikan oleh Jab Yunus, 82, (dua, kanan) sempena Program Mesra Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil sempena lawatan sehari beliau ke Baling dan Sungai Petani, semalam.

Published: Saturday March 3, 2012 MYT 10:10:00 PM
Updated: Sunday March 4, 2012 MYT 1:49:52 AM

By DERRICK VINESH and CHRISTOPHER QUAH

ALOR SETAR: The official announcement of the Kedah PAS crisis meeting held here on the ongoing feud between Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak and former state exco member Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi will be made on Sunday.

PAS vice-president Salahuddin Ayub, who chaired the meeting at Azizan's official residence in Mentaloon here, said he saw a possible solution to the feud.

“Both were given an hour each to present their cases. Both gave their views in a harmonious environment, professional manner and presented their points with facts.

“The central committee will now make a decision and we believe both will abide by it,” he told reporters, who waiting outside the Mentri Besar's residence, about 12.30am Sunday.

Salahuddin, who said the decision would be made in the next 24 hours, added that the meeting was attended by state PAS committee members and also central committee members.

“I cannot give any early indication of the outcome but we hope to make a fair decision. I'm confident we will be able to sort out the matter amicably,” he said.

On where the announcement would be made, he said, it might be made either here or in Kuala Lumpur.

“Just wait for the announcement,” he said.

Earlier, PAS top guns started converging on Azizan's official residence from as early as 7pm Saturday. Among the earliest to arrive were state elected representatives and Members of Parliament.

When asked if the matter could be resolved by Saturday night, party deputy president Mohamad Sabu, who arrived at 8.25pm, said: "Insyallah!"

A security personnel at the guardpost to Azizan's official residence said the leaders attending the meeting were told to leave their mobile phones, cameras and recording devices outside before entering the meeting room.

Phahrolrazi said he hoped to "win" but declined to elaborate.

"I will present my case in a peaceful manner. I hope it can be resolved by tonight.

"This is internal politics. There is no need to have a public debate on the issue," he added.

The other figure in the 'feud', former exco member Dr Ismail Salleh, arrived earlier.

Party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang arrived about 9.50pm and the meeting began about 10pm.

http://thestar.com.my

Dewan Ulama pertahan Azizan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 Mac - Dewan Ulama Pas Pusat dan Dewan Ulama Pas Kedah akan tetap mempertahankan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersama-sama ahli serta kepimpinan parti berkenaan.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah dalam satu kenyataan bersama, semalam turut menegaskan bahawa, sayap parti itu tidak akan menyokong sebarang usaha menjatuhkan kerajaan negeri berkenaan.

''Dewan Ulama Pas Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan kerajaan Pas negeri Kedah bersama-sama dengan ahli serta kepimpinan Pas,'' kata kedua-dua pemimpin dewan ulama itu dalam kenyataan bersama yang disiarkan di laman rasmi web sayap itu di http://ulamak.pas.org.my.

Kenyataan yang dikeluarkan itu dipercayai rentetan daripada tercetusnya krisis pentadbiran kerajaan Pas Kedah selepas dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh yang mengambil keputusan enggan dilantik semula ke jawatan masing-masing.

http://www.utusan.com.my

Najib berazam perbaiki kesilapan, pacu negara capai kegemilangan

BALING: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan bangkit daripada kesilapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 untuk terus memacu negara mencapai kegemilangan dengan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
Sambil mengakui kesilapan pada PRU-12 lalu yang menyebabkan BN hilang empat negeri, Perdana Menteri bagi pihak BN meminta maaf kepada rakyat di atas kekurangan itu dan berjanji memperbaikinya.
“Saya bagi pihak BN meminta maaf daripada kesilapan dulu dan berjanji belajar daripada kesilapan itu. Kita akan bangkit daripada kesilapan lalu untuk membina mahligai yang lebih kukuh.

“Ini azam dan pengakuan kita kepada rakyat yang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat,” katanya.

Berucap di depan 20,000 masyarakat sekitar sini dan Sik pada majlis bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil di sini, semalam, Perdana Menteri berkata, pemimpin BN tidak boleh bongkak dan angkuh, sebaliknya tunduk kepada kuasa rakyat.

“Rakyat tolak BN dulu mesti ada silap kita dan kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat,” katanya.
Najib berkata, kerajaan tidak akan berjanji sesuatu perkara yang tidak boleh ditunaikan sebagaimana dilakukan pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu.

Beliau memberi contoh janji kerajaan untuk memberi bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar dalam Bajet 2012, sudah ditunaikan.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak lagi tertipu dengan helah pakatan pembangkang yang membuat pelbagai janji tetapi tidak dapat ditunaikan.

“Pada PRU 2008, kita (rakyat) sudah termakan janji tetapi apa dah jadi dengan janji itu... janji tinggal janji... janji manis,” katanya.

Perdana Menteri berkata, angin perubahan di Kedah juga jelas kelihatan yang menunjukkan rakyat mahukan perubahan untuk kembali kepada BN.

“Insya-Allah, berkat sokongan rakyat, perubahan besar akan berlaku di Kedah,” katanya sambil mengingatkan pemimpin UMNO supaya bersatu, bukannya mementingkan diri dan jangan berebut-rebut kerusi untuk bertanding.

“Jangan berebut kerusi... yang penting menang,” katanya.

Beliau berkata, hanya BN dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

“Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga,” katanya.

Najib berkata, kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transformasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.