Pages

Subscribe:

24 Mei, 2012

[hang nadim] Bahaya pemikiran Irshad Manji terhadap umat Islam Malaysia.....



Buku yang diharamkan di Malaysia.
KONTROVERSI buku Allah, Kebebasan dan Cinta sejak seminggu lalu masih belum berakhir manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menelitinya setelah pelbagai pihak mendesak diharamkan atas alasan boleh memesongkan akidah umat Islam.
Meskipun buku itu berjaya dilancarkan pada Sabtu lalu dan penulisnya terus mengambil penerbangan ke New York pada malamnya, kehadiran Irshad Manji bekas pelarian dari Uganda dan kini menetap di Kanada terus dikecam atas dua faktor, iaitu keberaniannya membuat pilihan sebagai seorang muslim lesbian dan kejanggalan pemikirannya yang mengajar prinsip kebebasan, rasionaliti dengan keberanian merempuh sempadan moral ataupun meruntuhkan sempadan kerasulan Nabi Muhammad SAW serta sunnah baginda.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. http://www.utusan.com.my



Dua NGO buat laporan polis terhadap Irshad Manji

KUALA LUMPUR 26 Mei - Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis hari ini untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur yang melancarkan buku ‘Allah, Kebebasan & Cinta" tulisan Irshad Manji yang disifatkan telah mencemar agama Islam negara ini.
Seramai 10 wakil NGO berkenaan iaitu dari Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (Desmma) membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira 1 petang tadi.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, pengedaran buku itu pada 19 Mei lalu merupakan tindakan yang tidak menghormati negara dan penduduk beragama Islam di negara ini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilaporkan telah memutuskan bahawa tulisan Irshad Manji dalam buku "Allah, Kebebasan & Cinta" bertentangan dengan ajaran Islam. - BERNAMA





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.